Trekking Santai Ke Kota Damansara Community Forest (KDCF) Reserve

Kali terakhir saya masuk ke hutan tahun ini ialah pada bulan Februari yang lepas, iaitu mendaki Gunung Telapak Buruk dan Gunung Berembun, Negeri Sembilan. Jadi apabila Pokme mengajak saya untuk trekking santai ke Kota Damansara Community Forest (KDCF) Reserve di Petaling Jaya, saya terus setuju.

Badan pun dah semakin subur mekar bak bunga Matahari. Memang elok sangatlah aktiviti ini untuk menggerakkan badan.

Saya ditemankan sibujang sulung, Haris. Adik dan kakak tak ikut, ada aktiviti sekolah. Tak mengapalah, yang penting saya sendiri dapat menggerakkan tangan dan kaki serta mengeluarkan peluh.

Kota Damansara Community Forest (KDCF)Bersama abang Haris sebelum pulang

8.15 pagi | Parkir di Taman Rimba Riang

Oleh kerana lokasi hiking hari itu di kawasan Lembah Kelang, kami bermula agak lewat. Jam 8.00 pagi kami berkumpul di Plaza Tol Kota Damansara, kemudian terus saja ke Taman Rimba Riang untuk memulakan pendakian. Oleh kerana parkir sudah penuh, terpaksalah kami meletakkan kereta di tepi jalan.

Park at your own risk!

Jalan di situ agak lengang.


8.30 pagi | Mula mendaki

Selepas membuat sedikit senaman regangan badan, kami bertujuh pun terus memulakan pendakian dengan penuh semangat.

Hip hap hip hap!

10 minit pertama kita dah mengah, wak!

Teruk betul stamina selonggok Sharulnizam ini. Berat badan dah mencanak naik, senaman dah malas, lagi tak mahu insaf. Wake up, Sharul!

Harap-harap selepas selamat turun dari KDCF ni nanti, terselinaplah rasa mahu kembali fit seperti tahun 2016 dahulu.

Kota Damansara Community Forest (KDCF) - trek Kota Damansara Community Forest (KDCF) - Papan tanda

Trek tidaklah begitu sukar sebenarnya (berbanding gunung-ganang yang pernah saya daki). Keadaan hutan agak terang, laluan pun tidak begitu bersemak. Mungkin pengunjung ke sini yang sentiasa ramai hujung minggu menyebabkan keadaan hutan tak begitu tebal. Namun cerita-cerita angker yang banyak dikongsi oleh warga maya, sedikit sebanyak meremangkan bulu roma.

Apa yang seram?

Cerita pasal ular senduk yang berkeliaran di trek!

Adeh!

Bab ular ni, memang lemah lutut jadinya. Dengan pacat pun boleh menjerit melolong panggil mak, inikan pula yang panjang melingkar bermeter-meter.

Alhamdulillah.

Tak ada jumpa pun hari tu. Pacat ada, tapi tak mengganggu ketenteraman maka boleh diabaikan.

Kota Damansara Community Forest (KDCF) - Rehat Kota Damansara Community Forest (KDCF) - Rehat Kota Damansara Community Forest (KDCF) - Pokok

10.00 pagi | Puncak Denai Puteri

Kami tiba di puncak. Entah mana datangnya, tiba-tiba sudah ramai orang di sini. Saya dimaklumkan KDCF ada beberapa pintu masuk, jadi tak hairanlah kalau di puncak sudah macam kenduri.

Barulah saya cam kedudukan KDCF ini. Rupanya sudah banyak kali saya lalu lalang berhadapan puncaknya yang terletak bersebelahan dengan lebuhraya NKVE. Dan seperti rakyat jelata yang lain, kami pun bergambar dengan penuh narsis di lereng bukit yang curam.

Gayat!

Rasa macam nak sepak orang yang bergaya sakan betul-betul di hujung bukit. Sikit lagi nak jatuh tergolek ke bawah. Jantung kita pula yang laju berdegup.

Hah! Macam itu lah penangan rasa orang gayat. Bukan takat diri sendiri, untuk orang lain pun kita tolong gayatkan. Boleh?

Kota Damansara Community Forest (KDCF) - Denai Tiga Puteri Kota Damansara Community Forest (KDCF) - Anak-beranak Kota Damansara Community Forest (KDCF) - Tugu Kota Damansara Community Forest (KDCF) Reserve - Puncak Kota Damansara Community Forest (KDCF) - Haris       Kota Damansara Community Forest (KDCF) - Dengan Haris Kota Damansara Community Forest (KDCF) - Gayat


11.00 pagi | Turun

Selepas satu jam dan puas bergambar, kami pun pulang ke daratan. Perjalanan pulang selalunya akan lebih pantas dari mendaki. Biasalah tu, melainkan ada masalah kecederaan. Walaupun trek santai, perlu berhati-hati takut ada kelukaan atau terseliuh jatuh.

Semasa turun inilah saya terserempak dengan beberapa orang penunggang MTB. Aduh! Melihat gegearan muka masing-masing yang menempuh jalan yang berselirat akar, sekali lagi saya terimbas kenangan aktif berMTB sekitar tahun 2013 dahulu.

Haih!

Semuanya tinggal kenangan.

Kemon Sharul! Segeralah insaf.

Kota Damansara Community Forest (KDCF) - Kami


12.00 tengah hari | Selamat Mendarat

Alhamdulillah. Kami sampai ke kereta tepat jam 12.00 tengah hari di waktu panas matahari sudah semakin terik. Kereta di tepi jalan pun, tinggal milik kami saja yang ada. Mujur tak ada apa-apa perkara yang tak diingini berlaku.

KDCF bagus untuk mereka yang tinggal di sekitar Lembah Kelang, tak perlu jauh memandu. Trek juga mesra kanak-kanak, cuma perlu berhati-hati ketika berada di puncak.

Insya-allah, boleh ulang lagi.

Kota Damansara Community Forest (KDCF) - Parkir


Video Trekking Ke KDCF

Ini ada video pendek perjalanan kami semasa trekking di KDCF.


    



0 comments:

Post a Comment

My Instagram