Itinerari Percutian Keluarga 3H2M di Melaka Bandaraya Bersejarah

Melaka lagi.

Tahun 2018 saja, tiga kali kami ke Melaka untuk percutian pendek. Ini semua gara-gara lambat buat tempahan hotel di utara tanah air, sudahnya ke Melaka saja. Jadilah. Anak-anak pun bila ditanya masing-masing memilih Melaka untuk destinasi percutian. Cuma kali ini kami ambil masa tiga hari dan mahu fokus pada kawasan tumpuan utama di sekitar Bandar Hilir.

Ini itinerarinya.

Itinerari Percutian 3H2M Di Melaka

Hari 1 (Sabtu, 22/12/18)

07.30 amBertolak dari Gombak dan singgah sarapan di dahulu.
10.00 amTiba di Zoo Melaka. Luangkan masa selama dua setengah jam. Berpeluang saksikan sesi memberi makanan pada harimau.
01.30 pmMakan tengah hari di Restoran Zahrin (berhampiran MITC)
03.00 pmCheck-in di Muk Hotel dan berehat.
05.00 pmBertolak ke Umbai untuk makan malam.
08.00 pmTiba di hotel dan berehat


Hari 2 (Ahad, 23/12/18)

07.30 amTiba di A-Famosa. Parkir masih banyak dan dapat bergambar di kawasan A-Famosa dengan tenang.
08.30 amBerjalan kaki ke Stadthuys. Muzium masih tutup dan perkarangan Stadthuys penuh dengan pelancong.
09.30 amSinggah sarapan pagi di Medan Samudera.
10.00 amMuzium Samudera.
11.45 amMenara Taming Sari
12.45 pmBerehat di Taman Merdeka, Bandar Hilir dan makan tengah hari di Dataran Pahlawan.
02.00 pmPulang ke hotel dan berehat.
07.30 pmMakan malam di Laksamana Asam Pedas Claypot.


Hari 3 (Isnin, 24/12/18)

07.30 amSarapan di Mi Bodoh Hassan. Berjalan kaki dari hotel.
09.30 amRiver Cruise di Sungai Melaka.
11.00 amMuzium TLDM
11.30 amBertolak pulang.


Kos

Ini hanya anggaran sahaja, berdasarkan jumlah berbaki di akaun dan dompet selepas selamat sampai ke rumah;
HotelRM 500.00
Makan & TiketRM 1,200.00
TOTALRM 1,700.00


Kami memandu sendiri (dari Gombak) dan jumlah ahli rombongan ialah enam orang.

Semoga bermanfaat.



0 comments:

Post a Comment

My Instagram