Masuk Muzium Negeri Sembilan Percuma!

Sempena meraikan kemerdekaan selepas kakak Hanis mengambil peperiksaan UPSR (tahun 2019), kami pun berpakat enam beranak pergi bercuti ke Negeri Sembilan. Yang dekat, cukuplah. Memandangkan dari Gombak ke Negeri Sembilan hanya mengambil masa dua jam pemanduan, jadi agak awal kalau kami mahu bertolak selepas sarapan. Ya lah, masuk ke hotel pun jam 2.00 petang. Maka terpaksalah saya susun itinerari percutian agar tidak kosong. 

Ada dua lokasi yang sudah saya idamkan sekian lama.

Muzium Negeri di Seremban, dan Istana Seri Menanti.

Memandangkan muzium ini betul-betul terletak di tepi lebuh raya PLUS, mudah saja kami mencarinya. Tepat jam 9.00 kami sudah terpacak di hadapan muzium menjadi pengunjung yang pertama hari itu.

Muzium Negeri SembilanMuzium Negeri SembilanMuzium Negeri SembilanMuzium Negeri Sembilan

Muzium ini bercirikan senibina Minang, jelas pada bentuk bumbungnya yang seperti "tanduk kerbau". Terbahagi kepada dua tingkat, dan pameran utama ada di tingkat bawah. Sejarah tentang Negeri Sembilan dari segi budaya, asal-usul, susur galur pemerintahan dan perkembangan dari zaman ke zaman. Negeri Sembilan memang unik jika kita faham cara mereka melantik pemimpin tertinggi. Hirarki pentadbiran juga berbeza dan muzium ini ada menceritakan serba sedikit. 

Teringat zaman belajar Sejarah zaman sekolah menengah dulu.

Letih nak hafal!

Waktu Operasi Muzium Negeri Sembilan

Ini yang saya sempat catatkan dari pintu masuk muzium ini; 
Dibuka setiap hari (jam 9.00 pagi - 5.00 petang)
Hari Jumaat tutup rehat dari jam 12.15 petang - 2.45 petang

Muzium hanya tidak beroperasi pada Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Aidiladha

Harga Tiket

Percuma!


Istana Ampang Tinggi

Bersebelahan dengan bangunan muzium utama ada bangunan istana yang kelihatan sangat menarik perhatian. Sayangnya sewaktu kami datang, istana itu ditutup disebabkan ada majlis yang akan berlangsung di depan istana ini.

Saya ingat sangat istana ini, kerana Dato Siti Nurhaliza pernah membuat klip video menyanyi lagu tradisional.

Amboi!

Rileks lah. Siapa saja yang tak tengok TokTi zaman 90-an dulu?

Heheheh!

Sedikit catatan tentang Istana Ampang Tinggi ini;
Istana kayu ini terdiri daripada beberapa panel berukir halus dan sepasang pintu gelangsar berat yang tidak boleh ditemui disebarang tempat di Semenanjung Malaysia pada masa sekarang. Istana ini telah dibina di atas permatang yang menghala ke sebuah sawah padi yang luas oleh Yang Dpertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 5 iaitu Yamtuan Ulin (dikenali sebagai Yamtuan Imam) yang memerintah dari tahun 1861-1869. Bangunan ini berukiran 66 ½ kaki panjang dan 23 ½ kaki lebar. Apabila istana ini siap, Yamtuan telah menghadiahkan istana ini kepada puterinya Tuanku Cindai dan apabila puteri baginda berkahwin dengan Tengku Muda Chik, putera Yamtuan ke 4, Yamtuan Radin.

Istana ini terletak kira-kira enam batu dari Seri Menanti . Tengku Muda Chik telah menambahkan lebih banyak panel berukiran dan tinggal di sana bersama-sama isterinya. Istana ini kemudiannya telah diberikan kepada puteri mereka Tunku Halijah yang berkahwin dengan Yamtuan Ahmad , Yamtuan ke-7 sebagai isteri keduanya. Apabila Tunku Halijah meninggal pada tahun 1921, ia telah dihuni dari masa ke masa oleh anggota keluarga yang lain. Tetapi mulai kira-kira tahun 1930, ia tidak dihuni secara tetap dan kemudian terbiar tanpa dibaiki langsung. Pada tahun 1953, Yamtuan ke-8 Tuanku Abdul Rahman memberi kebenaran supaya bangunan lama yang tidak beratap ini dibuka dan dipindahkan ke Seremban. Kemudian pada tahun 1980, bangunan ini telah dipidahkan ke Tapak Komplek Taman Seni Budaya dan sebagai salah satu daripada tempah bersejarah yang perlu dilawati.


Sumber; Lembaga Muzium Negeri Sembilan

Muzium Negeri SembilanMuzium Negeri Sembilan


Muzium ini sudah ada kedudukan yang strategik. Berhampiran lebuh raya, dekat dengan banda-banda utama (Seremban, Kuala Lumpur dan Melaka). Seharusnya peluang begini digunakan untuk memperbanyak aktiviti budaya yang semakin hari semakin hilang.

Atau mungkin sudah ada, saya saja yang tidak tahu!

Wallahualam.






Reactions

Post a Comment

1 Comments

  1. Aku nak buat teka-teki. Negeri manakah yang laki dia takut dengan perempuan? Lepas tu kalau bini dia meninggal laki dia tinggal sehelai sepinggang? Lepas tu suku dia diketuai oleh perempuan? Hasilnya banyak mengamalkan adat mengarut sebab perempuan jadi ketua suku. Lepas tu pembahagian harta perempuan yang sapu dulu manakala laki mampu tengok jer. Haa negeri mana tu? 🤭

    ReplyDelete