Pekan Nabalu Tempat Mencari Cendera Mata Buat Kenangan

Semasa hari pertama ke Kundasang, kami sudah singgah ke Pekan Nabalu untuk makan tengah hari (yang waktu menunggunya lama amat). Oleh kerana cuaca masa itu hujan selebat-lebatnya, kami terus saja ke penginapan Mile 36 Lodge selepas makan. Tidak berkesempatan untuk pusing keliling.

Jadi pada hari ketiga dan selepas mengucapkan selamat tinggal pada Akinabalu di Kinabalu Park, kami sekali lagi singgah ke pekan atas gunung ini. Kecil sahaja pekannya. Tidak ada sebarang bangunan tinggi dan yang mendominasi adalah kedai-kedai jualan cenderamata.



Shopping

Itu sahaja yang boleh dibuat di sini.

Kami mencari-cari keychain, t-shirt "I Love Sabah" dan beberapa lagi barangan yang boleh dibuat kenangan. Harganya tidak mahal, tidak juga murah. Sesuailah. Tak lama pun kami di sini kerana mahu cepat-cepat turun ke Kota Kinabalu mengelakkan hujan lagi.

Memandu di sepanjang jalan Kundasang-Kota Kinabalu (atau arah sebaliknya) memang sedikit "stress" kerana bau brek kereta hangit memang sentiasa ada. Ada juga rasa mahu berhenti di tepi jalan, sambil menikmati sinalau bakas yang panas-panas banyak dijual di tepi jalan.

Hahahaah! Jangan buat pasal.

Carilah apa maksud sinalau bakas itu, ya. Jangan terus order tapau ikat tepi.



Sebenarnya di Pekan Nabalu ini ada satu bahagian yang membolehkan kita melihat Gunung Kinabalu. Tetapi dua kali saya ke sini, dua kali juga gunung itu terlindung sama ada dengan kabus atau hujan lebat. Ada juga beberapa papan maklumat tentang Kinabalu yang dipamerkan di situ.

Ikutlah rezeki. Ada jodoh, bolehlah bersapa mesra dengan Kinabalu di sini.

ITINERARI 5H4M KUNDASANG-KOTA KINABALU, SABAH
(Senarai lengkap aktiviti selama 5 hari di Sabah, Malaysia)




My Instagram