Itinerari & Kos Percutian 16 Hari 15 Malam Ke Istanbul, Turki dan Umrah (Mekah - Madinah)

"Jam, jom pergi umrah bulan puasa ni? "

"Jom."

Semudah itu sahaja kami membuat keputusan. Secara mengejut. Atau inikah yang dipanggil seru sudah tiba?

Dengan masa yang ada lebih kurang sebulan, kami berdua gigih merangka agenda dan membuat carian maklumat yang berkaitan. Sudah waktu kecemasan begini, kami tak banyak pilihan dan kesuntukan masa mahu mencari alternatif yang menjimatkan kos. Jadi, apa saja yang terbaik dan bersesuaian, kami ambil.

Ini ialah itinerari perjalanan kami selama 16 hari 15 malam percutian di Istanbul, dan kemudian ke Madinah lalu menunaikan umrah di Mekah.



Hari #01 (Sabtu, 27/04/2019)

10.20 amTerbang ke Istanbul menggunakan penerbangan Emirates dari KLIA. Transit di Dubai selama satu jam.
06.00 pmSelepas hampir 13 jam penerbangan, kami selamat tiba di lapangan terbang Istanbul yang baru.
08.00 pmBergerak ke Sultan's Inn di kawasan Küćük Ayasofya Mahal menggunakan teksi kuning bermeter.

Hari #02 (Ahad, 28/04/2019)

4.15 amKe Blue Mosque untuk solat fardu Subuh. Sekitar 10 minit berjalan kaki. Masuk waktu jam 4.23 am, tetapi azan jam 5 am dan solat 30 minit kemudian.
6.00 amMeronda sekitar Blue Mosque dan Aya Sofia, dan balik ke hotel untuk bersarapan.
10.00 amBerjalan kaki ke Tokapi Palace. Gagal masuk kerana perlu beratur panjang untuk membeli tiket.
12.00 pmNaik tram T1 dan F1 menuju ke Taksim Square. Solat dan makan tengah hari di situ.
2.50 pmNaik tram menuju Grand Bazaar. Tutup pada hari Ahad, yang ada hanya jualan di luar bazar.
6.00 pmJalan kaki pulang ke hotel merentasi Sultanahmet Square.

Hari #03 (Isnin, 29/04/2019)

9.00 amMeronda dan shopping sekitar Küćük Ayasofya dan terus ke Arasta Bazar (sebelah Blue Mosque)
11.30 pmCubaan kedua ke Tokapi Palace tapi masih ramai orang. Hagia Sophia tutup hari Isnin.
12.00 pmMakan di restoran Nur Muhammad, masakan Melayu. Diusahakan oleh Global Ikhwan SB.
2.00 pmSinggah solat di masjid berhampiran.
3.00 pmMelawat masuk ke Basilica Cisterns
4.30 pmBerjalan kaki ke Spice Bazaar.
7.30 pmPulang ke hotel

Hari #04 (Selasa, 30/04/2019)

9.00 amBeratur beli tiket masuk ke Hagia Sophia. Selesai dalam masa 30 minit. Tak perlu tiket "Fast Track" dengan tambahan 20 Lira dari harga tiket asal.
9.30 amMeronda Hagia Sophia
12.30 pmMakan tengah hari di restoran Nur Muhamad. Singgah solat di masjid berhampiran.
4.00 pmMenaiki tram ke Karakoy, mencari baklava terkenal Karaköy -Güllüoğlu
4.45 pmBerjalan kaki merentasi Galata Bridge untuk ke Spice Bazar. Souvenir dengan harga yang berpatutan ada dijual di laluan bawah tanah untuk menyeberang ke Spice Bazaar dari terminal feri.
7.00 pmKe Grand Bazar mencari sejadah.
8.15 pmPulang ke hotel

Hari #05 (Rabu, 01/05/2019)

8.30 amNaik teksi kuning ke lapangan terbang Istanbul. Perjalanan teksi 1 jam. Datang awal untuk explore airport yang sangat besar.
1.10 pmPenerbangan ke Madinah.
5.00 pmTiba di Madinah. Singgah solat di masjid airport. Naik teksi ke hotel.
8.00 pmSolat di masjid dan ziarah nabi.

Hari #06 (Khamis, 02/05/2019)

Puasa sunat. Masuk Raudah dan ziarah nabi. Pusing keliling Al Haram dan sekitar hotel. Iktikaf.

Hari #07 (Jumaat, 03/05/2019)

Qiamullail. Pusing keliling Al Haram dan sekitar hotel. Iktikaf.

Hari #08 (Sabtu, 04/05/2019)

7.00 amSarapan
8.00 amZiarah Bukit Uhud
9.00 amZiarah Masjid Qiblataini
9.40 amZiarah Masjid Quba
10.15 amSampai di hotel dan makan tengah hari
4.45 pmShopping time! Di Bin Dawood

Hari #09 (Ahad, 05/05/2019)

6.30 amRaudah dan ziarah nabi
8.30 amZiarah perkuburan Baqi
10.00 amRonda & shopping lagi
9.00 pmTarawikh

Hari #10 (Isnin, 06/05/2019)

5.00 amZiarah Wida'
9.20 amBertolak ke Mekah menggunakan bas SAPTCO
10.00 amSinggah di Bir Ali untuk berniat umrah dan ihram
2.30 pmTiba di Ajyad, Mekah. Check in hotel.
4.30 pmKe masjid menunaikan solat Asar dan Zohor
5.15 pmTawaf
6.15 pmSaie
8.30 pmTahallul
9.30 pmTarawih 20 rakaat + 3 witir
12.30 amBalik hotel

Hari #11 (Selasa, 07/05/2019)

Iktikaf. Berbuka puasa di masjid. Moreh jam 12 pagi di Safa Tower.

Hari #12 (Rabu, 08/05/2019)

Iktikaf. Berbuka puasa di masjid. Moreh jam 11 malam di Hilton Mall. Bermalam di masjid.

Hari #13 (Khamis, 09/05/2019)

Qiamullail. Tawaf sunat. Iktikaf. Berbuka puasa di masjid. Moreh jam 11 malam di Hilton Mall. Bermalam di masjid.

Hari #14 (Jumaat, 10/05/2019)

Qiamullail. Tawaf sunat. Solat Jumaat. Beli kekacang. Berbuka puasa di masjid. Moreh jam 11 malam di Hilton Mall.

Hari #15 (Sabtu, 11/05/2019)

Solat Zohor & Tawaf Wida. Bergerak awal ke Lapangan Terbang Jeddah untuk pulang ke tanah air.

Hari #16 (Ahad, 12/05/2019)

Tiba di Malaysia pada jam 1.00 tengah hari.



Kos

Pengiraan kos ini tidak lengkap dan terperinci. Tapi cukuplah untuk dibuat panduan.

Istanbul, Turki

Flight (Emirates)RM 4,052.00
Hotel Sultan's Inn (4 malam)RM 986.60
Teksi (Airport IST - Sultanahmet)Lira 150
Istanbulkart + TopupLira 50
Lunch Day 2 (Kebab)Lira 23
Basilica Cisterns Entrance Fee (per head)Lira 20
Lunch Day 3 (Restoran Nur Muhammad))Lira 64
Hagia Sophia Entrance Fee (per head)Lira 60
Lunch Day 4 (Restoran Nur Muhammad))Lira 73
Teksi (Sultanahmet - Airport IST)Lira 170

Mekah & Madinah, Saudi Arabia

Flight IST - MED & JED - KUL (Saudia)RM 5,068.00
Teksi (Madinah Airport - Hotel)SAR 70
Hotel Al Ansar New Palace Hotel (4 + 1 malam)RM 996.36 + SAR 259
Pakej Ziarah (per head)SAR 10
Tiket bas (Madinah - Mekah)SAR 116
Hotel Dar Al Eiman Ajyad (5 malam)RM 2,212.95
Teksi (Mekah - Jeddah Airport)SAR 150

Lain-lain

Visa UmrahRM 350.00
VaksinRM 182.00
Travel Insurance (Etiqa 360)RM 117.81
Belanja Turki - Makan, Pengangkutan & Lain-lainRM 500.00
Belanja Saudi - Makan, Pengangkutan & Lain-lainRM 1,000.00


Kos perbelanjaan semua lebih kurang RM 8,000 seorang. Duit poket individu bawa juga. Kami masing-masing tukar duit RM 500 untuk Turki, RM 1,000 untuk Saudi. Selalunya kalau travel saya tak berbelanja sangat, tapi kali ni memang tak boleh tahan. Menggoda mata, menggoda perut.

Kadar tukaran (minggu 22 April 2019);
Lira 1 bersamaan RM 0.76
SAR 1 bersamaan RM 1.10

Semoga bermanfaat.





Reactions

Post a Comment

0 Comments