Berjogging Di Perdana Botanical Garden Yang Ceria

Pagi semalam saya dan keluarga sekali lagi ke Botanical Garden, Kuala Lumpur. Kalau dua minggu sudah kami ke sana untuk bersantai, kali ini kami menghadiri acara Hari Keluarga tempat kerja ummi Hafiz.

Alhamdulillah.

Cuaca cerah. Cuma panas matahari agak terik sekitar jam 10 pagi. Mujur kawasan tasik subur dengan pokok-pokok yang rimbun dan menghijau. Mencari tempat berteduh bukanlah masalah.

Taman Tasik Perdana

Jogging

Oleh kerana kami hanya mendaftarkan acara untuk anak-anak, saya ambil kesempatan untuk berjogging keliling tasik terlebih dahulu. Satu pusingan tasik sejauh 2.6 kilometer, lebih kurang. Saya pun tak lah bersungguh berlari, lagi pun badan sudah semakin berat tak mampu nak lari laju dan lama macam dulu.

Haih!

Entah bila nak insaf.

Cukup dua kilometer, saya banyak berjalan santai di tepi tasik. Lanskap taman ini memang cantik dan terurus. Ada bahagian-bahagian tertentu, sangat sesuai untuk sesi fotografi. Apa lagi, saya pun acah-acah jurugambar teragunglah.

:)

Ini antara yang sempat saya rakamkan.


Gaya moden Hijau dan segar

Botanical Garden sememangnya lokasi hujung minggu yang berbaloi untuk seisi keluarga.



0 comments:

Post a Comment

My Instagram