Masih terasa sejuknya air terjun. Masih terdengar bunyi deru air jernih. Masih terbayang kehijauan hutan dilindung awan biru. Kaki lenguh tak terasa. Badan letih, tutup sebelah mata. Kerja tak siap? Tutup kedua-dua telinga. Ehehehe! Air terjun Chilling memang
superb!!!
Bertujuh, kami bertolak dari Sentul. Jam 8 bergerak, singgah minum pagi di Selayang. Jam 9 baru terhegeh ke Kuala Kubu. Berpandukan peta dari googlemap*, perjalanan lancar tanpa kesesatan yang nyata. Jam 10.20 am, sampai ke lokasi
parking. Bergambar dahulu, seperti biasa! Eheheh! Selesai menukar pakaian, perjalanan pun bermula.
Banyak perbezaan antara 2003 dan 2009. Dulu, mana ada pintu gerbang, kawasan renjer, signboard utk setiap lintasan sungai (u have to cross over the river about 6 times, satu ada jambatan gantung). Dulu, sampai turun naik bukit. Kali ni semuanya agak mudah. Satu dua tempat laluan agak sempit, semak setinggi kepala. Trek memang ada, ikut sahaja Insya-allah tak sesat.
 |
Air Terjun Sungai Chilling |
 |
Jernih |
 |
Kaum bapa yang lupa diri |
 |
Pemandangan Empangan Sungai Selangor |
Catatan lain berkaitan Air Terjun Chiling
- How to get there? Read my next posting "How to go to Chilling Waterfall, Kuala Kubu Bharu?". :)
- Video sekitar Sungai Chiling
- Gambar-gambar sepanjang trek ke air terjun
- Sesuai kah bawa kanak-kanak ke air terjun Chiling?
1 Comments
salam. hurrm. agak menarik juga kt cni ;)
ReplyDelete