Sentul, jaraknya dengan rumah kami tidaklah begitu jauh. Kata orang, macam kawasan "mainan". Dulu, sempat juga bekerja di Sentul ini, kurang lebih satu tahun. Kalau ke pasar mahu membeli barang dapur, Pasar Sentul juga jadi pilihan. Harga agak berpatutan, banyak pilihan dan juga lebih segar.
Anak-anak, setakat ini semuanya lahir di hospital di Sentul.
Jadi, Sentul ini bukanlah kawasan asing. Sedikit sebanyak, tahu lah selok beloknya.
Cumanya satu, Sentul Park ini hampir tidak pernah kami tahu. Ada juga yang bercerita, tetapi ibarat angin lalu. Tidak dihirau. Ada juga buat carian di internet. Hmm. Dengar dan lihat (secara maya), memang menarik.
Akhirnya peluang tiba. Kononnya hari itu kami mahu ke Titiwangsa, tiba-tiba teringat Sentul Park. Ummi pun tak membantah. Anak-anak akur mengikut.
Dan kami pun menjejak kaki ke taman tersorok ini. :)
 |
Sentul Park |
 |
Koi Center |
 |
Anak-anak |
 |
Abang Haris |
 |
Kakak Hanim |
 |
Adik Hanis |
 |
Kakak dan abang |
 |
Ummi dan Hanis |
 |
Kami |
Tak sia-sia menjinjing kamera. :)
Maklumat berkaitan Sentul Koi Park ini boleh didapati di
http://www.sentulpark-koi.com/Untuk ke Sentul Koi Park ini, di bawah ada disertakan peta (sumber: google map). Bermula dari Jalan Tun Razak.
0 Comments