Taman Tasik Danau Kota, Lokasi Baru Untuk Riadah

Semenjak Taman Tasik Titiwangsa ditutup untuk kerja-kerja baik pulih, kami "kehilangan" tempat untuk aktiviti riadah hujung minggu. Ada juga taman kecil di belakang Ong Tai Kim Gombak, bolehlah sesekali melepaskan gian si bongsu mahu bermain gelongsor.

Sampailah satu hari saya cuba beralih angin ke Taman Tasik Danau Kota untuk berjogging di suatu petang.

Wah!

Cantik, luas dan menarik.

Taman Tasik Danau Kota Refelection merah Refelection Kuning

Taman tasik ini masih baru, tapi bagi saya sudah cukup selesa. Satu pusingan lengkap keliling tasik jaraknya ialah 1.2 kilometer. Waktu pagi, keadaan agak lengang dan selalunya mereka yang benar-benar mahu beriadah sahaja akan datang pada waktu pagi. Waktu petang pula lebih meriah dengan orang ramai. Ada yang bersukan, ada yang datang berehat santai bersama keluarga. Ada juga yang memancing.

Yang geramnya, masih ada yang berdegil membawa motorsikal ke dalam kawasan taman. Walhal sudah di larang. Sejenis manusia yang entah ke mana fikirannya. Bila tidak ada taman riadah, bising mahukan satu. Bila sudah ada, otak jendul dah tak berfungsi. Berbahaya untuk pejalan kaki dan orang lain yang mahu berlari. Dengan bunyi bising ekzos dan asap yang berkepul, memang boleh bantut selera untuk bersukan.

Jadi, kalau mahu benar-benar bersukan saya sarankan datanglah waktu pagi. Waktu ini, para "outlaw" masih belum bangun tidur untuk melakukan aksi menjengkelkan itu.


Hari itu, hari Sabtu. Anak-anak semuanya ada aktiviti di sekolah. Tinggallah kami bertiga beranak tercenung tak tahu apa aktiviti yang boleh dibuat. Sudahnya saya ajak saja kesayangan saya ke taman ini untuk berjalan-jalan dan bergambar.

Yeay!

Jam 9 pagi, orang tak begitu ada. Taman masih redup dan aman.

Kami pun bergambar sakan!

Bersandar Peluk pokok Bertapa Lari Kami Abah, Ummi & Hafiz



0 comments:

Post a Comment

My Instagram