Lata Rombong Di Selama, Perak Destinasi Perkelahan Yang Menyegarkan

Percutian pendek kami ke Pulau Pinang semasa cuti sekolah bulan Mac yang lepas, lebih menambah rasa teruja anak-anak apabila acara mandi sungai turut dimasukkan ke dalam itinerari. Dari Parit Buntar, pagi itu kami memandu hampir sejam juga menghala ke Rantau Panjang di Selama, Perak.

Lokasi perkelahan kami hari itu ialah Lata Rambong. Saya tak tahu kewujudan tempat ini sehinggalah adik ipar yang mencadangkan.

Menyelusuri jalan kampung tidak pernah membosankan mata. Hati jadi tenang dan memandu pun terbuai-buai melihat kedamaian desa yang masih belum "tercemar" dengan kemodenan yang beku. Cemburu saya kepada mereka yang masih mempunyai tanah kampung sebegini, tak pernah terpadam. Memang ada impian kecil saya untuk memiliki rumah kampung sebegini.

Entahlah.

Moga diperkenankan Allah, jika itu baik untuk saya dan keluarga.

Sunyi

Melepasi kawasan kampung, kami mula memandu di kawasan yang agak sunyi daripada kelibat manusia. Kiri kanan hanya pokok-pokok dan tumbuhan yang menaikkan aura hijau semula jadi. Saya sedikit ragu dengan keadaan begini. Kalau hanya kami anak-beranak, memang tak lah saya teruskan. Tapi kelibat Sungai Selama sudah mula kelihatan dan, aduh, jernihnya!

Bergetar kamera saya, wak.

Akhirnya kami sampai ke lokasi yang dituju. Untuk memudahkan pencarian jika mahu ke sana, Google Map kan saja "Kem As Salam Lata Rambong". Kami parkir di ruangan kecil tepi sungai, dan tanpa membuang masa tikar dibentang dan kami mulakan perkelahan pagi itu dengan jamuan sarapan.



Tenang.

Aman.

Damai.

Saya tak pernah bosan dengan bunyi deru sungai yang menghempas batu, air yang jernih mendedahkan lantai yang dipenuhi batu-batu sungai pelbagai saiz dan warna. Lembut dan derasnya aliran sungai, memberi corak dan bentuk kepada batu-batu yang keras dan mampat.

Alam memang guru yang terbaik.

Empat beradik Kakak Abah & Hafiz Abang & Kakak

Santai Alam Semulajadi

Saya memang penggemar alam, sejak dahulu lagi. Berada di keliling rimbunan pokok hijau apa lagi ada sungai yang mengalir menggoda, itu adalah destinasi percutian impian saya. Bukan tak menghargai kemodenan, tapi lebih kepada pilihan peribadi. Itu yang saya cuba terapkan pada anak-anak, agar mereka tak lupa untuk mencintai alam yang indah ini.

Hafiz makan Hafiz dan pelampung Hafiz kesejukan Aidil Sepupu

Video Lata Rombong, Selama, Perak

Ini ada video pendek yang sempat saya rakamkan di sana.






0 comments:

Post a Comment

My Instagram