Mengenali Adat Dan Budaya Tradisi Di Kampung Budaya Sarawak

Semenjak tahu akan ke Sarawak, terus saya cari maklumat tentang tempat-tempat menarik yang patut dikunjungi. Hasil carian di internet, rata-rata mencadangkan Perkampungan Budaya Sarawak (Sarawak Cultural Village - SCV) di Santubong.

Saya mesti pergi!

Kata orang, untuk mengelilingi negeri Bumi Kenyalang ini akan mengambil masa yang lama. Iya lah, saiznya pun lebih besar dari Semenanjung Malaysia yang mempunyai 12 negeri. Jadi untuk memendekkan jangka masa lawatan, "cukuplah" ke SCV ini.

Konsep SCV ini sama seperti Mini Malaysia di Melaka. Rumah-rumah tradisional mengikut suku kaum dibina di sekeliling taman dengan aktiviti-aktiviti tertentu di dalam setiap rumah. Jadi, tidaklah bosan sepi begitu saja.

Melawat 7 Rumah Tradisional Di Sarawak Cultural Village
Di pintu masuk utama Kampung Budaya Sarawak



Waktu Operasi Sarawak Cultural Village

Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Untuk persembahan kebudayaan, ada dua slot waktu iaitu pada jam 11.30 pagi dan 4 petang.


Harga Tiket Sarawak Cultural Village

Harga terbaru untuk tahun 2020 sudah meningkat seperti rajah di bawah.

Harga Tiket Sarawak Cultural Village

Ketika saya ke sana (Januari dan Disember 2019), harga tiket yang dikenakan ialah RM60 untuk dewasa, dan RM40 untuk kanak-kanak. Peningkatan harga pada tahun 2020 melebihi 50% menjadi RM95. Perghhh! Untuk mendapatkan harga diskaun, bolehlah beli secara dalam talian.


Lokasi Sarawak Cultural Village

Ini alamatnya;
Sarawak Cultural Village
Pantai Damai, Santubong,
P.O.Box 2632, 93752 Kuching,
Sarawak, Malaysia.
Tel: (6082)846 108 / (6082) 846 078
Fax: (6082)846 988

Laman web: http://www.scv.com.my/

Sekiranya memandu, boleh rujuk Google Map untuk ke Perkampungan Budaya Sarawak ini. https://goo.gl/maps/qQfmaCwtUpJgSrnXA


Damai Central

Saya cadangkan kalau mahu ke sana, buat perancangan yang teratur memandangkan kedudukannya agak jauh dari Kuching. Perjalanan mengambil masa sekitar 45 minit - 1 jam. Sama ada sarapan dahulu di hotel, atau datang awal ke sana untuk bersarapan di Damai Central, tak jauh pun dari SCV. Teringat-ingat Kuay Teow Ladna yang panas-panas hari tu. Sedap!

Bersebelahan dengan Damai Central ini, ada replika burung kenyalang (seperti burung Lang di Langkawi) yang terletak di tepi laut. Boleh lah bergambar di sini. Kalau bernasib baik, dari sini akan nampak puncak Gunung Santubong yang dilitupi kabus. Memang pemandangan yang epik!

Melawat 7 Rumah Tradisional Di Sarawak Cultural VillageMelawat 7 Rumah Tradisional Di Sarawak Cultural Village


Passport!

Di pintu masuk SCV ini, akan ada penyambut yang lengkap berpakaian tradisional. Kalau mahu, bolehlah bergambar terlebih dahulu. Untuk yang mahu membeli tiket, di sini ada satu kaunter untuk berurusan. Setiap pelawat akan diberikan satu pelekat untuk ditampal pada mana-mana bahagian badan yang boleh jelas dilihat. Yang menariknya, setiap pengunjung akan diberikan satu buku yang merupakan passport pengembaraan di dalam SCV ini. Ada beberapa muka surat yang memerlukan "cop" destinasi persinggahan yang ada.

Menarik.

Terutamanya untuk anak-anak yang mungkin akan sedikit bosan dengan kunjungan ke tempat begini.

Melawat 7 Rumah Tradisional Di Sarawak Cultural Village


Selamat Datang

Selesai berurusan di kaunter, kami pun melangkah masuk ke perkampungan di kaki Gunung Santubong yang tersergam tinggi.

Tenang.

Aman.

Sangat mengasyikkan.

Suka benar saya dengan suasana di dalam taman seluas 17 ekar ini. Perkampungan ini memang menepati suasana idaman saya. Ada banjaran gunung yang melatari di belakang, pokok-pokok hijau menyegarkan udara dan rumah-rumah tradisional yang gagah berdiri menunjukkan kehebatan senibina orang tempatan. Oh ya, ada tasik kecil di tengah-tengah, menambah rasa teruja apabila melihat burung-burung terbang rendah di atas tasik mencari makanan.

Romantis!

Kalaulah saya dapat rumah di sini, memang tak akan saya lepaskan.

Melawat 7 Rumah Tradisional Di Sarawak Cultural Village


Persembahan Kebudayaan

Persembahan bermula jam 11.30 pagi, maka seeloknya segeralah ke dewan untuk mendapatkan tempat duduk strategik. Cadangan saya, duduk di bahagian tengah.

Penari-penari kebudayaan akan mempersembahkan tarian tradisi mengikut suku kaum yang ada di Sarawak. Tak semua, hanya beberapa sahaja. Dimulakan dengan persembahan lelaki Iban (?) yang menggigit dan mengangkat lesung padi yang beratnya entah berapa kilo. Kemudian akan ada sesi menyumpit belon, yang sangat tepat. Iya lah, sudah berapa tahun berlatih. Penonton terpilih juga akan diajak untuk naik ke pentas menunjukkan kepakaran menyumpit.

Tarian-tarian yang dipersembahkan juga menarik, memang khas gaya tradisional Sarawak.

Sedar-sedar, sudah hampir satu jam berlalu dan persembahan diakhiri dengan menjemput penonton ke atas pentas berjoget lambak.

Acik Rul tengok je.

Nak kena sembelih dengan Cik Milah nak tergedik-gedik menari depan orang ramai tu? Cubalah.

Ehehehe!

Melawat 7 Rumah Tradisional Di Sarawak Cultural Village

Turun dari dewan persembahan, kita mulakan lawatan taman budaya mengelilingi tasik di tengah mengikut arah lawan putaran jam. Susunan tujuh buah rumah di sini (selepas dewan) ialah;

  1. Rumah Bidayuh
  2. Rumah Iban
  3. Rumah Penan
  4. Rumah Orang Ulu
  5. Rumah Melanau
  6. Rumah Melayu
  7. Rumah Cina

Jangan lupa, nikmati juga suasana di sekeliling taman budaya ini yang sememangnya tenang dan nyaman. Saya paling suka dengan pemandangan di antara Rumah Melayu dan Rumah Cina, menghadap ke Rumah Orang Ulu yang dilatari tasik, Gunung Santubong dan langit yang biru.

Romantis, boi!

Melawat 7 Rumah Tradisional Di Sarawak Cultural VillageMelawat 7 Rumah Tradisional Di Sarawak Cultural VillageMelawat 7 Rumah Tradisional Di Sarawak Cultural VillageMelawat 7 Rumah Tradisional Di Sarawak Cultural Village


Rumah Bidayuh

Turun dari dewan utama, kami terus ke rumah pertama yang paling hampir dengan dewan iaitu Rumah Bidayuh. Ada dua buah bangunan yang mewakili kaum Bidayuh, yang pertama fungsinya seperti balairaya, mengumpulkan pahlawan Bidayuh untuk berkawal. Bentuknya bulat, menjadikan fungsi rumah ini sebagai menara kawalan yang praktikal. Tidak semua perkampungan Bidayuh mempunyai "pondok pengawal" ini, hanya dibina di kampung yang sering diserang.

Bersebelahan dengan rumah ini adalah rumah Bidayuh yang sebenar. Binaannya agak tinggi, jadi harus berhati-hati terutamanya jika hari hujan. Di sini kami disambut dengan persembahan pendek tarian Bidayuh, dan juga beberapa orang tempatan yang membuat demo menghasilkan gelang daripada manik-manik. Makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang bertugas di situ mesra diajak berbual. Jadi jangan lepaskan peluang untuk bertanya tentang adat budaya orang Bidayuh.

Melawat 7 Rumah Tradisional Di Sarawak Cultural VillageMelawat 7 Rumah Tradisional Di Sarawak Cultural VillageMelawat 7 Rumah Tradisional Di Sarawak Cultural Village


Rumah Iban

Inilah yang dikatakan rumah panjang itu. Konsepnya seperti dorm, satu bangunan dengan bilik-bilik yang dihuni berlainan keluarga. Di sini pula ada demo menenun kain pua kumbu (agaknya) oleh pekerja di sini. Prosesnya rumit dan sangat manual. Tidak hairanlah sehelai kain yang bersaiz kecil, harganya boleh mencecah RM300!

Melawat 7 Rumah Tradisional Di Sarawak Cultural VillageMelawat 7 Rumah Tradisional Di Sarawak Cultural VillageMelawat 7 Rumah Tradisional Di Sarawak Cultural VillageMelawat 7 Rumah Tradisional Di Sarawak Cultural Village


Rumah Penan

Menyusuri tasik menuju ke arah utara taman ini, ada satu air terjun kecil yang turun dari Gunung Santubong. Jagalah anak masing-masing, ya. Takut nanti ada yang terlepas berendam dalam air yang sejuk dan jernih itu.

Bersebelahan air terjun inilah ada rumah kecil milik orang Penan. Mudah saja bentuknya, seperti pondok biasa. Di sini juga ada petugas yang menghasilkan sape, alat muzik yang terkenal di Sarawak.

Melawat 7 Rumah Tradisional Di Sarawak Cultural VillageMelawat 7 Rumah Tradisional Di Sarawak Cultural Village


Rumah Orang Ulu

Saya paling suka melihat rumah ini dari luar. Tanpa ragu, kalau diberi pilihan rumah ini saya mahu sebagai tempat tinggal. Dengan tiang-tiang yang tinggi di kaki bukit, rumah ini terbina sangat kemas. Cuma di bahagian dalam, agak membosankan. Tidak ada apa yang menarik, kelihatan biasa-biasa sahaja.

Antara yang sempat saya Google tentang Orang Ulu;
  1. Orang Ulu ialah satu gelaran ciptaan politik untuk mengumpulkan 27 etnik kecil di Sarawak.
  2. OU bukan istilah rasmi dan tidak wujud dalam Perlembagaan Malaysia.
  3. Antara kaum yang termasuk dalam kelompok OU; Kayan, Kenyah, Kajang, Kejaman, Punan, Ukit, Penan, Lun Bawang, Lun Dayeh, Murut, Berawan dan Kelabit.
  4. Gelaran OU ini disebabkan mereka mendiami bahagian hulu Sungai Batang Rajang, Belaga.
  5. OU tinggal di rumah panjang yang dihiasi lukisan dinding dan ukiran.
  6. Mereka juga terkenal dengan penghasilan kreatif seperti manik, anyaman rotan dan pelbagai lagi barang kraftangan.
  7. OU juga terkenal dengan alat muzik Sape dan tarian tradisi bernama Kanjet.
  8. Majoriti OU beragama Kristian, namun masih ada yang mengamalkan kepercayan tradisi nenek moyang.


Melawat 7 Rumah Tradisional Di Sarawak Cultural VillageMelawat 7 Rumah Tradisional Di Sarawak Cultural VillageMelawat 7 Rumah Tradisional Di Sarawak Cultural VillageMelawat 7 Rumah Tradisional Di Sarawak Cultural VillageMelawat 7 Rumah Tradisional Di Sarawak Cultural Village
Rumah Orang Ulu yang paling cantik di sini



Rumah Melanau

Sama seperi Rumah Orang Hulu, rumah Melanau juga seperti rumah panggung. Jauh dari tanah dengan tiang-tiang yang tinggi. Saya fikir, ini untuk mengelakkan gangguan binatang buas atau pun serangan yang tak terjangka. Di atas ini ada jualan kuih yang panas dari kuali, sedap!

Saya pernah terbaca entah di mana, adat budaya orang Melanau (terutamanya pakaian) sangat hampir dengan adat budaya orang Melayu. Wallahualam.

Melawat 7 Rumah Tradisional Di Sarawak Cultural VillageMelawat 7 Rumah Tradisional Di Sarawak Cultural VillageMelawat 7 Rumah Tradisional Di Sarawak Cultural Village
Suasana di rumah Melanau yang tinggi



Rumah Melayu

Sudah dua kali saya ke sini, masih belum dapat saya cari apa keunikan rumah Melayu Sarawak berbanding rumah Melayu yang lain. Kalau rumah Minang, jelas pada bumbungnya. Kalau rumah Melaka, tentulah pada tangganya. Rumah Melayu di Sarawak ini besar dan meriah dengan aktiviti. Di bawah kolong, ada demo mencanting batik. Di tingkat atas di ruang tamu kedua, ada dua makcik comel yang berdendang lagu Melayu mengalu-alukan kedatangan tetamu. Di dapur pula, ada kakak yang membakar kuih bahulu yang sedap dimakan panas-panas.

Rumah MelayuSuasana kampung yang mendamaikanAktiviti di Rumah Melayu
Aktiviti di Rumah Melayu



Rumah Cina

Saya teringat rumah Cina ketika berkunjung di Muzium Sabah dahulu. Hampir sama saja struktur binaan rumah ini, begitu juga seperti yang saya lihat ketika di Melaka.

Rumah CinaBahagian dalam Rumah Cina

Lengkaplah sudah satu pusingan besar mengelilingi tujuh buah rumah kaum utama yang ada di Sarawak. Sebenarnya ada sebuah lagi Pagoda berhampiran pintu masuk, tak pasti pula boleh masuk atau tidak.

Sebelum keluar, bolehlah singgah makan dahulu di restoran berhampiran dewan persembahan. Atau, membeli-belah cendera hati di tingkat bawah. Kali kedua saya ke sini, ada perkhidmatan bergambar bersama dengan pekerja SCV yang lengkap berpakaian tradisional.

Saya berpuas hati dengan kunjungan ke taman budaya ini. Selain suasananya yang menyegarkan, sedikit sebanyak kita dapat kenal Sarawak dan orang-orangnya. Walaupun harga tiket agak menjerut, untuk kunjungan bermanfaat begini tak terasa pun "ruginya".

Insya-allah.

Berbaloi.



Video Sarawak Cultural Village

Ini ada video pendek  semasa kami di sana yang sempat saya hasilkan.






0 comments:

Post a comment

My Instagram