Solat Di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar Yang Tersergam Molek

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

Rasa seperti baru lagi, rupanya sudah enam tahun jarak masa kali pertama saya ke masjid ini. Kali pertama (dan terakhir) pada bulan Disember 2012. Hafiz pun belum lahir lagi. Bila saya belek album lama dan entri tentang kunjungan kami ke sana, wah, memang terkejut juga.

Jauh tu, beza masa enam tahun!

Peluang ke Kuala Kangsar baru-baru ini, kami tidak sia-siakan peluang untuk singgah solat dan berehat di masjid berkubah kuning ini. Masih sama saja seperti dahulu (rasanya). Cuma kali ini saya ambil peluang untuk merayau ke sekeliling masjid.

Masjid Ubudiah, kadang kala dikenali sebagai Masjid Diraja Ubudiah ialah sebuah masjid negeri di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917. - Wikipedia

Cerah

Cuaca tengah hari tu memang cerah. Memang sedap bergambar dengan langit biru macam tu. Cuma kena tahan sikitlah dengan cuaca panas.

Ruang depan masjidSisi kananSisi kiri

Ruang Dalam

Saya hampir terlupa untuk ambil gambar di bahagian dalam masjid. Ruang solatnya tidaklah begitu besar, tetapi selesa dengan permaidani yang lembut dan bercorak cantik. Ada pendingin hawa juga. Selepas solat, boleh berehat-rehat sebentar di ruangan solat bahagian luar.

Ruang dalam Masjid UbudiahRuang solat di bahagian luar

Makam DiRaja Bukit Chandan

Serba salah sebenarnya mahu ambil gambar di sini sebab orang agak ramai di keliling. Sungguhlah. Memang patut saya rasa bersalah, sebab langsung tak "beradab" memberi salam dan menyedekahkan Al-Fatihah.

Makam Diraja Al-Ghufran

Haih!

Makam ini dikenali juga sebagai Makam Diraja Al-Ghufran. Kedudukannya di sebelah kiri masjid.

Baitul Anor

Berhampiran dengan tapak parkir kereta masjid ini, ada satu padang yang agak luas dan sebuah rumah lama yang terbiar. Tertera pada dinding rumah itu nama "Baitul Anor". Tidak pasti apa sejarahnya, tetapi melalui carian di Google saya menemukan laman web yang menerangkan "asal usul" rumah ini.
Baitul Anor was named after Raja Anor Shah, the eldest son of Raja Harun Al Rashid and Raja Mentera. One of Raja Kechil Sulong Harun Al Rashid’s younger sons, Raja Haji Amir Abdullah, was married to Raja Nor Ajam Raja Bendahara Abdul Rashid, later lived at Baitul Anor. Raja Nor Ajam was the daughter of Che (Hajjah) Maheran Kulop Tholip, the third wife to Raja Bendahara Abdul Rashid. Che Maheran herself lived nearby, in a house (now demolished) almost identical to Baitul Anor. - Sembang Kuala

Sayang juga rumah ini terbiar. Kalau dibaikpulih mungkin memakan kos yang tinggi, termasuk penyelenggaraan. Tetapi mungkin boleh difikirkan cara untuk ditebusguna sesuatu yang bermanfaat.

Entah kenapa, saya terbayang-bayang suasana kegemilangan adat melayu berlangsung di sini.

:)


Baitul AnorBaitul AnorBaitul AnorBaitul Anor

Kuala Kangsar ada banyak yang boleh diteroka!





Reactions

Post a Comment

0 Comments