Travelog Berburu Buku Jakarta - Nasi Goreng Daging Kambing

October 14, 2016

Kalau mengikut rancangan asal, dari Pasar Senen mahu singgah ke Masjid Istiqlal dan juga Monas. Oleh kerana terlajak masa di beberapa tempat sebelumnya, terpaksa kami tinggalkan dahulu dua lokasi ini.

Mahu mengisi perut.

Saya tidak tahu perihal tempat ini. Seperti biasa, +Mohd Fauzi yang menunjuk arah. Katanya terkenal. Bila berbual-bual dengan pemandu Uber kami, katanya rasa nasi daging kambing itu biasa-biasa sahaja, Ada tempat yang lebih baik. Tetapi, memang warung jualan di Jalan Kebun Sirih ini sudah lama tersohor.

Alamat;
Jalan Kebon Sirih Barat Dalam I, Gambir, Jakarta Pusat, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 10110, Indonesia.

Laman Web;
http://nasigorengkambingkebonsirih.id/


Nasi Goreng Daging Kambing

Kami terpaksa menunggu seketika untuk mendapatkan tempat duduk. Benar, sambutan di warung ini agak meriah. Pelanggan silih berganti. Kedudukannya di tepi jalan, memudahkan orang ramai datang. Ianya hanya warung, bukanlah restoran yang berbangunan kekal.

Bagus juga.

Boleh menikmati suasana malam di tepi jalanan Jakarta.

Sepinggan nasi goreng pun terhidang. Pantas.

Dan juga sate kambing.

Nasi Goreng Daging Kambing
Nasi Goreng Daging Kambing

Sate Kambing
Sate Kambing

Warung Jalan Kebun Sirih
Warung Jalan Kebun Sirih

Timbunan Nasi Goreng Daging Kambing
Timbunan Nasi Goreng Daging Kambing


Rasanya?

Ya. Biasa-biasa. Tidak ada yang saya fikir ada rasa istimewa. Nasi gorengnya seperti nasi goreng biasa. Daging kambingnya tidak liat, senang dikunyah. Cuma bau hamis kambing itu masih ada. Ini masalah sejagat. Ini juga menjadi faktor saya jarang makan kambing, kerana masalah bau itu. Tidak kira di mana-mana pun.

Namun sepinggan nasi goreng tadi habis juga saya kunyah. Iya lah, seharian berjalan kaki dan baru ini berjumpa nasi. Tekak orang kampung, begitulah. Mahu juga makan nasi. Sate kambingnya juga boleh tahan.

Dengan harga IDR 80,000, makan malam ini cukup mengenyangkan.



Pengamen

Entah apa yang sesuai untuk diterjemah kepada bahasa kita. Peminta sedekah, mungkin itu yang paling hampir. Harus saya akui, saya kurang selesa dengan kehadiran mereka, tak kira di Jakarta atau di mana-mana pun. Bukan. Jangan salah anggap. Bukan saya berlagak atau menyombong. Saya tidak ada langsung masalah untuk menghampiri golongan ini, cuma bukan ketika saya mahu menyuap makan, atau sebelum makanan terhidang. Saya cukup tidak gemar. Tak tahu kenapa. Tetapi semenjak dahulu lagi.

Mereka datang silih berganti. Mula-mula, pemuda dengan gitar. Habis gilirannya, datang pula lelaki separuh usia dengan serunai kecil. Selesai, datang pula pasangan muda dengan si isteri sudah sarat perutnya. Tanpa henti. Mereka sudah seperti sepakat untuk mengikut giliran. Tidak ada tindihan.

Dan mereka akan berdiri di belakang, hampir lima minit tak bergerak.

Tergerak hati mahu menghulur, tetapi yang di dalam dompet semuanya wang besar (alasan). Jadi, sepanjang masa saya keraskan hati.

Keras.

Atau sebenarnya, saya sememangnya sombong?

Astaghfirullah.

Mungkin mereka ini dihantar untuk mengingatkan saya yang haloba.

Sombong dengan nikmat sementara di dunia.

Astaghfirullah.

:(

.

.

.

Dan perjalanan kami hari ini masih belum tamat.

Lokasi terakhir, Thamrin City Mall. Misi berburu buku ketiga.



<< Sebelum
Travelog Berburu Buku Jakarta - Senen dan Kwitang
Seterusnya >>
Travelog Berburu Buku Jakarta - Thamrin City dan Waroeng Mee







You Might Also Like

2 comments

  1. ya ampun di bandung pun ramai pengamen tepi2 jalan.. kalau ke mana2 pun kami diekori oleh penjual2 souvenir yang memaksa2 kami membeli dengan harga yang tinggi..nasiblah masing2 kental tak melayan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya big cities kat sana macam tu lah. Di Bandung tu pun ramai kata yang sama, sampai dah tahap memaksa suruh beli. Tapi ada juga tempat tak ada pun golongan ni macam di Bukit Tinggi, Padang.

      Delete

Press

press