Beli Barang Sukan Di PTT Outdoor. Mudah Tak Terbayang.

Sedih juga bila teringat kali pertama saya aktif semula mendaki gunung sekitar tahun 2017 yang lepas. Saya yang memang sedang "hyper" mahu masuk ke hutan, langsung tak menolak peluang yang ditawarkan Pokme semasa mahu mendaki Gunung Datuk di Rembau, Negeri Sembilan.

Tapi, kenapa sedih?

Sedih sebab tak dapat naik ke puncak tu, satu hal. Itu memang tak dapatlah nak buat apa, dah memang spesis gayat.

Yang menyayat tu, bila tengok balik gambar "gaya" diri sendiri.

Kah kah kah!

Apa yang saya pakai pada hari kejadian?

#1
Kasut yang saya pakai ialah kasut yang saya gunakan untuk aktiviti kayuh basikal. Tapak keras, memang syarat mahu mendaki. Masalahnya kasut tu keras semuanya, sampai melecet bahagian belakang tumit sebaik sampai ke tapak permulaan.

#2
Stokin cotton, dik. Stokin pakai pergi ke pejabat korporat. Sedih!

#3
Pakai seluar tight (compress), lepas tu pakai seluar pendek di luar konon mahu menutup apa yang patut ditutup. Inilah yang paling tak senonoh rupanya. Kah kah kah! Dah macam acik-acik nak pergi kebun sayur menuai hasil titik peluh, nak.

#4
Baju pula recycle saja baju yang dapat semasa menyertai acara larian. Hal baju ini, mungkin boleh dimaafkan lagi sebab bajunya memang sesuai untuk aktiviti lasak.

#5
Topi? Allahu. Topi percuma daripada Petronas dengan warna hijau yang menyinari alam.

#6
Beg galas yang boleh memuatkan dua liter air, saya beli ketika mengayuh basikal di Pulau Pinang tahun 2013 dahulu.

Ok?



Nampak semuanya macam baik saja, tak ada cacat cela. Gitu. Tapi percayalah, ini bukan semata-mata tentang GAYA.

Ini tentang keselesaan, keselamatan dan kesesuaian. Gaya adalah nilai tambah.

Bila dah beberapa kali mendaki, barulah saya diberi hidayah untuk mencari pakaian dan peralatan yang elok lagi berjurus.

Haih!

Susah juga.

Saya pernah sampai jauh ke ceruk entah mana di Subang mencari kedai bundle barangan outdoor, tetapi tutup pula belum tiba waktu operasi! Kemudian bersengkang mata mahu ke Uptown Danau Kota (kenapalah buka tengah malam), tengok-tengok barangan banyak tak ada dan yang ada pun versi cetak rompak. Lewat selepas itu barulah saya berkenalan dengan Decathlon. Tapi jenuh juga nak ke sana setiap kali mahu mencari barang. Harganya taklah mahal, dan tak juga murah.

Penat!

PTT Outdoor

Entah macam mana, iklan daripada FB PTT Outdoor kerap juga melintas di newsfeed FB saya. Tengok-tengok, intai-intai, eh, menarik juga. Barang-barang yang berkaitan dengan aktiviti saya seperti larian, berbasikal, panjat gunung dan perkhemahan serta travel ada dijual.

Menarik!

Satu tempat ada semua. Jadi mudah nak "borong" sekali gus.

Amboi, macamlah kerja cetak duit!

Produk yang dijual datang daripada jenama-jenama yang biasa didengari seperti Hypergear, Deuters, BlueAnt dan banyak lagi. Ada juga produk tempatan seperti TAHAN, antaranya Tudung Dri Fit untuk akak-akak dan acik-acik gojes yang mahu terus bergaya semasa membuat aktiviti lasak.


Tudung Dri Fit TAHAN

Layari saja laman web mereka http://www.pttoutdoor.com yang menawarkan lebih daripada 200 jenis barang yang bikin tulang rusuk bergetar dan menggoda mata.

Dan menggoda dompet.

Kah kah kah!

Zaman sekarang ni macam itu lah. Benda boleh beli online, buat apa susah payah nak ke kedai sana-sini macam yang saya alami dulu. Yang bagusnya, penghantaran pos adalah PERCUMA, wak. Hanya bayar harga barang. Tapi untuk kawan-kawan di Sabah dan Sarawak, wang pos sebanyak RM9 dikenakan. Berbaloilah, ditambah lagi dengan harga barang yang ditawarkan adalah lumayan murah.

Nak murah lagi?

Boleh.

Bagaimana?

Semasa buat pesanan (di laman web), semasa memasukkan butir-butir diri dan pembelian, masukkan juga kod "SHAHRUL" untuk mendapatkan 15% harga diskaun.

Betul ni. Tak tipu.

Kalau kod tu tak laku, jangan segan silu beritahu saya. Kod ini hanya laku untuk pesanan pertama sahaja, ya.



Pencapaian

PTT Outdoor ini, bukan biasa-biasa. Pencapaian mereka yang paling terkini ialah sebagai pemenang utama Ambank Bizrace 2019. Wow! Ini bukan calang-calang perniagaan, kawan. Mereka ada kredibiliti. Ini bukan perniagaan cap ayam!

Boleh rujuk berita kejayaan mereka di laman web Ambank sendiri.



Rujukan; Local SMEs Win RM2 Million Worth of Prizes at AmBank BizRACE Season 2

Jadi, sekarang sudah ada alternatif untuk membeli barangan outdoor yang mudah dan murah. Sambil baring-baring atas katil pun boleh buat pesanan. Atau, kalau sedang mendaki Gunung GAP & GUS lalu ternampak barangan yang dipakai oleh pendaki lain menarik hati, buka terus website PTT Outdoor, cari, dan terus buat pesanan. Silap-silap, sakit kaki dan lenguh belum hilang, barang dipesan sudah sampai di rumah.

Gitu.

Keh, pi beli keh.

Kod diskaun "SHAHRUL" jangan lupa.





0 comments:

Post a Comment

My Instagram