9 Jam Mendaki Gunung Angsi Bersama Anak-anak Yang Comel

Sudah lama saya mendengar nama Angsi ini. Sabtu lepas (4/2/17) baru dapat merasa menawan puncak. Pengalaman 9 jam mendaki gunung Angsi ini memang terbaik. Lebih manis kerana anak dara abah yang berdua, Nur Hanim dan Nur Hanis pun ikut sama. Abang Haris terpaksa tinggal sebab ada aktiviti di sekolah. Dan ada juga kakak saya dan anak-anak.

Kekuatan pasukan; 16 orang (termasuk 3 kanak-kanak)
Laluan; Hutan Lipur Ulu Bendul - Bukit Putus
Total masa; 9 jam (9 am - 1.30 pm ke puncak, 2.30 pm - 6 pm menurun)

Kami mulakan pendakian dari Hutan Lipur Ulu Bendul dan turun melalui Bukit Putus. Mendaki bermula dari Ulu Bendul memerlukan masa 3-4 jam, masa yang lebih panjang dari Bukit Putus. Disebabkan itu juga kami tidak dibenarkan turun semula melalui Ulu Bendul kerana dua alasan; renjer hanya bertugas sehingga jam 4 petang (di Ulu Bendul) dan laluan Ulu Bendul tidak ada langsung isyarat telefon.

Gambar kumpulan Mendaki Gunung Angsi


Ini catatan pengalaman saya. Masa adalah berdasarkan rekod di gambar kamera.

6.50 am

Kami bertolak keluar dari rumah selepas siap solat Subuh. Berhenti sarapan di R&R Beranang. Perut kena isi dulu, ya. Kalau boleh yang banyak karbohidrat. Ya, nasi lemak boleh. Dan pastikan paling tidak makan setengah jam sebelum bermula, seeloknya dua jam sebelum.


8.15 am

Sampai di kawasan parkir Hutan Lipur Ulu Bendul (landmark; Taman Ular). Daftar diri dan setiap individu dikenakan bayaran sebanyak RM5. Siap sedia dan lakukan sedikit senaman ringkas.

Briefing dan Warm Up sebelum mendaki Gunung Angsi Selfie anak-beranakSelfie anak-beranak sebelum bermula

9.00 am

Memulakan perjalanan. Peringkat awal lebih banyak menyusuri laluan di sebelah sungai. Keadaan agak gelap disebabkan laluan diselubungi kanopi yang merimbun. Cuaca agak sejuk dan jalan agak berlecak disebabkan hari hujan pada hari sebelumnya. Keadaan tenang dan terkawal.

Menariknya sepanjang perjalanan ini pemandangan sinaran matahari pagi pada celah-celah pokok memang menakjubkan. Juga, pokok-pokok (balak) di sepanjang laluan diberi tanda nama. Sempatlah abah acting cikgu Alam dan Manusia.

Permulaan Trek mendaki Gunung Angsi via Ulu Bendul Trek mendaki Gunung Angsi via Ulu Bendul Trek mendaki Gunung Angsi via Ulu Bendul 1Trek mendaki Gunung Angsi via Ulu Bendul

Pemandangan dalam hutan sepanjang Trek mendaki Gunung Angsi via Ulu BendulPemandangan dalam hutan sepanjang trek mendaki Gunung Angsi


10.00 am

Kami sampai ke Kem Tangga Batu. Berehat mengumpul tenaga. Anak-anak masih bertahan. Kerisauan utama manusia kecil ini ialah pacat. Pesan saya, "tak payah intai", "buat dek". Dah sampai balik ke kereta nanti baru periksa. Abah pun risau juga sebenarnya. Hihihihi!

Kami teruskan perjalanan selepas 10 minit dan kami tersalah laluan. Jalan yang betul dari Kem Tangga Batu, ambil laluan ke kanan (menyeberang sungai).

Oh! Pertanyaan "jauh lagi ke, bah?" sudah mula kedengaran. Gulp!

Berehat di Kem Tangga Batu, Gunung Angsi via Ulu Bendul Berehat di Kem Tangga Batu, Gunung Angsi via Ulu Bendul 1Berehat di Kem Tangga Batu, Gunung Angsi via Ulu Bendul

10.40 am

Kami tiba di kaki gunung. Dari sini barulah pendakian yang sebenar bermula. Ketahanan fizikal dan mental teruji. Abah terpaksa "membodek" Nur Hanis untuk terus melangkah. Kesian memang kesian, tetapi dalam keadaan begini kena berdiri atas kaki sendiri. Kata dorongan dan galakan sangat diperlukan. Dan sebenarnya abah memang kagum dengan kudrat Hanim dan Hanis untuk mendaki sejauh ini. Kagum sekagum-kagumnya.

HijauTrek mendaki Gunung Angsi via Ulu Bendul 3Trek mendaki Gunung Angsi via Ulu Bendul 4Trek mendaki Gunung Angsi via Ulu Bendul 5


12.30 pm | Bukit Botak

Kami sampai di Bukit Botak. Di sini perlu mendaki menggunakan tali, mungkin dalam jarak 4-5 meter. Hanis agak risau, berbanding kakak Hanim. Hanis masih belum pandai untuk menolak/menarik badan ke atas, jadi abah terpaksa menolak dari bawah.

Menunggu giliranCabaran Bukit BotakMelepaskan penat


1.30 pm | Puncak

Kami sampai ke puncak. Alhamdulillah. Tidak begitu ramai, ada dalam sekitar 4-5 kumpulan sedang berehat. Selepas Bukit Botak, kami terpisah dengan kumpulan utama dan berjalan terus dalam kelompok kecil.

Puncak Gunung AngsiWe did it!Kenangan di puncakYak yak yeay!

2.30 pm

Memulakan perjalanan turun.

3.50 pm

Berkumpul semula untuk berjalan dalam satu kumpulan. Kami mula membungkus barang-barang ke dalam plastik dan anak-anak sudah menyarungkan baju hujan. Hujan mula turun dan selepas 10 minit, semakin lebat. Laluan pula semakin curam. Kami tetap meneruskan perjalanan kerana tidak mahu lewat sampai ke bawah. Jadi dalam keadaan hujan lebat dan air yang banyak mengalir sepanjang laluan menurun, kami perlu berhati-hati. Beberapa orang tergelincir dan terjatuh, mujur tidak ada sebarang kecederaan.

Saat ini sebenarnya saat yang membanggakan saya sebagai seorang abah. Hanim dan Hanis langsung tak merungut atau meragam, kelihatan sangat "enjoy" dan tenang dalam keadaan sebegini. Hutan yang gelap, hujan yang lebat, laluan curam yang banjir dan licin; bagaikan bukan halangan besar. Terharu juga ada. Memori yang tak akan abah lupakan.

30 minit pertama selepas turun
30 minit pertama selepas turun
Letih
Pukul berapa nak sampai, bah?
sebelum hujan
Sebelum hujan turun dan bateri telefon habis


5.00 pm

Akhirnya kami sampai ke Bukit Putus. Anak-anak masih tersenyum. Masih ada tiga kilometer (laluan jalanraya) sebelum sampai ke tempat permulaan.


Di Bukit Putus



6.00 pm

Alhamdulillah. Akhirnya pengembaraan kami selesai. Sembilan jam yang memberi kenangan. Cuma masing-masing sudah sedikit sebal sebab harapan untuk mandi sungai sudah terkubur. Kami sudah lewat dan mahu mengejar waktu solat yang semakin mencapai penghujung. Tak apa, jika diizinkan Allah, kita mandi sungai di tempat lain.

Kami ke Masjid Ulu Bendul untuk solat dan menumpang mandi. Musykil. Hutan Lipur Ulu Bendul tak ada surau? Kami hanya bertanya kepada petugas di sana, kerana mahu mencari sudah tidak sempat.

We did it!
We did it!

10.00 pm

Sampai di rumah. Sebelum tu, sempat makan dan berhenti solat di R&R Seremban. Mujur juga jarak Seremban dan Gombak hanya satu jam memandu. Badan sudah terasa penat. Mahu segera merehatkan badan. Tapi mahu melepaskan rasa rindu dengan sibongsu dahulu. Mujur beliau masih belum tidur.

Mandi.

Siap sedia untuk tidur.

Sebelum lelap, sempat saya hantarkan satu mesej kepada Pokme.

"So next trip, gunung mana pulak?"

Eheh!











Reactions

Post a Comment

0 Comments