Nasi Dagang Pak Malau, Langkawi

July 25, 2017



Kau tahu?

Nasi Dagang, terkenal di negeri-negeri pantai timur.

Pak Malau pula watak penting dalam filem Melayu lama, Seri Mersing (Johor).

Nasi Dagang Pak Malau.

Di Langkawi, mereka bergabung dan menjadi fenomena agung seluruh Malaya, kalau tidak seantero dunia.

Hah!

Poyo tak bunyinya?



Tahun lepas, kami cuba ke sini mahu merasa sendiri pengalaman sarapan pagi seperti yang dikongsi ramai dalam media sosial. Kawan-kawan pun asyik bertanya, sedap sangatkah Nasi Dagang Pak Malau di Langkawi ini?

Tidak tahu.

Semenjak bila menjadi tular di media sosial, tidak pula saya tahu.

Jadi, pulang ke kampung kali itu kami selitkan juga agenda ke warung tersohor ini.



Kami kurang bernasib baik. Hari itu Pak Malau barangkali ke bendang mahu menuai padi untuk dibuat Nasi Dagang. Tidak ada urusniaga. Hanya suasana warung yang sunyi, ditabiri alam yang mempersona. Aduh! Saujana mata memandang. Sawah bendang, gunung-ganang dan rumah kampung yang masih mengekalkan gaya tradisionalnya.

Ada juga "pak guard" yang panjang leher di laman.

Angsa!

Ha! Berani-berani lah mendekat.



Jadi, kami hanya berlagak ala-ala pelancong biasa. Bergambar buat kenangan. Tak tahu bila lagi berpeluang menjejak kaki ke sini.



Ada juga desas-desus orang berkongsi cerita nasi dagang di sini. Yang baik, yang buruk kedua-duanya tidak akan saya kongsikan di sini. Rasa sendiri, baru kongsi. Begitu sepatutnya.

Bagi yang mahu mencari lokasi warung Nasi Dagang Pak Malau ini, saya kongsikan peta di bawah. Sangat dekat dengan Makam Mahsuri. Elok sangatlah selepas menjamu selera sarapan pagi, terus saja ke makam tersebut.








You Might Also Like

0 comments

Press

press