Tuesday, 13 June 2017

thumbnail

High Alpine Road Trip (HART)

Hari itu, nampak posting di FB oleh rakan senior semasa di Kolej MARA Kuala Nerang (KMKN). Katanya mahu buat road trip sekitar lima negara di Eropah.

High Alpine Road Trip (HART).

High Alpine Road Trip


Wow!

Teruja.

Sebab saya sendiri baru merancang-rancang mahu ke Eropah Timur (negara-negara Balkan). Seperti pucuk dicita, ulam mendatang. Apa lagi ada Austria dalam senarai negara yang bakal dilawat. Austria memang sentiasa dalam senarai teratas pilihan peribadi.

Kalau jadi Oktober nanti aku ke 5 negara Eropah. 10 hari. Bermula di Munich, Villach, Venice, Milan dan Vaduz. Nama...
Posted by Irwan Dahnil on Saturday, 10 June 2017


Alhamdulillah.

Syah setuju. Mak abah juga tidak membantah. Kalau tidak ada aral, Oktober nanti saya bakal menjejak kaki ke bumi Eropah buat pertama kalinya.

Semoga dipermudahkan.



Total kilometer perjalanan ialah 1,701.





Wednesday, 7 June 2017

thumbnail

Satu Malam Di Danau Daun Chalet, Janda Baik

Danau Daun Chalet 2
Danau Daun Chalet 2
Cuti sekolah baru-baru ini hampir menjadi cuti yang membosankan bagi anak-anak. Oleh kerana kesayangan kami yang keempat dijangkiti demam campak, kami terpaksa membatalkan rancangan balik kampung ke Langkawi. Walhal, macam-macam aktiviti sudah dirancang.

Mujur juga sempat sembuh sebelum cuti tamat. Minit-minit terakhir, kami memilih Janda Baik sebagai lokasi percutian. Sebenarnya Janda Baik sudah sangat kerap kami ke sana, bezanya kali ini kami mahu bermalam.

Setelah mencari sana-sini dan terpengaruh dengan artikel "12 Resort Bukti Janda Baik, Pahang Adalah Lokasi Percutian Terbaik Untuk Keluarga" dari laman web The Vocket, kami akhirnya memilih Danau Daun Chalets.

Jom saya kongsikan pengalaman kami di sana.

Danau Daun Chalets, Janda Baik

Kami tidak memerlukan masa yang lama untuk sampai ke sini. Dari rumah (Gombak), hanya mengambil masa kira-kira 45 minit dengan pemanduan tenang dan harmoni. Walaupun kami sudah faham jalan-jalan di Janda Baik, mencari DDC perlu sedikit teliti kerana mudah saja boleh terlajak dan terlepas pandang.



Untuk tujuan tempahan dan pertanyaan, boleh hubungi nombor berikut;

Danau Daun Chalets Contact Number
Danau Daun Chalets Contact Number

Atau layari laman web DDC di https://www.danaudaunchalets.com/.


Sekitar Danau Daun Chalet

Janda Baik masih hijau, walaupun sudah semakin banyak bukit yang botak di sana sini. Suasana yang dekat dengan alam semulajadi memang menjadi kegemaran saya secara peribadi, dan harapnya isteri dan anak-anak juga begitu. Sudah muak bercuti di kawasan bandar, jadi kali ini kita pilih dengan kawasan yang penuh oksigen segar.

Kami tiba agak lewat, sekitar jam 4 petang kerana terlebih dahulu berkelah di Riverside, kira-kira 2 km dari DDC. Ruang parkir DDC terletak di tepi jalan utama.

Reception Area
Reception Area
Pintu turun ke DDC I & II
Pintu turun ke DDC I & II
Laluan ke DDC II
Laluan ke DDC II
Danau Daun Chalet I
DDC II sebelah kiri
DDC II sebelah kiri

Oh! Jangan terkejut dengan kaunter "receptionist" nya. Hanya sebesar pondok jaga, dan tidak ada orang di kaunter sepanjang masa.

Danau Daun II (Luar)

Dari pintu masuk utama, kami terus ke kanan dan bertemu dengan tasik buatan yang keruh. Katanya sebab musim hujan. Sedikit kecewa dengan pemandangan begini, tetapi segera hilang bila ternampak Danau Daun II kami yang mengintai di balik pokok-pokok rendang.

Comel betul!

Danau Daun Chalet II

Sebelum melangkah masuk, saya sempat membuat "kunjungan hormat" sekitar rumah. Mahu melihat apa yang ada, dan apa yang menarik.

Sangat menarik!

Pandangan hadapan DDC II
Pandangan hadapan
Kolam Renang DDC II & DDC III
Kolam Renang DDC II & DDC III
Balkoni DDI
Balkoni DD II
Luas
Luas
Pemandangan dari balkoni
Pemandangan dari balkoni

Danau Daun II (Dalam)

Dengan Bismillah, kami melangkah masuk.

Perasaannya, memang penuh kerterujaan. Mata berbinar-binar melihat hiasan rumah pencen idaman saya. Hahaha! Ya, saya mengimpikan rumah kayu (yang moden) untuk sisa umur yang berbaki (sekiranya ada) selepas pencen nanti. DD II memenuhi kriteria ini. Hanya ada dua bilik, dua bilik air, ruang tamu dan dapur. Cuma bagi kami kami, dapur ini kurang keluasannya, tapi sesuailah untuk tujuan rumah penginapan hujung minggu begini. Ruang tamunya agak luas, dan pintu cermin besar memisahhkan antara ruang tamu dan balkoni, sangat memikat. Pandangan mata tembus melihat ke luar dan kita dapat menikmati suasana alam sekitar walaupun di dalam rumah.

Nyamuk?

Hairannya sepanjang masa kami di sana, tidak ada langsung datang menggigit. Mungkin sedang bercuti.


Kunci DD II
Kunci DD II
Dapur
Dapur
Bilik Dua
Bilik Dua
Bilik Air
Bilik Air "terbuka". Segan oi!
Bilik Utama
Bilik Utama

Bilik airnya seperti di atas. Di bahagian shower, bumbungnya hanyalah lapisan kaca pandangan tembus ke luar dan ke dalam. Bayangkan, sedang mandi di situ tiba-tiba ada Pak Atan (yang dalam Didi & Friends tu lah) datang mengintai.

Seram!

Bilik Utama agak luas. Dilengkapi dengan sebuah gerobok (almari) lama dan juga meja solek. Katilnya saya fikir bersaiz King. Bahagian yang menjadi kegemaran saya ialah tingkapnya yang sangat besar dan luas. Ada saya kongsikan gambarnya di bawah.

Oh! Tidak ada penghawa dingin di sini. Hanya kipas dan kesejukan semulajadi.


Kopi N Kraft

Kami sudah sedia maklum di sini tidak dibenarkan untuk memasak. Jadi untuk makan malam, kami habiskan saja bekalan berkelah yang masih berbaki. Pagi esoknya, kami ke kafe yang berada dalam kawasan Danau Daun ini untuk bersarapan. Dari pintu utama, kafe ini terletak di sebelah kiri, di kawasan berbukit. Jadi perlu mendaki menggunakan tangga yang disediakan.

Pintu Masuk Kopi N Kraft
Pintu Masuk Kopi N Kraft
Tangga Satu
Tangga Satu
Bumbung
Bumbung
Tangga Dua
Tangga Dua
Hiasan dalaman
Hiasan dalaman
Kopi N Kraft
Kopi N Kraft

Kafe ini dinamakan Kopi N Kraft dan dibuka juga untuk orang awam. Harga makanannya, tidak mahal dan tidak murah. Adatlah. Lagipun, sebahagian (atau keseluruhan) hasil kafe ini disalurkan ke maahad tahfiz yang terletak di seberang jalan.

Baguskan? Bercuti dan beramal dalam satu masa.

Suasana kafe juga menyegarkan. Kami memilih untuk duduk di bahagian luar. Hiasan kafe ini juga menarik. Ukiran-ukirannya juga saya fikir lebih bercirikan seni Indonesia.

Siap sedia mahu ke kafe
Siap sedia mahu ke kafe
Dah dapat meja
Dah dapat meja
Sarapan orang mahu kurus
Sarapan orang mahu kurus
Secawan teh tarik
Secawan teh tarik
Secawan Milo
Secawan Milo
Suasana rimba
Suasana rimba


Sesi Fotografi

Sudah tentu, tempat sebegini sangat mesra fotografi. Semenjal melihat gambar-gambar Danau Daun Chalet di internet, saya sudah terbayang sesi fotografi bersama keluarga. Malahan, saya bercadang untuk membuat sesi bergambar hari raya!

Poyo betul.

Tapi kesudahannya, hanya bergambar biasa-biasa sahaja. Tak mengapalah, asalkan ada untuk dibuat kenangan.


Rileks
Abang Haris je tak ada
Love them all
Black & White
Black & White
Kesayangan Ummi
Kesayangan Ummi
Us
Us
Precious
Precious
Secara keseluruhannya, kami berpuas hati dengan chalet ini. Selesa dan menepati citarasa percutian kami sekeluarga. Tenang. Anak-anak pun tidak banyak karenah.

Untuk mengulangkunjung, mungkin bukan dalam masa terdekat. Melainkan ada tajaan. Ehehehe! Kerana di Janda Baik, sangat banyak pilihan resort/chalet yang ada. Pilih saja mana yang berkenan di hati.


Trivia;
  • Sisa buangan dari dapur terus masuk ke kolam. Kolam yang keruh ditambah pula dengan sisa buangan boleh "membantut"kan selera percutian
  • Tiada Wifi
  • Ada siaran Astro
  • Capaian internet UMobile ada. Celcom tidak ada (perlu keluar).
  • Tidak ada penghawa dingin
  • Agak jauh dari kedai, hanya ada restoran Kafe N Kraft untuk mendapatkan makanan.
  • Kafe tutup jam 7/8 malam.






Friday, 2 June 2017

thumbnail

Nasi Kuning Parit Buntar

Nasi Kuning Parit Buntar

Nasi Kuning.

Kalau sesekali ke Parit Buntar dan berpeluang untuk sarapan pagi, kami akan singgah di kedai ini. Saya tak pasti apa nama tempatnya, yang saya ingat di hadapan warung ini ada panggung wayang lama yang sudah tidak beroperasi. Tidak begitu jauh dengan bulatan Parit Buntar yang ada menara jam di tengah-tengahnya.

Pekan Lama
Pekan Lama
Menara Jam Parit Buntar
Menara Jam
Sedap?

Ketika memandu ke sana pun, sudah beberapa kali saya menelan air liur terbayangkan hidangan ini. Ketika menaip ini pun, air liur saya sudah meleleh tujuh tempayan.

Ya Alloh, sesungguhnya aku berpuasa.

Sebenarnya, rasa nasi kuning ini tidaklah begitu unik atau ada rasa istimewa tertentu. Keterujaan menikmati makanan ini lebih kepada perasaan yang timbul.

Poyo kan?

Ianya seperti perasaan yang menggamit kenangan masa kecil, ibarat sewaktu Anton Ego menikmati hidangan Ratatouille yang dihidangkan oleh Liguini (baca: Remy si tikus).

Begitulah ketika menikmati nasi kuning ini.

Hati awal-awal lagi sudah terpersona dengan suasana pagi di Parit Buntar yang tenang, di kelilingi pula bangunan-bangunan renta di sekitar. Dan kala nasi di senduk ke pinggan, kepul-kepul wap mula menghiasi ruang warung yang agak retro. Bunyi telur yang digoreng dengan minyak panas menjadi halwa penyedap telinga, dan bila terletak elok di atas nasi, wap-wap nasi kuning dan telur goreng bersatu membuat tarian yang memikat jiwa. Lalu sambal tumis dijirus perlahan-lahan, hilanglah wap tadi bertempiaran kerana kepedasan.

Segera tangan dibasuh di sinki bersebelahan dengan tingkap nako.

Air teh o ditempah.

Dengan lafaz Bismillah, butir-butir nasi kuning dan lelehan sambal pun disuap, satu persatu. Panas, pedas.

Nikmat.

Saya kongsikan lokasi kedai yang menjadi idaman kalbu ini. Kedainya seperti di dalam gambar ini, yang ada meja makan berlapik kuning hijau.




_________
Sharulnizam Mohamed Yusof
Suka juga Kuey Teow di sebelah Stadium Parit Buntar






About