Sabah Trip - Pasar Sayur Dan Buah Kundasang

February 02, 2017

Selesai di Desa Cattle Farm Dairy, kami pun bergerak menuju ke destinasi seterusnya. Sepatutnya kami ke Kundasang War Memorial, tetapi keadaan agak sesak di perkarangan parkir (ada pasar pagi), lalu saya dengan kuasa veto menukar rancangan.

Kami mahu terus ke Ranau, ke Spa Ikan Kampung Luanti.

Dengan keadaan cuaca tidak menentu, saya fikir eloklah kami ke tempat jauh dahulu untuk mengelakkan pulang ke Kundasang ketika hari sudah lewat petang. Cuaca cepat berubah, dalam beberapa minit cuaca cerah bertukar mendung. Lagi-lagi, kami tidak mahu pulang waktu malam. Seram sejuk memandu di sini.


Pasar Sayur & Buah

Sebenarnya perkataan "pasar" tidak begitu sesuai digunakan. Ianya hanyalah deretan gerai di sepanjang jalan menghala ke Ranau. Dan barang jualannya sama ada sayur, buah-buahan, kudapan ataupun anak-anak pokok bunga yang berwarna-warni.


Pakej Buah-buahan
Pakej Buah-buahan
Abah & Mak
Abah & Mak
Keropok Ubi kayu Bersos Madu
Keropok Ubi kayu Bersos Madu
Kudapan
Kudapan
Buah Cinta
Buah Cinta
Buah Tampoi
Buah Tampoi
Buah Lemak Manis
Buah Lemak Manis


Kami hanya membeli buah-buahan untuk mengisi perut sepanjang perjalanan. Sebungkus sekitar RM2. Ada pelbagai jenis buah, tempatan mahupun luar negeri. Walaupun sayur-sayuran yang dijual nampak menarik, tidak berbaloi dibeli melainkan mahu masak di homestay.

Ok. Jom ke Ranau.


<< Sebelum
Desa Dairy Cattle Farm, Kundasang
Seterusnya >>
Tagal Sg Moroli, Kampung Luanti Baru, Ranau
ITINERARI 5H4M KUNDASANG-KOTA KINABALU, SABAH
(Senarai lengkap aktiviti selama 5 hari di Sabah, Malaysia)






You Might Also Like

0 comments

Press

press