Makan Malam Di Tanjung Aru, Sabah

Sunset

Hari terakhir di Sabah, kami pun ke Tanjung Aru untuk mencari makan malam. Apalah maknanya ke Sabah kalau tidak menikmati makanan laut yang segar.

Cuma kami tersilap. Patutnya ke Pasar Filipina, tetapi kami ke Tanjung Aru.

Tak mengapalah.

Pengalaman.

Tanjung Aru

Kami tak bercadang untuk makan malam pada "waktu malam", jadi seawal jam 5 petang kami sudah berada di Tanjung Aru. Seperti mana pantai-pantai peranginan lain di Malaysia, ada dua senario yang biasa berlaku.

Satu; parkir yang sesak dan padat.

Dua; jualan oleh penjaja yang merobek poket kerana barang jualan yang "mesra" kanak-kanak.

Sebelum ke food court, kami singgah dulu di tepi pantai demi sekeping dua gambar buat kenangan.

Kami di Tanjung Aru Tanjung Aru

Seafood

Bagi kami, masakannya biasa-biasa sahaja. Sekadar "boleh makan", walaupun makanan lautnya segar. Suasana "foodcourt" juga tidak mendatangkan rasa istimewa. Jangan salah faham, bukan bermaksud saya merendahkan "foodcourt". Ia hanya lebih kepada rasa mahu suasana istimewa seperti restoran kerana itu malam terakhir di Sabah. Saya memang tidak tahu apa di Tanjung Aru, jadi hadap sahaja apa yang tersedia.

Makanan laut Lauk Foodcourt

Setakat untuk mengisi perut, Tanjung Aru baik sahaja. Tetapi kalau untuk kepuasan perut dengan makanan laut, ramai yang mencadangkan ke Pasar Filipina. Kalau ada rezeki, sampai lah nanti.

ITINERARI 5H4M KUNDASANG-KOTA KINABALU, SABAH
(Senarai lengkap aktiviti selama 5 hari di Sabah, Malaysia)






Reactions

Post a Comment

0 Comments