Monday, 19 December 2016

thumbnail

Sabah Trip - Kundasang

Hari kedua di Sabah.

Selepas Subuh, saya berdiri di balkoni menikmati perubahan waktu. Melihat cahaya matahari sudah mengintai di sebelah barat, tapi di timur masih bergelap. Pemandangan yang sangat menakjubkan.

Dan Gunung Kinabalu memunculkan diri. Semalam, kabus sangat tebal ekoran hujan yang berpanjangan. Pagi ini sinar matahari menyelak kabus, menunjukkan rupa puncak gunung yang tertinggi di Asia Tenggara ini.

Cantik.

Memukau.


Pekan Kundasang

Oleh kerana masing-masing ada rasa was-was dengan status sarapan (masakan) yang disediakan, kami mengambil keputusan untuk bersarapan di Pekan Kundasang. Sebaik sahaja kami masuk ke jalan utama, mata terus menangkap sisi gunung yang sangat besar!

Terkejut dan teruja.

Saya menoleh sekejap-sekejap untuk mengintai, dan sememangnya gunung ini sangat besar. Kalau seorang diri, mahu saja saya hentikan kereta di tepi jalan dan duduk merenung kebesarang ciptaan Ilahi ini.

Sabar.

Saya teruskan pemanduan sampai ke Pekan Kundasang yang berjarak hanya 5-10 minit pemanduan.

Subhanallah!

Besar sebesar-besarnya.


Kundasang
Menikmati pandangan hebat
Gunung Kinabalu dari Kundasang
Percayalah!

Takkan sama gambarannya dalam sekeping foto, berbanding dengan melihat terus melalui mata sendiri.

Enormous Kinabalu
Bandingkan saiz rumah dan gunung di belakang
Hanis
Hanis
Hanim
Hanim
Haris
Haris
Puncak Kinabalu
Skodeng jauh
Abah dan Mak
Ayahanda dan bonda
Ultraman Gombak
Ultraman
Hafiz
Sayang abah dan ummi
Kami
Kami

Kundasang pagi itu agak sibuk. Kawasan utamanya ada dua roundabout; yang pertama penuh dengan kenderaan yang parkir di kiri kanan. Kami menyelit di sini untuk bergambar. Yang kedua, roundabout untuk ke Desa Dairy Farm dan War Memorial. Di sini, penuh dengan khemah jualan seperti pasar pagi. Tidak pasti sama ada ini acara setiap hari, atau hanya bersempena menyambut acara tertentu. Tidak pula kami singgah di sini.

Kami teruskan ke kedai yang diyakini untuk bersarapan.

Yakin halal.


<< Sebelum
Mile 36 Lodge, Kundasang
Seterusnya >>
Desa Dairy Cattle Farm, Kundasang
ITINERARI 5H4M KUNDASANG-KOTA KINABALU, SABAH
(Senarai lengkap aktiviti selama 5 hari di Sabah, Malaysia)









Saturday, 17 December 2016

thumbnail

Sabah Trip - Mile 36 Lodge, Kundasang

Peringatan: Entri ini SANGAT BANYAK gambar! :)

Untuk penginapan di Kundasang, saya mencari lokasi yang memungkinkan saya melihat Gunung Kinabalu hanya dari tingkap atau balkoni.

Kerana saya rasa, suasana sebegitu sangat romantis. Bertentang mata dengan alam Kinabalu yang menakjubkan, dan ditemani yang tersayang di sisi. Sambil mencicip teh panas di kala kabus mengepung di sekeliling.

Wah! Gitteeeewwww!

Saya menyenaraikan hampir lima lokasi yang saya rasa berkenan dan sesuai. Cuma setelah mengambil kira faktor harga dan kemudahan, akhirnya saya memilih Mile 36 Lodge untuk penginapan kami sekeluarga selama dua malam.


Mile 36 Lodge, Kundasang

Sekali lagi, dunia internet banyak membantu. Ulasan yang diperolehi, agak memberansangkan. Oleh kerana saya sudah berenam orang, sudah tentu saya memilih Family Room. Mereka mencadangkan kami untuk menginap di Easy Valley Room (Room 17), yang memuatkan dua bilik, satu bilik air dan satu ruang tamu.
Easy Valley House
Easy Valley House

Mile 36 Lodge
Alamat : Mile 36, Kundasang, Sabah, Malaysia 89300
Koordinat GPS : Coordinate 5 59’ 48” N 116 32’58”E

Telefon: +60 88-888161, +60 88-888171 / 088-888161, 088-888171
Email: mile36lodge@gmail.com
Website: http://www.mile36lodge.com/

Tangga dari parkir
Tangga dari parkir
Bilik 17
Family Room
Mak duduk rehat
Mak duduk rehat
Balkoni
Balkoni (ke bilik 18)
Bilik Utama (Family Room)
Bilik Utama (Family Room)
Bilik Kedua (Family Room)
Bilik Kedua (Family Room)
Ruang Tamu
Ruang Tamu

Bilik 18
Twin Room (Bilik 18)


Secara ringkasnya;
  1. Harga satu malam untuk Family Room ialah RM 290. Untuk Twin Room (Bilik 18) harganya RM 160 satu malam.
  2. Tambahan tilam (dan selimut serta bantal) dikenakan RM 30 semalam.
  3. Tiada TV. Betul. Dan saya rasakan ini sangat bagus. Lebih "banyak" masa untuk bersama keluarga. Kami duduk di balkoni sambil makan dan minum, berborak-borak, dan ditemankan suasana tenang, berkabus dan sejuk di lereng bukit. Ini saat yang saya rasa sangat indah sebenarnya.
  4. Internet. Perkhidmatan WIFI disediakan, tapi capaiannya "suam-suam kuku". Untuk perkhidmatan Celcom, dalam bilik utama hampir tidak ada. Lain-lain tempat, biasa sahaja (rasanya tidak ada 4G). Umobile juga ada, tetapi tidak begitu kuat.
  5. Kami tidak bersarapan di sini, walaupun ada disediakan. ;)
  6. Hari pertama kami sampai, hujan turun tanpa henti dari petang sampai ke malam. Jadi cuaca sangat sejuk. Kalau kau rasa Cameron Highland dah sejuk, itu tidak ada apa-apa kalau di sana. Eheh!
  7. Air panas (shower) hari kedua buat perangai. Tak ada. Katanya sebab ramai sangat yang guna. Lame excuse. Jadi jenuhlah kami masak air dulu untuk mandi.
  8. Semuanya awal satu jam di sana. Kalau Subuh di KL jam 5.40 am, di sana Subuh jam 4.40 am. Bangun awal, solat, kemudia duduk di balkoni menikmati pemandangan matahari terbit. Pengalaman yang sangat menarik kerana di timur langit sudah cerah, tapi di sebelah barat masih gelap gelita.
  9. Saya tidak meronda keseluruhan kawasan, tetapi sekitar bilik kami sudah cukup menarik. Dari balkoni (di lereng bukit), boleh nampak puncak Kinabalu. Di sekeliling bilik, banyak tanaman pokok bunga yang pelbagai warna. Dengan bilik yang dibina berdindingkan papan, suasana desa sangat terasa. Nyaman.
  10. Jalan kaki sedikit ke jalan utama, boleh nampak sebahagian Gunung Kinabalu (yang sangat besar!). Terasa bagaikan berada di alam "Lord of The Rings". Heh!
  11. Jarak ke Pekan Kundasang kira-kira 5-10 minit memandu.

Ini lagi gambar-gambar sekitar Mile 36 Lodge.

Memburu Matahari Terbit

Matahari terbit di Kundasang
Matahari terbit di Kundasang
Magic moment
Magic moment
Kopiah jadi serkup. Sejuk oi!
Kopiah jadi serkup. Sejuk oi!
Gunung Kinabalu
Kinabalu mula menunjuk diri
Puncak Kinabalu
Puncak Kinabalu bermandi cahaya

Sekitar Mile 36 Lodge

Bunga Raya
Bunga Raya
Kakak Hanis
Kakak Hanis
Kakak Hanim
Kakak Hanim
Dengan Atok
Dengan Atok
Depan Bilik
Depan Bilik
Mile 36 Lodge
Kami di sini!
Atok Nenek
Atok nenek pun dah sampai sini!
Love them all!
Love them all!
Kinabalu dari Mile 36 Lodge
Pemandangan dari jalan utama
Kinabalu seperti kepalan ais :)
Kinabalu seperti kepalan ais :)
Putik
Putik
Bunga Loceng
Bunga Loceng
Bunga Loceng Putih
Bunga Loceng Putih
Bunga Senduduk?
Bunga Senduduk?
Ummi & The Boys
Ummi & The Boys
Dengan Ultraman
Dengan Ultraman
Kakak Hanim
Kakak Hanim
Abang dan Kakak
Abang dan Kakak
Hero
Hero

Berbaloi kah?

Entah lah. Saya sukakan suasananya. Pemandangannya. Tapi kemudahan asasnya agak terbatas. Itu sahaja. Tidak pula menjadi masalah besar. Dan sudah tentu pihak Mile 36 Lodge akan memperbaiki kualiti kediaman dan perkhidmatan mereka.

Tepuk dada, tanya selera.


<< Sebelum
Jambatan Tamparuli
Seterusnya >>
Kundasang, Sabah
ITINERARI 5H4M KUNDASANG-KOTA KINABALU, SABAH
(Senarai lengkap aktiviti selama 5 hari di Sabah, Malaysia)





Friday, 16 December 2016

thumbnail

Sabah Trip - Jambatan Tamparuli

Lokasi pertama kami ialah Jambatan Tamparuli.

Saya tidak tahu sejarah di sebalik pembinaan jambatan (gantung) ini, tetapi yang membuatkannya terkenal fikir saya adalah disebabkan lagunya.

Lagu Jambatan Tamparuli (dan terjemahan)

Pak pak kang ku doh
Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Bakasut tinggi oku

Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Pak pak kang ku doh
Bakasut tinggi oku

Silaka nodi kasutku
Naratu lo jambatan
Tinggal poh doh sutakin
Nowid ku di numuli

Ontok di hari 3
Tamu lo Tamparuli
Mingusuk poh hilo kadai
Mogihum doh kasut tinggi



Terjemahan
Pak pak saya melangkah
Menyusur hai jambatan
Jambatan si Tamparuli
Saya berkasut tinggi

Menyusur hai jambatan
Jambatan si Tamparuli
Pak pak saya melangkah
Saya berkasut tinggi

Celaka* kasut saya
Terjatuh di jambatan
Hanya tinggal stokin
Saya bawa pulang rumah

Pada hari rabu
Tamu di Tamparuli
Saya masuk serata kedai
Mencari kasut tinggi

Sumber : Rakan 1Klik

Seperti lagu Ulik Mayang mewakili negeri Terengganu, lagu Jambatan Tamparuli pula menjadi lagu ikon untuk negeri Sabah.

Sekurang-kurangnya, untuk saya.

Liriknya sangat mudah. Hanya bercerita perihal seorang gadis (agaknya) yang mahu menyeberang sungai dan menggunakan jambatan ini. Kasut tingginya terjatuh, lalu dia ke pasar mencari kasut yang baru.

Mudah. Tapi terkenal.

Itu yang menjadi tarikan untuk ke sini.

Jambatan Tamparuli
Jambatan Tamparuli

Jambatan Baru

Jambatan yang ada sekarang ini katanya sudah diperbaharui. Yang asal, sudah pun rosak (akibat banjir?). Saya dan anak-anak meniti sampai ke bahagian tengah, itupun takut-takut. Berayun ke kiri kanan, atas bawah dan di bawah pula sungai yang agak luas mengalir tenang.

Seperti biasa, kami bergambar kenangan.

Permulaan jambatan
Permulaan jambatan
Adik kegayatan
Adik kegayatan
Abang Haris
Abang Haris
Seram
Seram
Kakak Hanim
Kakak Hanim

Kakak Hanis
Kakak Hanis
Pulang
Balik, dah panas.
Skodeng budak mandi
Skodeng budak mandi
Inspired by National Geographic?
Inspired by National Geographic?
Minum dulu
Minum dulu

Pekan Tamparuli

Bila difikir semula, rasa rugi juga tak berjalan-jalan di sekitar pekan. Semasa kami mahu meneruskan perjalanan, sempat saya memandu ke kawasan utama pekan. Bangunan-bangunan yang ada bercampur antara yang baru dan lama, dan sudah tentu bangunan lama menarik perhatian saya. Sekiranya berpeluan, singgah lah.

Klasik.

Jom.

Kita ke Kundasang.


Video Di Jambatan Tamparuli



<< Sebelum
Percutian 5H4M Ke Sabah
Seterusnya >>
Mile 36 Lodge, Kundasang
ITINERARI 5H4M KUNDASANG-KOTA KINABALU, SABAH
(Senarai lengkap aktiviti selama 5 hari di Sabah, Malaysia)








About