Travelog Berburu Buku Jakarta - Thamrin City dan Waroeng Mee

October 16, 2016

Gaya seorang Hipster Jadi-jadian

Kami tiba sudah agak lewat. Kebanyakkan pekedai sudah mula berkemas mahu menamatkan urusniaga hari itu. Kami nekad sahaja terus ke tingkat 3, aras jualan buku.

Tutup.

Maka, tidak ada buku malam ini.

Namun, sempat juga saya membeli topi yang agak bergaya. Harganya sekitar IDR60,000. Selebihnya, kami mengintai-intai apa yang menarik untuk dijadikan buah tangan. Ada juga jualan CD/VCD. Ya, yang bajakan. Tidak pula saya membelinya.

Eheh!

Misi berburu buku ketiga ini, tidak berjaya.
Kecewa dalam Senyum
Kecewa dalam Senyum


Takbiran

Kami kemudian mengambil keputusan untuk pulang. Sudah penah seharian ke sana-sini. Mahu berehat dan makan malam di hotel. Dalam perjalanan pulang, kelihatan kumpulan kanak-kanak dan beberapa orang dewasa berkumpul di tepi jalan. Masing-masing berpakaian putih, dan sedang bersiap sedia mahu berarak.

"Ada apa ini pak?"

Bayam di kerusi hadapan, bertanya kepada pemandu Uber kami.

"Ooo... ini takbiran"

Saya mencuri dengar. Takbiran. Bersempena apa? Saya cuba memproses maklumat, kalau di Malaysia perkataan "takbiran" itu kalau tidak silap diguna oleh masyarakat Jawa, merujuk kepada majlis bertakbir di malam (atau) pagi raya dari rumah ke rumah.

Ini bukan malam raya.

Oh!

Malam ini, malam tahun baru.

1438 Hijrah.

Saya termanggu.

Tahun baru, saya di bumi Jakarta. Sesuatu yang baru. Selalunya tahun baru (hijrah dan masehi), saya di rumah sahaja. Dan seperti tahun-tahun baru yang pernah berlalu, apa azam saya?

Ah!

Azam, tidak perlu tunggu tahun baru. Kerana tanpa tahun baru, sudah panjang senarai azam saya.

Mungkin, kali ini saya perlu tambah satu lagi azam.

Saya mahu berazam, agar azam-azam saya terlaksana dan tidak menjadi perkasam!



Waroeng Mee

Sesudah menyegarkan diri, kami berkumpul di lobi. Kemudia berjalan tidak sampai 500 meter, kami sudah sampai ke kedai makan yang hiasannya agak "hipster".

Apa yang "hipster", saya pun tak tahu. Maksud "hipster" pun saya tak tahu.

Heheeheh!

Semacam Tempat Nongkrong
Semacam Tempat Nongkrong
Retro
Retro
Warna-warni
Warna-warni
Nice To Meet You
Nice To Meet You
Waroeng Mee
Waroeng Mee
Fresh Orange
Fresh Orange

Roti Terlebih Manis
Roti Bakar Terlebis Manis

Kaunter
Kaunter

Bapak-bapak Hipster
Bapak-bapak Hipster


Kekenyangan. Kami pun pulang mahu beradu.

Ternampak pula iklan filem "Athirah". Kebetulan semasa makan, kami juga berbual hal filem Athirah yang keluar dalam newsfeed Facebook kami. Ada beberapa rakan kenalan FB yang turut ke Jakarta, memberi komen tentang filem yang baru mereka tonton.

Filem Athirah, menjadi agenda kami hari esok.

Mujur tidak malam ini. Mata guwe sudah keberatan, boi!

Selamat malam.


<< Sebelum
Travelog Berburu Buku Jakarta - Nasi Goring Daging Kambing
Seterusnya >>
Travelog Berburu Buku Jakarta - Pasar Jatinegara



You Might Also Like

0 comments

Press

press