Bertentang Mata Dengan Gunung Kinabalu Di Kundasang, Lalu Aku Pun Jatuh Cinta

Menikmati Gunung Kinabalu Dari Kundasang

Hari kedua di Sabah.

Selepas Subuh, saya berdiri di balkoni menikmati perubahan waktu. Melihat cahaya matahari sudah mengintai di sebelah barat, tapi di timur masih bergelap. Pemandangan yang sangat menakjubkan.

Dan Gunung Kinabalu memunculkan diri. Semalam, kabus sangat tebal ekoran hujan yang berpanjangan. Pagi ini sinar matahari menyelak kabus, menunjukkan rupa puncak gunung yang tertinggi di Asia Tenggara ini.

Cantik.

Memukau.


Pekan Kundasang

Oleh kerana masing-masing ada rasa was-was dengan status sarapan (masakan) yang disediakan oleh pihak penginapan, kami mengambil keputusan untuk bersarapan di Pekan Kundasang. Sebaik sahaja kami masuk ke jalan utama, mata terus menangkap sisi gunung yang sangat besar!

Terkejut dan teruja.

Saya menoleh sekejap-sekejap untuk mengintai, dan sememangnya gunung ini sangat gergasi. Kalau seorang diri, mahu saja saya hentikan kereta di tepi jalan dan duduk merenung kebesarang ciptaan Ilahi ini.

Sabar.

Saya teruskan pemanduan sampai ke Pekan Kundasang yang berjarak hanya 5-10 minit pemanduan.

Subhanallah!

Besar sebesar-besarnya.

Percayalah!

Takkan sama gambarannya dalam sekeping foto, berbanding dengan melihat terus melalui mata sendiri.

Gunung Kinabalu dari Kundasang
Enormous Kinabalu
Bandingkan saiz rumah dan gunung di belakang
Puncak Kinabalu
Skodeng jauh
Anak-anak berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu Abah dan Mak

Kundasang pagi itu agak sibuk. Kawasan utamanya ada dua roundabout; yang pertama penuh dengan kenderaan yang parkir di kiri kanan. Kami menyelit di sini untuk bergambar. Yang kedua, roundabout untuk ke Desa Dairy Farm dan War Memorial. Di sini, penuh dengan khemah jualan seperti pasar pagi. Tidak pasti sama ada ini acara setiap hari, atau hanya bersempena menyambut acara tertentu. Tidak pula kami singgah di sini.

Kami teruskan ke kedai yang diyakini untuk bersarapan.

Yakin halal.


<< Sebelum
Mile 36 Lodge, Kundasang
Seterusnya >>
Desa Dairy Cattle Farm, Kundasang
ITINERARI 5H4M KUNDASANG-KOTA KINABALU, SABAH
(Senarai lengkap aktiviti selama 5 hari di Sabah, Malaysia)








Reactions

Post a Comment

2 Comments

  1. Gambar ayah & bonda tu cantik sangat! Potret paling indah prnh saya lihat.

    ReplyDelete