Tips Menyimpan Resit (Untuk Tujuan Cukai Pendapatan)

March 06, 2017

Tengah kumpul resit kosong takde tarikh ke tu?

Jangan dibuat kawan, jangan. Jujurlah. Duit kau simpan berkoyan-koyan tapi bukan hak kau, puas nak "menjawab" nanti. Simpan duit banyak-banyak pun gigi kau kuning jugak.

Abam selalu simpan resit siap-siap. Bila masa dah time, keluarkan kalkulator untuk dapatkan jumlah saja. Siapa entah kongsikan tips ni. Terima kasihlah. Ni abam kongsikan balik.

Tips Kumpul Resit
Semangat!


Tips Kumpul Resit

1) Mulakan dari awal tahun. Tahun Masehi tau, bukan Tahun Baru Cina mahupun Awal Muharam.

2) Sediakan satu fail/kotak khusus untuk resit. Kotak kasut pun boleh, tak payah lah gigih nak beli kotak di IKEA. Resit di IKEA yang 700-800 tu bukan boleh claim pun.

3) Sebulan sekali, kemas resit macam abam buat. Abam tampal kat kertas kosong, catat tarikh pembelian, total dan kategori (contoh; buku, sukan komputer, ice blended dan durian crepe, eh?). Kenapa tampal dan catat? Sebab resit tu selalunya luntur cetakannya, seluntur warna rambutmu. Jadi tulis dengan pen dakwat kekal.

4) Bulan Januari tahun baru sudah boleh totalkan jumlah perbelanjaan. Bila e-hasil sudah boleh digunakan, masukkan sahaja jumlah yang sudah dikira.

5) Simpan resit untuk maksimum tujuh tahun. Untuk tujuan "spot check" oleh lembaga. Lepas tujuh tahun, boleh buat balut buah jambu. Buah kedondong pun boleh. Buah cermai tak pasti.

6) Katanya, resit yang di"scan" juga diterima. Tapi abam tak rajin nak "imbas" resit ni semua. Ambil gambar pun malas. Lagi-lagi kalau resit tu panjang macam bengkung abam tu. Eh?

Tambahan;
7) Cakna dengan Pembentangan Bajet. Mungkin ada potongan baru yang diperkenalkan.

8) Bersahabatlah dengan kawan-kawan berkerja di LHDN. Boleh dapatkan diskaun, eh, boleh dapatkan maklumat lanjut kalau ada kemusykilan.

Bayarlah, mana yang patut dibayar. Zakat, cukai semua tu dah jadi tanggungjawab. Jangan dikira duit tu diseleweng atau tidak, itu biarlah (kalau betul) mereka yang jawab. Kita buat dulu bahagian kita. Melainkan kau nak jadi BFF till Jahanam dengan mereka, kau teruskanlah cari resit kosong takde tarikh tu.

Selamat membayar cukai.

_______
Sharulnizam Mohamed Yusof
Pembayar Cukai dan Zakat

#catatankontot

You Might Also Like

0 comments

Press

press