Sabah Trip - Desa Dairy Cattle Farm, Kundasang

January 20, 2017

Ibaratnya kalau tak ke sini, percutian ke Kundasang tak lengkap. Rata-rata carian di internet, tempat ini menjadi tumpuan utama.

Kami pun, tak mahu ketinggalan. Mahu lihat lembu "omputih". Mahu rasa susu dan aiskrim yang segar. Mahu lihat pemandangan yang katanya seperti di New Zealand.

Cuma sebelum sampai, seram sejuk juga memandu di sini. Jalannya curam betul, dan memanjang terus. Semasa memandu naik pun sudah kejung perut, apa lagi ketika memandu turun. Cuma sebagai pemandu utama, saya diamkan saja rasa risau dan cemas. Haih! Lapan nyawa yang saya bawa, nyawa-nyawa kesayangan. Hati-hati oi! Bau hangit tayar/brake, turut memeriahkan suasana. :)

Dari pekan Kundasang, hanya mengambil masa kira-kira 10 minit (mungkin kurang) untuk sampai ke "kandang lembu" ini. Tetapi sebelum benar-benar sampai ke pintu gerbang (tempat membayar tiket), kami berhenti dahulu di tepi jalan.

Kerana kali ini, kami dapat melihat Gunung Kinabalu dari hujung ke hujung.

Subhanallah.

Sangat besar. Sangat cantik. Sekali lagi, gambar atau video tak akan sama untuk menggambarkan apa yang dilihat depan mata.

Desa Dairy Cattle Farm
Desa Dairy yang berbumbung hijau. Bucu bawah-kanan; pintu masuk dan kaunter tiket
Puncak Kinabalu
Puncak Kinabalu

Kami mengambil keputusan yang betul untuk berhenti lebih awal. Sebabnya, bila kami mula bergerak masuk dan keluar selepas hampir satu jam lebih di situ, Gunung Kinabalu kekal tersorok di balik awan. Langsung tak kelihatan.


Waktu Operasi dan Harga Tiket Masuk (2016)

Waktu Operasi
8 pg – 5 ptg

Waktu Memerah/Memproses Susu
Memerah : 3 ptg – 5 ptg setiap hari
Memproses : Setiap Selasa, Khamis, Ahad pada 10 pg – 2 ptg

Tiket Masuk
Dewasa — RM5
Kanak-kanak — RM4
Sesi Fotografi — RM10

Sumber; Jom Jalan

Tiket dibeli di pintu gerbang dan kereta perlu melalui takungan air yang disediakan. Barangkali untuk membersihkan tayar kereta dari sebarang bendasing yang boleh memberi kesan kepada lembu-lembu tompok hitam putih itu. Eheh!

Tiket Dewasa Desa Dairy Farm
Tiket Dewasa
Tiket Kanak-kanak Desa Dairy Farm
Tiket Kanak-kanak

Aktiviti di Desa Daiy Farm

Sudah tentu yang paling utama; bergambar. Ya. Tempat sebegini cantik memang rugi kalau tak bergambar untuk kenangan. Tetapi jangan hanya bergambar saja. Nikmati juga pemandangan sekeliling dengan mata sendiri. Waktu kami di situ, gunung Kinabalu dilitupi awan. Tapi pemandangan bertentangan ke arah pekan Kundasang tak kurang menakjubkan. Saya cuba mengambil beberapa keping gambar untuk menunjukkan suasana ketika itu, tapi hasilnya tak begitu memuaskan. Dari ladang ini, yang berkedudukan tinggi, menghadap ke Kundasang yang turut dipayung awan yang kelihatannya seperti sama paras (awan) dengan kedudukan kita berdiri.

Lembu-lembunya juga dilepaskan. Dan ada yang berhampiran dengan pagar untuk membolehkan pengunjung datang dekat dan bertemu mesra. Keh keh! Dengan lembu "omputih", kan? Mestilah bergambar.

Kedua; minum susu. Ya, betul. Minum susu segar. Tapi yang sudah dikotakkanlah, bukan terus dari nyam nyam mak lembu tu. Jangan dibuat oi!

Ketiga; bagi lembu makan. Ya. Lembu yang hidup bahagia di tanah tinggi Kundasang itu bolehlah disuapkan makan. Tidak pasti dikenakan bayaran atau tidak, sebab kami langsung tak berminat dengan aktiviti tersebut. Nak turun ke kandang pun tak lalu. Pemandangannya "mengerikan". Dan, "tumpuk-tumpuk taik lembu"nya meriah dan menusuk hidung. Untuk aktiviti pagi tatkala perut masih kekenyangan selepas sarapan pagi, tidaklah digalakkan!

Nimatilah, gambar-gambarnya!

Bersama atuk & nenek
Bersama atuk & nenek
Kami
Kami
Atok & Nenek
Atok & Nenek
Brother & Sisters
Brother & Sisters
Hanis
Hanis
Love Them Till Jannah
Love Them Till Jannah
Sisters
Sisters
Abah dan Mak di Desa Dairy Farm
Abah dan Mak di Desa Dairy Farm
Desa Dairy Cattle Farm
Desa Dairy Cattle Farm
Three of Us
Three of Us
Merenung masa depan
Merenung masa depan
Brothers
Brothers
Batu asas Desa Dairy Farm?
Batu asas Desa Dairy Farm?
Kakak Hanis
Kakak Hanis
Kakak Hanim
Kakak Hanim
Mimi & Hafiz
Mimi & Hafiz

Happy family
Kami

Video




<< Sebelum
Pekan Kundasang
Seterusnya >>
Pasar Sayur Dan Buah Kundasang
ITINERARI 5H4M KUNDASANG-KOTA KINABALU, SABAH
(Senarai lengkap aktiviti selama 5 hari di Sabah, Malaysia)







You Might Also Like

2 comments

  1. tepat pada masanya.. insha Allah holiday tahun ni saya n family nak ke kundasang..dah blh jadi sumber rujukan ni..tq for sharing.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah! Selamat bercuti. Sabah (Kundasang) memang sangat seronok bagi yang sukakan nature.

      Delete

Press

press