Tiada Rezeki Ke Topkapi Palace



Hari kedua (Ahad) kami cuba ke dua tempat; Hagia Sophia dan Topkapi Palace.

Di Hagia Sophia, umat yang beratur mahu mendapatkan tiket sangat panjang dan hari sudah semakin panas. Kami larikan diri ke bahagian belakang muzium, mahu ke istana pula.

Topkapi Palace juga begitu. Ramai!

Daripada maklumat sekeliling, Turki rupanya ada cuti panjang minggu itu. Cuti tiga hari menjadikan Istanbul meriah dengan kedatangan rakyat tempatan, ditambah lagi dengan pelancong luar seperti kami.

Untuk masuk ke kawasan istana, pengunjung perlu melalui pintu utama dan diimbas oleh pengawal keselamatan. Semua barang boleh dibawa masuk (kamera, alat elektronik dan lain-lain), yang penting perlu diperiksa. Belum ada lagi tiket diperlukan di sini.

Menjejak masuk ke laman di balik gerbang, sudah terasa aura keindahan istana utama kediaman keluarga pemerintah Ottoman. Kami berjalan merentasi laman hijau yang dipenuhi bunga-bunga kecil berwarna putih.

Ralit dibuatnya.

Kami bergambar di sini buat kenang-kenangan.



Sampai saja di pintu utama istana, kami sekali lagi kecewa melihat barisan pengunjung beratur mahu membeli tiket bagai tidak ada penghujung. Sesudah dipertimbang-timbangkan, kami mengambil keputusan untuk cuba masuk pada hari lain.

Aduhai!

Mana tahu, langsung tidak ada rezeki kami ke istana ini sampai ke sudah selepas lima hari berada di Istanbul.

Nampak gaya, perlu datang lagi. Kan?



Nota; Itinerari penuh percutian 16 Hari 15 Malam ke Turki-Saudi Arabia di sini.




0 comments:

Post a Comment

My Instagram