Travelog Berburu Buku Jakarta - Blok M Square

November 06, 2016

Ya ampun!

Macetnya bisa bikin gue gila!

Sejarak tidak sampai dua kilometer, kami terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang sangat menyebalkan. Hampir setengah jam, rasanya. Atau lebih. Dan puncanya?

Tol!

Sakit hati kita, wak.

Dan apabila menghampiri Blok M, pemandu Uber kami tidak dapat mencari arah. Matanya terhijab dan tidak dapat melihat arah tujuan. Okay, itu melebih-lebih. Yang sebenarnya, aplikasi Waze beliau sudah kelelahan, kami kini menuju ke Hong Kong. Okay, tipu lagi. Waze beliau sudah tidak berfungsi dengan baik. Entah kehabisan bateri atau data sudah melebihi kuota.

Mujur abang Sharul menjadi penyelamat. Eheh!

Blok M Square, kami datang!


Berburu Buku di Blok M Square
Sedang berlakon


Bakso

Kami mulakan dengan makan tengah hari, pada jam empat petang. Tidak banyak pilihan yang menarik, kami memilih warong jualan Bakso. Sama saja rasa dan rupa bentuk seperti jualan di Malaysia. Sup panas di waktu kelaparan dan keletihan serta hari yang sejuk selepas hujan, menambah selera.

Menambah tenaga.

Segelas Teh Botol menghilang dahaga.

Siap!

Bakso
Bakso



Blok M Square

Kami terus ke Blok M Square yang gagah berdiri. Terus ke lantai bawah, dan kami disambut dengan timbunan buku di sana-sini.

Asyik!

Suasananya tenang. Berhawa dingin. Terang dan tidak kusam. Dan luas. Satu keadaan yang menjadi idaman saya untuk membelek buku-buku idaman. Mencari musolla juga tidak sukar. Usai menyelesaikan tanggungjawab bersolat, kami pun memulakan operasi.

Ada buku bajakan.

Ada buku bekas.

Ada buku langka.

Kaset dan CD juga tersusun cantik.

Ini tempatnya untuk berlama-lama.

Pemandangan sebaik turun ke basement
Timbunan Buku
Timbunan Buku
Bumi Nusantara
Bumi Nusantara
Rambang mata
Rambang mata

Buku Malaya
Buku Malaya
CD Slam
CD Slam oi!


Kedai Kaset
Kedai Kaset

Mencari jhetakan pertama
Mencari buku jhetakan pertama



Athirah

Jika diikutkan, memang saya mahu berlama-lama lagi di sini. Tapi ahli rombongan sudah sepakat mahu menonton Athirah, filem terbaru di bioskop Indonesia. Mana mungkin mahu mempersiakan peluang ini. Segera kami ke tingkat atas, membeli tiket sesegera yang mungkin. Kami terlewat 15 minit yang pertama.

Tapi puas.

Mahu tahu?

Riri Riza itu juga tukang buat filem Laskar Pelangi.

Dan yang melakonkan watak Athirah itu, orang yang sama melakonkan watak Bu Muslimah.

Ternyata, jodoh kami dan Laskar Pelangi itu kuat!

Poyo tak?

Bioskop Blok M Square
Selesai

Athirah
Bersama Cuk dan Athirah

Novel Athirah
Novel Athirah yang dibeli di IIBF

Seusai menonton, kami terus saja ke Clay Hotel untuk mengambil beg. Tanpa menunggu-nunggu, langsung saja ke Twins Hotel di Kota Tua, tempat kami menginap untuk malam kedua.

Ada apa di Kota Tua?


<< Sebelum
Travelog Berburu Buku Jakarta - Pesta Buku Antarabangsa Indonesia
Seterusnya >>
Travelog Berburu Buku Jakarta - Twins Hotel







You Might Also Like

0 comments

Press

press