Cara Memuat Turun Gambar Dari Telefon (Android) Ke PC (Windows)

June 15, 2017

Aidilfitri bakal menjelang. Sana sini sudah semakin terasa suasana meriah penghujung Ramadan.

Baju Melayu Teluk Belanga sudah siap. Songkok hitam yang bersawang sudah keluar dari persembunyian setahun. Kurung Pahang berlabuci 14 jenis warna elok tergantung. Tudung jenama itu ini yang berlapis 49 sudah dipilih agar sepadan dengan warna kasut.

Kuih-muih jari-jemari runcing menuding sudah siap dijemput, malah sudah semakin surut di balang dimakan tikus kepala hitam anak-beranak.

Satu saja yang belum sedia.

Ruang storan dalam telefon sudah semakin sesak, hampir tidak ada ruang lagi untuk sesi selfie mulut itik bersalut tepung di Aidilfitri nanti.

Kan?

Cuba tengok bahagian "memori" telefon masing-masing. Mesti dah penuh. Gambar dan video dari Whatsapp saja sudah 70%! Nak buang, sayang. Tapi kalau tak, koleksi gambar raya nanti akan menjadi hambar.

Saya bantu, awak jangan risau.

Pertama

Dapatkan satu PC/Laptop. Sambungkan PC dengan telefon (HP) menggunakan kabel yang sah taraf. Selalunya, kabel pengecaj ("charger") yang sedia ada boleh saja digunakan. Bila sudah disambung, HP akan keluar mesej "Allow access to device data?", jawab "Yes".

Sambungkan Telefon Ke PC
Sambungkan HP ke PC


Kedua

Di PC, buka aplikasi "File Explorer". Cari "Computer" dan di sebelah kanan akan dipaparkan ikon HP yang sudah berjaya disambungkan. Ikon selalunya menggunakan nama telefon.

Sekiranya telefon menggunakan external memory card seperti kad SD, akan ada dua folder yang terpapar. Bergantung kepada tetapan yang dibuat, gambar selalunya akan disimpan dalam SD Card.


File Explorer
File Explorer


Ketiga

Klik "SD Card" (atau "Internal Storage") dan cari folder DCIM. Di sini, hampir semua gambar yang ada dalam HP terkumpul. Sama ada dari Facebook, Whatsapp dan sudah pasti, gambar yang diambil menggunakan kamera HP ini sendiri.

Untuk gambar dari HP, cari folder "Camera".





Ringkasnya; SD Card > DCIM > Camera



Keempat

Salin (copy) semua gambar (atau yang dikehendaki saja) dan pindahkan (paste) ke dalam PC/Laptop. Sekiranya jumlah dan saiz gambar yang tersimpan besar, tempoh pemindahan akan mengambil masa.

Pastikan "Copy & Paste", bukan "Cut & Paste".


Kelima

Sesudah siap, putuskan hubungan yang terjalin antara PC dan HP itu tadi. Pastikan gambar yang disalin tadi ada di dalam PC. Sekiranya yakin, gambar-gambar yang ada di dalam HP bolehlah dipadam (delete).

Sekarang, ruang memori di dalam HP sudah meningkat. Bolehlah swafoto infiniti!

Tapi kalau masih penuh juga, boleh periksa fail-fail lain yang ada dalam HP seperti MP3, video dan lain-lain.




Mudah

Itu lima langkah mudah untuk memuat turun gambar dari HP.

Sebaiknya, salin lagi gambar ini ke beberapa media storan yang lain seperti External Hard Disk, thumbdrive, CD ataupun disket.

Ataupun, simpan secara atas talian menggunakan aplikasi web percuma atau berbayar seperti Google Photos, Facebook, Flickr, Instagram dan banyak lagi.

Tak tau? Nanti saya kongsikan.





You Might Also Like

1 comments

Press

press