Itinerari Percutian High Alpine Road Trip di Eropah Selama 12 Hari 11 Malam

Salzburg!

Saya nampak Salzburg dalam itinerari yang baru dikemaskini oleh ID dalam Whatsapp. Saya melompat-lompat kegembiraan, lalu berlari ke belakang mesin basuh lalu menangis teresak-esak.

Entah sejak bila, Salzburg sudah menjadi destinasi impian saya. Asalnya saya tidak tahu pun ada tempat bernama Salzburg, tetapi saya sudah lama jatuh hati dengan keindahan lokasi penggambaran filem The Sound of Music ini. Gunung-gunungnya, rumah agam yang besar, tasik yang jernih dan perkampungan yang mempersona. Saya selalu berangan-angan mahu ke sana.

Filem lakonan Julie Andrew itu mula ditayangkan sekitar tahun 1965, saya tonton pertama kali mungkin dalam tahun 1980-an, dan akhirnya menjadi kenyataan pada tahun 2017.

Selepas 52 tahun!

Alhamdulillah.

Selepas setengah abad, saya menjejak kaki di bumi Salzburg.

Saya nampak satu perkara. Jangan pernah berhenti berangan-angan, kawan. Rezeki tak pernah terjangka. Hari ini, simpan rapat cita-cita mahu kembara. Bila? Masa akan menentukan. Usaha juga perlu seiring. Tahu-tahu, sudah berswafoto di tempat idaman.

Dalam sebuah kafe di Grossglockner, Austria

ITINERARI PENUH

Apabila meneliti itinerari yang disediakan, saya 'tersangkut' pada hari ketiga sahaja. Di Salzburg dan Hallstatt, Austria. Selebihnya, saya ikut saja tuan juragan berlayar. Serah bulat-bulat. Hahahaha! Mana tahu kelak saya mendapat kejutan di Großglockner. Rasa en loh!

Saya kongsikan di bawah itinerari perjalanan 12 Hari 10 Malam ke Yurop ini. Total negara yang dijelajah ialah enam (6) iaitu Jerman, Austria, Slovenia, Itali, Switzerland dan Liechsteinten.


Hari 1, Selasa (3/10/2017)
Bertolak dari KLIA jam 3 petang dengan pesawat Saudia. Penerbangan mengambil masa 8 jam. Transit di Riyadh pula selama 10 jam. Kami tidak boleh keluar kerana tidak mempunyai visa, lalu mereputlah kami secara berjemaah. 10 jam tanpa internet amat menyeksakan, boi. Baca buku? Tak larat.

Hari 2, Rabu (4/10/2017)
3.50 pagi (waktu Riyadh, GMT 3+) kami bertolak ke Munich, Jerman. Tiba di lapangan terbang Munich jam 10 pagi (waktu Munich, GMT 2+). Teruja mengatasi rasa letih dan mengantuk.

11.30 am - Allianz Arena, stadium bola sepak di Munich, Bavaria.
12.30 pm - BMW Welt & Museum.
03.00 pm - Marienplatz, Hard Rock Cafe dan makan tengahari
08.00 pm - Check in di Seeg, Jerman

Hari 3, Khamis (5/10/2017)
09.30 am - Check Out
10.00 am - Neuschweinstein Castle
03.00 pm - Zugspitze - Eibsee
08.00 pm - Check in di Ruhpolding, Jerman

Hari 4, Jumaat (6/10/2017)
09.00 am - Check out
10.00 am - Salzburg, Austria (Mirabell Garden, Mozart's Museum)
01.00 pm - Hallstatt
02.00 pm - Check in di Obertraun
06.00 pm - Keliling kampung Obertraun dan Hallstatt

Hari 5, Sabtu (7/10/2017)
09.00 am - Check out dan singgah di Hallstatt
12.00 pm - Großglockner High Alpine Road
03.30 pm - Heiligenblut & Jungfernsprung
07.00 pm - Check in Bled Apartment, Slovenia

Hari 6, Ahad (8/10/2017)
09.00 am - Check out
09.30 am - Jalan-jalan ke tasik Bled dan hiking ke atas bukit
03.00 pm - Bertolak ke Italy (mabuk di h/way)
08.00 pm - Check in di Camping Village Jolly di Marghera, Italy

Hari 7, Isnin (9/10/2017)
10.00 am - Bertolak ke Venice, Itali
11.00 am - Seharian di Venice
09.00 pm - Balik ke Camping Village Jolly di Marghera, Italy

Hari 8, Selasa (10/10/2017)
09.00 am - Check out
12.00 pm - Tiba di Milan
01.30 pm - Duomo Milan (naik train)
03.30 pm - Piazza Castello
08.00 pm - Check in di Lake Como

Hari 9, Rabu (11/10/2017)
09.00 am - Check out
09.30 am - Singgah di Varenna
11.00 am - Bertolak ke Switzerland
03.00 pm - St. Moritz, Switzerland
06.00 pm - Check in di Bivio

Hari 10, Khamis (12/10/2017)
09.15 am - Check out
11.00 am - Singgah di Vaduz, Liechsteinten
12.30 pm - Bertolak ke Munich
04.00 pm - Check in
05.00 pm - Marienplatz, Munich

Hari 11, Jumaat (13/10/2017)
06.00 am - Bertolak ke Munich Airport
09.40 am - Terbang ke Riyadh, Saudi Arabia
06.00 pm - Selamat mendarat

Hari 12, Sabtu (14/10/2017)
03.50 am - Bertolak ke KLIA
05.50 pm - Mendarata

Kos

Ini hanya anggaran. Saya tidak mencatat secara terperinci, hanya ingat jumlah besarnya sahaja.

Harga Pakej : RM 7,000++
Perbelanjaan (makan, tiket, cenderamata) : RM 3,000 (berbaki sekitar RM 600)
Persediaan di Malaysia (baju, beg, jajan dan lain-lain) : +- RM 1,000

Semoga bermanfaat.



My Instagram