Melaka Street Photography Travelog

Alhamdulillah.

Hujung minggu yang baru berlalu (7 & 8 September) , saya berkesempatan ke Melaka untuk berguru dengan orang-orang yang arif dalam bidang fotografi (mobile). Terima kasih Puan Salmy Saznira yang membuka peluang kepada saya untuk turut serta.



Jadi, apa yang saya pelajari di sana?

#1
Ilmu street photography dan human interest. Bidang ini agak janggal bagi saya kerana perlukan kemahiran berkomunikasi dengan subjek (selalunya manusia lah). Saya sudah biasa dengan kamera telelense, jadi saya boleh merakamkan momen dari jarak jauh. "Mencuri", mungkin. Jadi, aktiviti ini memperlihatkan kepada saya cara bagaimana mahu memulakan dan meminta izin, kemudian merakamkan gambar dengan lebih terancang.

#2
Dengan kamera kecil (telefon), saya ada masalah suka "point & shoot". Saya jarang merancang detik yang mahu dirakamkan. Jadi kelas ini menekankan supaya mata memerhati, kemudian rakam ceritanya. The art of seeing.

#3
Editing. Saya berkenalan dengan aplikasi Adobe Lightroom dan cara asas memproses gambar untuk menambahkan seri.

Itu, antara yang dapat saya pelajari sepanjang kelas dua hari. Tapi sebenarnya, banyak lagi.

#4
Hanya saya saja peserta lelaki yang mendaftar pada peringkat awal. Walaupun segan, tetap saya pejamkan mata. Letak ke tepi sekejap rasa malu. Yang penting, ilmunya.  Bukan jantina. Malu tak bertempat, rugi. Mujur pada hari kejadian, ada seorang lagi peserta lelaki yang hadir.

#5
Saya akui, selama ini saya banyak belajar ilmu fotografi melalui pembacaan dan tontonan di Youtube. Jadi, yang menetapkan "bagus / tidak bagus" kerja saya, adalah diri saya. Syiok sendiri! Berbeza dengan berguru bertentang mata, pemahaman antara teori dan praktikal mungkin tak seiring.

#6
Be humble and more humble, Sharul. Melihat hasil kerja kawan-kawan sekumpulan (ya, saya skodeng FB mereka) membuatkan saya terkedu. Mereka ini seperti orang biasa-biasa saja, bergurau, berlawak, saling menegur; tetapi hasil kerja mereka sangat superb! Kebanyakkannya dari bidang food photography.

Walaupun sudah berada pada level yang saya tak terjangkau, mereka ini masih lagi menuntut ilmu. Respek! Masih lagi mahu menambah pengetahuan dalam cabang fotografi yang lain. Bukan dekat pula tu. Ada yang dari Johor, Pahang dan Kedah!

Insya-allah.

Dengan apa yang saya pelajari sepanjang dua hari ini, bolehlah saya perbaiki lagi kemahiran dalam bidang fotografi.

Terima kasih kepada rakan-rakan sekumpulan (yang ramai dan meriah) atas perkongsian ilmu, terutamanya Cikgu Zanariah Salam dan Cikgu Ain.

Ini antara gambar yang saya rakamkan menggunakan telefon Huawei P20 Pro dan sedikit editing menggunakan Adobe Lightroom CC.

Insya-allah, saya akan kemaskini juga di blog www.petai.net.

______
Sharulnizam Mohamed Yusof
Tuntut ilmu selagi berdaya





Reactions

Post a Comment

0 Comments