Dari Bangsar South City Ke Kuala Lumpur Dipayungi Langit Yang Biru

Aduh!

Rindu benar dengan petai.net.

Lama sudah tak menulis di sini. Semenjak bulan Disember 2019 sehingga awal Februari 2020, jadual sentiasa padat dengan aktiviti hujung minggu. Hari-hari biasa, otak penat memikirkan rutin harian. Ada perubahan dalam jadual keluarga, ambil masa untuk kembali ke landasan.

Penat juga.

Sudah lama ditinggalkan segala macam hobi.

Mengembara, membaca, menulis (blog), fotografi.

Satu persatu aku abaikan.

Hingga jiwa menjadi longlai dan tak bermaya. Diri rasa pilu. Banyak yang menyerbu ke dalam otak, menjadikan hati turut penat.

Sekarang, dihantar pula ke pejabat vendor untuk memantau tugas. Jauh nun di Bangsar South City. Cuma 20 km kata kau? Huh! Cubalah memandu 20 km waktu pagi dan petang menembusi metropolitan Malaysia ini. Mahu tercabut kaki berganti antara pedal brek dan minyak. Kalau bawa kereta manual, lagi jenuh!

Mujur juga, pemandangannya memukau mata.

Musim panas di Kuala Lumpur, membuatkan langit cerah sentiasa. Jam 8 pagi, langit sangat membiru. Menjelang tengah hari, kepul-kepul awan pun datang tergantung di sana-sini.

Cantik!


Landscape Kuala Lumpur Bangsar South City - 1 Bangsar South City - 2 Menara Telekom, Bangsar Tiang Telekomunikasi





Reactions

Post a Comment

1 Comments

  1. Assalamualaikum Tuan Sharul, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.



    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

    1 x RM200



    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

    2 x RM100



    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

    14 x RM50



    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    ReplyDelete