Sabah Trip 2016

December 14, 2016

Alhamdulillah.

Semalam (12/12/2016) selamat mendarat di KLIA tepat jam 12.30 tengahari. Percutian lima hari empat malam ke negeri di bawah bayu, Sabah.

Puncak Gunung Kinabalu
Puncak Gunung Kinabalu

Percutian kami ke sini dirancang semenjak awal tahun lagi. Kami tidak memilih pakej pelancongan kerana mahu lebih santai dan menguasai masa. Almaklum, ada Ultraman Gombak yang kacak dalam rombongan kami.

Kebanyakkan lokasi lawatan kami berpandukan perkongsian kawan-kawan, blog dan carian internet. Jadi saya ada kebebasan untuk menyusun atur jadual sepanjang masa di sana.

Tapi, biasalah. Rancangan hanya rancangan. Ada juga yang tak dapat ditunaikan disebabkan faktor tertentu.

Saya kongsikan serba sedikit ringkasan percutian kami ini.


Itinerari

Hari 1 (Khamis, 8/12/16)

07.50 amTerbang dari KLIA2 ke KKIA
10.30 amLanding
11.00 amAmbil kereta dan terus ke Kundasang
12.00 pmNaik Jambatan Tamparuli Jangan Pakai Kasut Tinggi
01.15 pmPekan Nabalu Hujan Dan Awan Kelabu, Makan Nasi Dulu
03.00 pmCheck In Mile 36 Lodge (kemudian mereput di bilik sebab hujan tak berhenti sampai ke malam)


Hari 2 (Jumaat, 9/12/16)

05.30 amLepas Subuh, intai puncak Kinabalu dari beranda bilik. Emeizing! Boleh nampak sebelah timur dah cerah, tapi sebelah barat masih gelap gelita.
07.15 amBerhenti di roundabout Pekan Kundasang, menikmati pemandangan yang sangat ohsem! Kemudian sarapan.
08.20 amKe Desa Dairy Farm. Pemandangan yang sangat menarik. Tips fotografi; pakai baju warna cerah dan ceria. 😍 Kami sampai aiskrim tak ada lagi, jadi minum susu sahaja. #biasaje
10.00 amKedai sayur dan buah di Kundasang. Buah tempatan ada, buah import ada. Lokasi; seberang KFC, tepi jalan menghala ke Ranau.
11.00 amSampai di Tagal Sg Moroli, Kampung Luanti Baru. Bagi ikan makan kaki. Boleh juga minta jampi untuk kuat lari. #tahyul
12.15 pmBerhenti solat di Masjid Lohan Hulu, dalam perjalanan ke Hotspring Poring. Masuk waktu 12.13 pm, tapi azan pertama 12.30 pm. #moskil
01.30 pmJalan-jalan di Poring Hotspring. Ultraman tak dapat mandi, sebab abang/kakak tak bawa baju mandi untuk temankan dia. #upahaiskrim
03.00 pmSinggah beli KFC di Ranau untuk makan tengahari (sampai ke malam). KFC Kundasang is too mainstream.
03.45 pmMasuk bilik. Makan. Rancangan ke War Memorial terbatal sebab semua dah penat.


Hari 3 (Sabtu, 10/12/16)

07.00 amCheck out dan sarapan di Kundasang. Hari hujan, rancangan mendaki Bukit Kristal terbatal. :(
08.30 amKe Kinabalu Park. Bergambar sakan di Kiau Gap View. Kemudian terus ke Timpuhon Gate, pintu masuk ke alam misteri. Hati-hati memandu.
09.30 amSinggah di Pekan Nabalu untuk Ops Shopping #1. Ultraman Gombak minta belikan belon air, tapi tak jumpa. #pemberontakan
11.00 amBertolak ke KK #nangis
12.30 pmBerswafoto di Bangunan Yayasan Sabah
01.00 pmMasjid Bandaraya KK
02.30 pmCheck In Marina Court Apartment
04.30 pmMandi swimming pool. Saya tak mandi sama sebab tak dibenarkan berkemban. #nyampah
07.00 pmMakan di Oceanus Waterfront Mall (seberang jalan je)


Hari 4 (Ahad, 11/12/16)

07.30 amNaik teksi ke Pasar Gaya Street. Katanya hanya ada pada hari Ahad.
08.30 amJalan kaki ke Pasar Besar (cari ikan bilis) dan ke Pasar Filipina (cari mutiara naga)
11.00 amMakan tengahari di bilik dan rehat
02.00 pmKe Muzium Sabah mencari ilmu
05.00 pmKe Pantai Tanjung Aru misi mencari seafood
07.30 pmPulang dan bungkus-membungkus


Hari 5 (Isnin, 12/12/16)

07.00 amBergerak ke KKIA
09.45 amTerbang pulang


Setiap lokasi yang kami lawati, saya warnakan dengan warna biru. Maklumat lanjut bakal menyusul dalam entri berikutnya. Banyak lagi sebenarnya tempat menarik; Island Hoping, Rumah Terbalik, War Memorial dan lain-lain. Terpulang kepada selera masing-masing dan aturan jadual.


Kos

Kos ke Sabah keseluruhannya agak tinggi. Tetapi memadai lah dengan bilangan ahli rombongan yang ramai. Lebih separuh dari perbelanjaan keseluruhan "disumbangkan" oleh tiket penerbangan. Jadi, kalau mahu "bermain" bajet, faktor penyumbang utamanya ialah tiket kapal terbang.

#ITEMJUMLAH
1)Tiket Kapal Terbang (3 Dewasa 3 Kanak-kanak)
+ makan pergi balik
+ 20kg Luggage pergi balik
2,723.00
2)Tiket Kapal terbang (2 Dewasa)
+ makan pergi balik
1,049.56
3)Mile 36 Lodge, Kundasang (2 malam)
+ Family Room (plus one extra mattress)
+ Twin Bed Room
+ internet available, breakfast provided
960.00
4)Marina Court Apartment, Kota Kinabalu (2 malam)
+ 3 bedrooms & 2 bathrooms
+ internet available, no breakfast
560.00
5)Kereta Sewa (Exora)
+ 5H4M (RM560)
+ Hari 1 (RM85)
+ Hari 2 (RM46)
691.00
6)Makan & Jajan
+ Hari 1 (RM58)
+ Hari 2 (RM228)
+ Hari 3 (RM114)
+ Hari 4 (RM256)

*makanan agak mahal dan kami makan fast food juga
656.00
7)Tiket
+ Desa Dairy Farm (RM33)
+ Tagal Sungai Moroli (RM33)
+ Hotspring Poring (RM15)**
+ Kinabalu Park (RM15)**
+ Muzium Sabah (RM4, RM2 seorang untuk 12 tahun ke atas)

**Tiket yang sama boleh digunakan di kedua-dua tempat ini dalam tempoh 3 hari
100.00
8)Cenderahati
+ Ikan Bilis Mata Biru, Baju "I Love Sabah", Keychain & Fridge Magnet, Beg

***anggaran sahaja

***500.00
JUMLAH KESELURUHAN7,239.56


Ini yang sempat saya dan anakanda Nur Hanim catatkan. Rasanya lebih lagi (terutamanya bahagian makan dan cenderahati). Perlu diingat, perbelanjaan ini untuk kami seramai lapan orang.

Pandai-pandailah buat belanjawan, ya!


Penginapan

Kami bermalam di Mile 36 Lodge, Kundasang selama dua hari, dan dua hari terakhir di Marina Court Apartment, Kota Kinabalu. Maklumat lanjut saya kongsikan dalam entri yang berikut.


Pengangkutan

Hal pengangkutan, saya memang nekad sahaja. Carian di internet (berdasarkan perkongsian di blog, FB terutamanya), saya menyenarai-pendekkan tiga perkhidmatan sewa kereta yang paling ramai disyorkan. Dan pilihan saya;
Kereta Sewa Ar-Rayyan
Hubungi Encik Faizal +6013 877 7156


Kepuasan 

Tidak puas sebenarnya. Sebab ada beberapa tempat yang saya sudah senaraikan tetapi hajat tak tercapai. Faktor cuaca, faktor masa dan lain-lain perlu diambil kira. Tambah-tambah lagi ahli keluarga yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia. Tidak semua yang saya mahu, sesuai dengan situasi semasa.

Doa-doalah. Semoga ada lain kali untuk percutian ke Sabah yang indah.


Seterusnya >>
Jambatan Tamparuli








You Might Also Like

2 comments

Press

press