Skip to main content

Hulu Langat Trail Run 2017

Hulu Langat Trail Run 2017
Hulu Langat Trail Run 2017

Semalam untuk kali yang pertama dalam tahun 2017, saya turut serta dalam acara larian. Agak "lambat" tahun ini berbanding dengan tahun 2016. Tempoh yang sama tahun lepas (sehingga April), sudah sakan saya memungut medal.

Tak tahu kenapa tahun ini, semangatnya sudah redup. Tidak membahang..

Hulu Langat Trail Run menjadi pembuka acara. Mungkin saya lebih teruja dengan acara ini kerana ini kategori "baru" untuk saya. Trail Run, atau mungkin lebih sesuai saya katakan acara "merentas desa".

Finisher 10 KM
Finisher 10 KM
Kasut yang berlumpur dan medal yang kacak
Kasut yang berlumpur dan medal yang kacak
Peta laluan 10 KM
Peta laluan 10 KM
Jarak larian hanya 10 KM. Tapi tidak sama dengan 10 KM larian saya sebelum ini. Trail Run memberi pengalaman baru yang mengujakan, walau sedikit menimbulkan kekesalan. Ehehe! Trek memang lecak dan licin hampir sepanjang laluan yang tidak berturap. Hujan turun dari awal pagi hanya berhenti kira-kira selepas 30-45 minit acara bermula. Ada kelebihan berlumba dalam keadaan cuaca sebegini. Sejuk dan "kurang" memenatkan. Tapi, bersiap-sedialah dengan kasut yang sarat dengan lecak, pakaian yang basah dan pergerakan yang sedikit perlahan kerana sesetengah kawasan hanya boleh dilalui satu atau dua orang dalam satu-satu masa.

Kami baik-baik sahaja sepanjang larian. Cuma sedikit kesal dengan sikap segelintir peserta yang boleh saya katakan "gelojoh" tidak mahu menunggu giliran. Ketika turun dari bukit yang agak licin dan berselut, ada golongan "hipster" yang melulu mahu ke hadapan. Sudah jelas pergerakan perlahan kerana masing-masing mahu berhati-hati dan mengelak dari kemalangan, tetapi puak yang konon berfikir mereka ini laju dan cemerlang tidak ambil kisah itu semua. Mereka ada sikap "yang penting, aku nak ke hadapan".

Mengecewakan.

Acara sukan sepatutnya menimbulkan kesedaran dan meningkatkan daya fikir.


***

Kami selamat sampai ke tapak permulaan selepas 1 jam 32 minit. Alhamdulillah, baik-baik sahaja.

Running Buddy, Pilan
Running Buddy, Pilan
Medal pertama 2017
Medal pertama 2017

Berdasarkan catatan masa dan tahap kepenatan yang "manageable", saya fikir acara trail running akan terus berada dalam kalendar aktiviti selepas ini!

Masa dan jarak
Masa dan jarak


Ada sesiapa mahu jual BIB Kemensah Trail Run?

:)





Comments

Popular posts from this blog

Salahkah lagu raya itu berkumandang?

Hari ni dah masuk hari kelapanbelas umat Islam berpuasa. Ramadhan 1433H. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk meraikan bulan mulia ini sekali lagi. Berpuasa bersama isteri dan anak-anak, berbuka dengan ayahanda dan bonda sememangnya nikmat yang paling tak boleh nak dikira-kira.

Tahun depan? Wallahualam.

Dan biasalah kalau berpuasa di Malaysia ni. Bila nak berpuasa, yang paling didahulukan ialah hari raya. Satu bulan ke depan. Pemikiran umat nya memang ke hadapan, terus ke bulan Syawal. Ramadhan masih belum disentuh, tapi sudah bercadang-cadang raya ke berapa nak buat open house. Hmmmm! Yang menaip ni pun tidaklah mengamalkan sikap berkecuali. Serupa juga, cumanya masih lagi di peringkat berpada-pada. :(

Tapi bukan itu yang mahu dibincangkan kali ini. Isunya pasal lagu raya. Ye, lagu raya berbahasa Melayu yang selalunya merayu-merayu, leleh tahap sendu. Berhiba-hiba nak menyambut raya. Tapi ada jugak yang rancak. Cerita pasal kuih, cerita pasal bunga api, cerita pasal duit raya. Meman…

Jaring tingkap (bajet)

Masalah di tingkat atas rumah ialah panas. Nyamuk juga sudah berani-berani menceroboh masuk. Jadi, tingkap terpaksa ditutup. Itu yang menjadikan suasana panas, dan sesekali bau kepam menusuk hidung.

Mahu di pasang jaring tingkap, kosnya agak tinggi. Tetapi tetap juga mahu dipasang, kerana boleh mengatasi dua masalah utama; nyamuk dan panas.

Sudahnya dengan kreativiti ala-ala pria bijaksana, MacGyver, penyelesaian kos murah ditemui.

Pertamanya, pergilah ke kedai perkakasan yang berhampiran. Carilah jaring yang halus lubangnya. Dua meter sudah cukup untuk tingkap 3 panel.


Kemudian dapatkan kabel pengikat.



Itu sahaja modalnya.

Kemudian, pasangkan ke tingkap mengikut kesesuaian dan kreativiti sendiri. Pastikan jaring yang dipasang tidak menghalang untuk membuka-tutup cermin tingkap. Jika tidak, kelak kau kan diketawakan sang kelembai, dik.


Sekarang, lakukanlah perkara yang sudah menjadi tradisi turun temurun. Gantungkanlah langsir yang berwarna-warni lagi beropol-ropol.


Siap.

Nyamuk tiada…

Celcom First Gold + AnyDayGB

Saya pelanggan Celcom. Rasanya sudah lama, lebih 10 tahun. Banyak pahit manis dalam perhubungan kami, terutamanya 1-2 tahun yang lepas.

Namun sampai hari ini, kami masih baik-baik sahaja.


Celcom First Gold Saya pengguna internet yang agak tegar. Bukan untuk sosial media semata-mata, tetapi lebih daripada itu. Bidang kerja saya juga banyak memerlukan akses ke internet. Jadi, Celcom First Gold yang ditawarkan Celcom sesuai dengan keperluan saya.

Dan hari ini, Celcom memberi bonus lagi. Data bertambah dari 5 + 5 kepada 10 + 10 sebulan. Tanpa tambahan bayaran bulanan. Masih tetap RM80, sebelum GST.

10GB data untuk hari biasa (Isnin - Jumaat).

10GB data lagi untuk hujung minggu (2.5GB untuk setiap Sabtu dan Ahad)




AnyDayGB Celcom juga memberi pilihan format 10 + 10 itu boleh dijadikan terus 20GB, yakni total data sebanyak 20GB boleh digunakan bila-bila masa sepanjang bulan. Tidak ada pecahan kuota weekday dan weekend. Hanya perlu menambah RM10, menjadikan total bulanan hanya RM90 (sebelum G…

Muzium Padi, Alor Setar

Ada satu ketika, kecoh orang memperkatakan perihal usaha menanam padi di atas bumbung. Di muzium inilah, kalau tidak salah. Memang huru-hara, kebanyakkannya bersetuju usaha itu hanya sia-sia. Tidak, bukan tidak ada logik kaedah itu. Ianya memang boleh dilakukan. Tetapi yang dibantah, usaha itu membazir dan tiada keperluan.

Tanah di Malaysia ini masih luas untuk bercucuk tanam.

Itu antara perkara yang saya ingat akan muzium yang khusus untuk padi ini. Selain itu, saya hanya memandang dari jauh setiap kali kami memandu melalui kawasan berhampiran. Dari Alor Janggos ke Kepala Batas, kami pasti melalui muzium yang bersebelahan dengan Gunung Keriang yang tegap berdiri.


Singgah Masa yang banyak berbaki ketika dalam perjalanan pulang ke kampung Disember lalu, kami buat keputusan mengejut. Mahu melawat Muzium Padi. Mujur tidak jauh dari Alor Setar dan mudah dicari. Gunakan sahaja aplikasi Waze ataupun Google Map.


Harga Tiket dan Waktu Operasi Muzium Padi Saya sebenarnya ingat-ingat lupa. Kal…

Tanda henti dalam Al Quran

Semoga perkongsian ini bermenfaat