Thursday, 19 April 2018

thumbnail

Terkenang Semasa Dahulu di Mamee Jonker House, Melaka

Ada yang mencadangkan kepada kami agar ke Muzium Mamee kalau ke Melaka. Saya hanya ambil maklum, tetapi tidak pula membuat sebarang "homework" untuk ke situ.

Seram.

Entah apalah nanti ragam Hafiz kalau ke sana. Eheheeh!

Tahu-tahu semasa menerawang Jonker Street, muzium ini sudah tercegat di depan mata. Oleh kerana terdahulu kami sudah batalkan rancangan ke Baba & Nyonya Heritage Museum (kerana yuran masuk yang agak mahal), kami pun bersetuju untuk masuk ke muzium ini.

Hafiz pun bersorak dengan gembira.

Yeay!

Hafiz dan Mr Potato
Ruang Utama Mamee Jonker House
Bangunan Mamee Jonker House dari luar

Di ruangan utama, tidak ada apa-apa yang menarik selain daripada jualan jajan dan tshirt. Di tingkat atas, ada "kilang mini" untuk membuat produk Mamee. Kami tidak naik ke tingkat atas kerana mahu mengejar masa.

Di bahagian belakang (tingkat bawah), ada dua bahagian yang menarik. Pertama, kafe. Kedua, terowong masa untuk mengimbas semula sejarah Mamee.


Nasi Ayam, Mi Kari & Cendol

Oleh kerana cuaca di luar pun sudah panas terik dan waktu makan sudah sampai, kami memutuskan untuk makan di kafe ini saja.

Pilihan menu?

Nasi Ayam (3), Chicken Tender (aka nugget goreng), Mi Kari, Cendol dan ABC serta air minuman ringan. Rasanya biasa-biasa saja, tapi hiasan hidangan dan suasana kafe memberikan rasa tenang.


Mamee Jonker House Cafe

Jumlah yang dikenakan; RM96.

Agak mahal kalau nak dibandingkan dengan rasa, tapi berbaloi dengan suasananya.


Terowong Masa

Kami bernasib baik kerana memilih untuk makan dahulu, kerana selepas membuat pembayaran barulah saya tahu bahawa setiap RM20 (yang dibelanjakan di kafe) melayakkan saya mendapat sekeping tiket untuk masuk ke Terowong Masa. Harga sekeping tiket asalnya ialah RM5.

Terowong ini tidaklah sebesar/sepanjang mana. Mungkin seluas 8-10 kaki sahaja, memanjang ke belakang. Terowong ini dibahagikan kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian dihias menarik dan sangat sesuai untuk bergambar.

Kami?

Bergambar sakan! Hanya kami enam sekeluarga sahaja di dalam terowong itu.

Menggamit Memori
Happy Family
Bergaya
Sejarah Mamee

Waktu Operasi

Menurut laman web rasmi (pada tarikh 14 April 2018), waktu operasinya seperti berikut;
Isnin - Jumaat : 10.00 am - 5.00 pm
Sabtu - Ahad : 10.00 am - 7.00 pm
Tutup : Selasa dan cuti awam


Alamat & Maklumat Lanjut

Alamat : No 46 & 48, Jalan Hang Jebat (Jonker Street), 75200 Melaka.
Laman Web : http://www.mameejonkerhouse.com/
Facebook : https://www.facebook.com/my.mameejonkerhouse/
Instagram : https://www.instagram.com/mameejonkerhouse/
Peta :



Jadi, berbaloikah?

Bagi saya, pengalaman ini menyeronokkan. Mamee bukanlah perkara asing bagi kami anak-beranak, dan mengetahui Mamee adalah produk tempatan menyelitkan rasa bangga juga. Untuk ke tTerowong masa, lebih baik didahulukan dengan makan di kafenya terlebih dahulu, untuk "menjimat"kan duit tiket. Kami tak berkesempatan untuk "membuat sendiri" produk Mamee kami kerana mengejar masa dan saya rasa, kalau berkesempatan buatlah aktiviti itu.

Kerana aktivitinya, bersama keluarga.

Cuti bersama keluarga, biarlah ada aktiviti bersama keluarga.

Mamee Jonker House ada aktiviti seperti itu.

:)

Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

About

Saya juga menulis untuk beberapa blog yang lain dan semuanya dihimpunkan dalam blog utama di http://www.sharulnizam.com