Istana Mughal Red Fort

Kami tiba di hadapan Red Fort hanya dalam kiraan beberapa minit dari Masji Jamaa. Jelas, kedudukan tempat bersejarah ini sangat hampir antara satu sama lain. Kawasan pentadbiran zaman Shah Jahan dirancang sebaiknya; kota pentadbiran (Red Fort), kawasan berdagang (Chandni Chowk) dan tempat ibadat (Masjid Jamaa). Ini yang sempat saya lihat. Mungkin, yang sebenarnya lebih besar dan luas. Dan sudah tentu, ianya tidak terbina sekelip mata.

Red Fort, Delhi
Red Fort
Baiya
Baiya

Sedikit maklumat berkaitan Ref Fort;
The Red Fort was the residence of the Mughal emperor for nearly 200 years, until 1857.

Constructed in 1648 by the fifth Mughal Emperor Shah Jahan as the palace of his fortified capital Shahjahanabad, the Red Fort is named for its massive enclosing walls of red sandstone and is adjacent to the older Salimgarh Fort, built by Islam Shah Suri in 1546. The imperial apartments consist of a row of pavilions, connected by a water channel known as the Stream of Paradise (Nahr-i-Bihisht). The fort complex is considered to represent the zenith of Mughal creativity under Shah Jahan and although the palace was planned according to Islamic prototypes, each pavilion contains architectural elements typical of Mughal buildings that reflect a fusion of Timurid and Persian traditions.

Sumber; Wikipedia


Lahori Gate

Setelah membeli tiket (yang harganya berkali ganda dari harga rakyat tempatan) kami terus ke pintu utama, Lahori Gate. Sebelum masuk, saya sudah teruja melihat dinding istana ini yang menjulang tinggi. Warna merah bata yang menyala menambah seri. Entah kabus atau jerebu, suasana pagi itu agak redup dan tenang.

Sebelum betul-betul masuk ke dalam, kami perlu melalui lorong imbasan badan, sama seperti di Taj Mahal. Ya, saya faham kenapa ini (imbasan badan) perlu dilakukan, tetapi dalam masa yang sama menimbulkan rasa kurang senang.

:(

Manusia, segelintir mereka semakin hilang kemanusiaan.

Alhamdulillah, kami melepasi imbasan baik-baik sahaja. Dan sebaik terlihat Lahori Gate yang gah berdiri, entah kenapa saya seperti terbawa ke zaman yang lampau.

Terlihat-lihat kehadiran golongan bangsawan dengan kenderaan gajah. Dan pengawal di Lahori Gate, siap siaga menyambut kehadiran pemerintah agung mereka.

Mungkin, ada juga penari-penari berpakaian warna-warni. Terlihat pula kelibat Sharmila Tagore di antara mereka.

Kah kah kah!

Khayal yang tak sudah.

Isteri Jelita

Jejaka Kacak

Pasangan Remaja

Lahori Gate

Kami meneruskan langkah ke Chhatta Chowk.



Chhatta Chowk

Melepasi Lahori Gate, pengunjung akan disambut dengan kedai/bazar jualan di kiri kanan lorong. Mengikut sejarah yang dicatat, Shah Jahan mengambil idea pembinaan bazar ini selepas melihat binaan yang sama ketika melawat Peshawar (kini di Pakistan). Chhatta Chowk bermaksud bazar yang berbumbung, asalnya dikenali sebagai Bazaar-i-Musaqqaf ("saqqaf" bermaksud bumbung). Bazar ini setinggi dua tingkat, dan sehingga hari ini masih berfungsi sebagai tempat berurusniaga.

Ketika kami sampai, kedai-kedai baru hendak dibuka. Kami singgah semula selepas selesai melawat bahagian dalam istana. Barang-barang jualan kebanyakkannya berbentuk cenderamata, sesuai dengan tempat ini yang menjadi tumpuan pelancong.

Memandangkan hari ini hari terakhir, dan duit juga semakin susut, kami pun hanya lalu begitu sahaja membuat lintasan hormat.

:p

Bazaar-i-musaqqaf
Bazaar-i-musaqqaf
Chhatta Chowk
Chhatta Chowk

Membeli-belah
Tengok sahaja

Naqqar Khana

Sebelum tetamu benar-benar dapat masuk ke ruang utama istana, ada sebuah lagi bangunan berdiri teguh selepas sahaja Chhatta Chowk. Naqqar Khana ataupun Naubat Khana. Di sini, pemuzik istana akan memainkan alat muzik mengumumkan ketibaan raja ataupun tetamu-tetamu kehormat yang lain. Selain itu, muzik juga dimainkan sebanyak lima kali sehari mengikut waktu-waktu tertentu.

Saya fikir, kalau sudah lima kali mengikut waktu tertentu, tentulah waktu azan. Bukan?

Bangunan ini berbentuk segi empat tepat. Mungkin setinggi bangunan tiga tingkat. Dari luar, dindingnya berwarna putih, manakala dari sebelah dalam berwarna merah bata. Ukiran-ukiran di dinding bangunan ini sangat menarik, bermotifkan alam. Saya paling suka bergambar di sini. :)

Wow!
Wow!
Dari dalam
Dari dalam

Naubat Khana
Naubat Khana

Gaya

Dari luar
Dari luar

Naqqar Khana
Naqqar Khana

Ukiran

Balai Pemuzik
Balai Pemuzik



Diwan-i-Aam

Mungkin ini ruangan utama kawasan istana ini. Diwan-i-Aam, atau dewan am, sesuai kalau saya katakan sebagai ruang tamu. Pemerintah datang dari bahagian belakang dewan, kemudian tetamu datang dari hadapan. Di sini, raja bersemayam di atas takhta dan bertentang mata dengan tetamu yang mengadap sembah.

"Ampun tuanku beribu ampun. Sembah patik harap diampun. Adapun tujuan kami datang mengadap kerana kami ini mempunyai hajat"

"Hajat apakah yang dibawa wahai tuanku Baginda Masai?"

"Ampun tuanku. Patik ini sudah terpersona dengan kecantikan tuanku Puteri Si Bujur Sireh. Izinkan patik menyunting puteri untuk dijadikan isteri"

"Sorry beb, lu lambat. Pak Belalang dah potong line"

Ok.

Lawak hambar.

😂

Kami tidak lama di sini, kerana masih luas kawasan yang mahu diteroka.

Diwan-i-Am
Diwan-i-Am
Diwan-i-Am

Takhta


Moti Masjid, Hammam, Divan-i-Khas, Khas Mahal dan Rang Mahal

Kami terus ke bahagian belakang Diwan-i-Am, di mana kawasan ini lebih merupakan kawasan peribadi istana. Bilik raja, isteri (dan gundik), bilik mandi (hammam), masjid (ironi) dan beberapa bangunan lain yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Kami tak sempat melawat kesemua bangunan ini kerana mahu mengejar masa.

Sayang juga. Ada bangunan yang seperti tidak terjaga.

Melihat keseluruhan kawasan ini, saya tidak dapat membayangkan "kemewahan" pemerintah zaman ini. Tempat tinggalnya begitu cantik dan luas dan tidak terjangkau dek fikiran. Tahun 1600-an hidup sudah begitu bergermelapan.

Tapi, sudah tentu ada timbal baliknya. Raja-raja di zaman ini memimpin negara. Mereka yang berfikir, mereka yang merancang strategi dan mereka juga yang melaksana. Bukan sekadar duduk bersenang-lenang di atas takhta tanpa perlu berbuat apa-apa. Bukan duduk begitu sahaja menunggu elaun di hujung bulan. Tidak. Peranan mereka besar. Dan walaupun itu tidak pula boleh dijustifikasikan untuk kemewahan yang dinikmati, kita masih boleh nampak peranan mereka sebagai ketua kerajaan.

Selalunya, kemewahan yang berlebih-lebih membawa kemudaratan.

Berpada-padalah.

Kami terus berjalan dan memotret kenangan.


Di belakang Diwan-i-Am
Di belakang Diwan-i-Am
Mumtaz Mahal
Mumtaz Mahal
Belakang Diwan-i-Am
Hayat Bakhsh
Berhampiran Hayat Bakhsh
Shah Jahan
Shah Jahan
Moti Masjid
Moti Masjid
Zafar Mahal
Zafar Mahal


Panahan Mata Jahat

Kalau menonton filem-filem Hindustan, saya selalu mendengar (baca sarikata) ayat "panahan mata jahat" digunakan. Mungkin merujuk kepada niat tidak baik orang sekeliling.

Kami juga, terkena panahan mata jahat ini.

Agaknyalah.

Semasa berlegar-legar di Zafar Mahal, saya perasan ada beberapa anak muda lelaki memandang-mandang Mumtaz Mahal saya (dan seorang lagi rakan perempuan). Mulanya saya sangka mereka mungkin hairan melihat kami yang "pelik", maklumlah bergaya pelancong. Tetapi semakin diperhati, lagak gaya mereka agak mencurigakan.

Saya bukan jenis orang yang mahu bergasak. Paling kuat, saya hanya boleh memarahi mereka seperti saya melenting di Sarojini Nagar.

Tapi pilihan untuk memarahi mereka saat itu bukan satu pilihan yang bijak. Mereka hanya memandang, belum ada tindakan fizikal. Dan, tempat ini juga agak terasing dari orang ramai.

Jadi, saya dan yang lain-lain kembali berkumpul dan bergerak menjauhi mereka.

Tanpa menoleh-noleh.

Kami segera bergabung dengan kumpulan pelancong yang lain.

Betul.

Antara syak wasangka dan berhati-hati, hanya ada satu garisan nipis untuk membezakan.

Terpulang kepada tafsiran masing-masing.

Kami pun terus bergerak keluar.

Kembali melalui Diwan-i-Am, Naqqar Khanna dan sebelum menghampiri Chhatta Chowk, kami berselisih pula dengan sekumpulan kanak-kanak sekolah. Rombongan, barangkali.

Saya mengangkat kamera, memberi senyuman manis menyapa kanak-kanak comel Delhi.

Kanak-kanak Delhi
Kanak-kanak Delhi

Saya katakan "Thank You".

Mereka balas, "Hi Monkey!"

Huh!

Jenis mulut tak berbedung. Nak kena cili gayanya ni. Sakit hati kita, wak!

"You monkey!"

Saya balas.

Peduli apa.

Sudah cukuplah panahan mata jahat hari ini!


<< Sebelum
Mengintai Chandni Chowk
Seterusnya >>
Humayun Tomb
ITINERARI 4H3M NEW DELHI, INDIA
(Senarai lengkap aktiviti selama 4 hari di New Delhi, India)













Reactions

Post a Comment

0 Comments