Pusing Keliling Bandar Georgetown, Pulau Pinang

Sudah lama saya berangan-angan mahu ke Georgetown, menikmati pemandangan kota warisan yang masih mengekalkan bangunan-bangunan lama.



Hasrat saya tercapai waktu cuti sekolah baru-baru ini. Walaupun sekejap (dan di bawah matahari yang terik!), akhirnya dapat juga saya merakamkan beberapa keping gambar buat kenangan.

Dari Trick Art Museum (Muzium 3D), kami menyusuri jalan kecil menempuh Little India, kemudian melintas jalan untuk ke Masjid Kapitan Kling, sebelum mata terperasan rupanya Nasi Kandar Beratur hanya berada di sebelah.



Sama seperti di Melaka saja rekabentuk kebanyakan bangunannya, tapi entah kenapa di Georgetown ini terasa luas berbanding Banda Hilir. Mungkin kerana susun atur bangunan dan jaringan jalanraya yang lebih luas. Ataupun di Melaka, terlalu bersifat komersial maka pengunjung sentiasa ramai menyebabkan suasananya sangat sibuk (dan sempit).



Wallahualam.





Reactions

Post a Comment

0 Comments