Singgah Solat Di Masjid Cina Krubong, Melaka

Sekali lagi, kami bercuti ke Melaka. Kali ini kami sempat singgah ke Masjid Cina Krubong, Melaka untuk solat Zohor. Letaknya masjid ini berhampiran dengan Stadium Jebat.

Asalnya saya hanya nampak papan tanda penunjuk arah ke masjid ini semasa ke Melaka tahun lepas. Jadi kali ini saya cuba selitkan dalam aturcara trip. Kebetulan, kami sampai pun sudah masuk waktu Zohor. Cuma keadaannya (waktu itu) sangat panas, keliling masjid masih kontang dari pokok-pokok.

Masjid Cina Krubong, Melaka

#1
Ini masjid gaya cina yang ketiga dibina di Malaysia, selain dari di Kelantan dan Perak.

#2
Mula dibina pada tahun 2012 dan siap pada April 2014.

#3
Masjid ini boleh memuatkan 2,000 jemaah dalam satu-satu masa.

#4
Solat Jumaat di masjid ini menggunakan bahasa cina sebagai bahasa penghantar.

#5
Mempunyai dua menara berbentuk pagoda mengapit masjid ini di kiri dan kanan.

Masjid ini "tidak mewah" berbanding kebanyakkan masjid utama di Malaysia (seperti mempunyai pendingin hawa), tetapi binaan ruang solat yang agak tinggi menjadikan udara panas tidak begitu terasa.

Tidak ada apa-apa yang menarik di kawasan sekeliling, lagipun masjid ini agak jauh ke dalam. Hanya ada stadium dan kompleks sukan.

Singgah lah.

Menara Masjid Cina Krubong, Melaka Rekabentuk binaan Masjid Cina Krubong, Melaka Rekabentuk binaaan Masjid Cina Krubong, Melaka 1 Rekabentuk binaaan Masjid Cina Krubong, Melaka 2 Rekabentuk binaaan Masjid Cina Krubong, Melaka 3 Rekabentuk binaaan Masjid Cina Krubong, Melaka 5





Reactions

Post a Comment

0 Comments