Mobile Photography Di Melaka Bersama Huawei P20 Pro

Saya tahu telefon semakin lama kameranya semakin bagus. Memang itu menjadi kriteria utama saya dalam membuat pemilihan telefon. Sejak beberapa tahun lepas, saya sudah beralih kepada telefon Huawei kerana fungsi kameranya yang membikin air liur menitis menjadi lautan.

Bermula dengan Huawei P10 Pro, saya beralih pula kepada Huawei P20 Pro sejak 2018 hingga hari ini (Jun 2020).

Awal dahulu, saya beranggapan gambar dari telefon tidak boleh dikomersialkan. Setakat "point and shoot", cukuplah. Kalau dapat hasil yang elok pun, kira nasiblah.

Rupanya, saya membuat penafian maha besar.

Nilai gambar "mobile photography" juga berharga. Boleh jual, boleh raih pulangan kalau kena gaya. 

Pergilah mana-mana kelas fotografi yang ditawarkan. Keluar sedikit modal, kalau mahu menuntut. Tak usah berkira, dan tak usah mengharapkan pulangan. Niatkan saja mahu menuntut ilmu, dan berdoa semoga ia menjadi bermanfaat.

Kerja tuhan, tak siapa tahu.

Ini antara gambar-gambar yang saya rakamkan menggunakan telefeon Huawei P20 Pro, kemudian diedit menggunakan Adobe Lightroom. Waktu ini saya masih baru untuk faham asas editing menggunakan Lightroom, jadi inilah hasilnya. Sengaja saya kongsikan yang begini kerana saya mahu lihat perubahan editing saya dari semasa ke semasa.

Potret

Merakam wajah orang asing agak baru bagi saya. Lagi-lagi perlu berdepan sendirian. Mujur kami berkumpulan, mudah sikit nak minta izin.

Ini di sekitar Jonker Street. Kebanyakan warga emas di sini mesra dan sudah lali dengan kamera. Sedikit pun tak nampak kekok, tapi malu-malu tetap ada. 

Alahai!

Comel-comel atuk dan nenek ni semua.

Mobile Photography Di Melaka Bersama Huawei P20 Pro
Mobile Photography Di Melaka Bersama Huawei P20 Pro
Mobile Photography Di Melaka Bersama Huawei P20 Pro
Mobile Photography Di Melaka Bersama Huawei P20 Pro
Mobile Photography Di Melaka Bersama Huawei P20 Pro
Mobile Photography Di Melaka Bersama Huawei P20 Pro
Mobile Photography Di Melaka Bersama Huawei P20 Pro



Jalanan

Sekitar Jonker Street dan keliling sudah diwartakan sebagai kawasan pelancongan utama di Bandahilir. Bangunan-bangunan bersejarah termasuk rumah-rumah kedai masih kukuh dan kurang dijaga rapi. Ada ketika, bagai terbawa ke zaman kecil saya sendiri. Walaupun sudah berusia, tetap menimbulkan rasa tenang seperti yang saya alami ketika menikmati Mi Bodoh Hasan di Tengkera sebelum itu.

Mobile Photography Di Melaka Bersama Huawei P20 Pro
Mobile Photography Di Melaka Bersama Huawei P20 Pro
Mobile Photography Di Melaka Bersama Huawei P20 Pro
Mobile Photography Di Melaka Bersama Huawei P20 Pro
Mobile Photography Di Melaka Bersama Huawei P20 Pro



Kerja

Kami sempat masuk ke dalam beberapa kedai untuk melihat orang tempatan melakukan kerja-kerja harian. Dengan kedai yang antik dan perusahaan yang saya kira sangat klasik, memang sedap untuk dijadikan santapan kamera.

Seronok, kan?

Seperti tak ada desakan untuk mencari hasil yang berlebih-lebih, santai bekerja asal ada kemasukan ke dalam kocek sekadarnya.


Mobile Photography Di Melaka Bersama Huawei P20 Pro
Mobile Photography Di Melaka Bersama Huawei P20 Pro
Mobile Photography Di Melaka Bersama Huawei P20 Pro
Mobile Photography Di Melaka Bersama Huawei P20 Pro
Mobile Photography Di Melaka Bersama Huawei P20 Pro
Mobile Photography Di Melaka Bersama Huawei P20 Pro



Sungai Melaka

Waktu kami ke sana, negara dilanda serangan jerebu yang menyakitkan mata dan menyesakkan dada. Mujur Melaka mempunyai IPU yang baik, jadi taklah "rugi" sangat mahu mengambil gambar outdoor. Sebenarnya peluang begini (street photography) terbentang luas setiap kali saya berjalan-jalan di sekitar negara. 

Malangnya, saya tak menggunakan peluang itu sebaiknya. Walhal, boleh sangat.

Mungkin, kerana saya seorang diri. Itu yang malas dan tak semangat.

Mujur ada aktiviti sebegini, dapat jugalah saya melepaskan geram.


Mobile Photography Di Melaka Bersama Huawei P20 Pro
Mobile Photography Di Melaka Bersama Huawei P20 Pro
Mobile Photography Di Melaka Bersama Huawei P20 Pro
Mobile Photography Di Melaka Bersama Huawei P20 Pro
Mobile Photography Di Melaka Bersama Huawei P20 Pro


Stadhuys

Ini antara ikon terkenal di Melaka. Oleh kerana warna merahnya yang menyala-nyala, tentulah menarik untuk difotokan.

Mobile Photography Di Melaka Bersama Huawei P20 Pro
Mobile Photography Di Melaka Bersama Huawei P20 Pro
Mobile Photography Di Melaka Bersama Huawei P20 Pro


Street Photography

Kalau ikutkan saya lebih gemar nature photography, sebab saya lebih tenang dan khayal bila dikelilingi alam. Tapi Street Photography memberi keseronokan yang berbeza. Kita melihat ragam manusia. Ada yang boleh kita pelajari, dan kaji. Melaka memang kaya dengan cerita-cerita untuk digali dan percayalah, akan ada cerita baru walaupun kita mengulang bertandang ke sana beribu kali.

Dan pencapaian Huawei P20 Pro saya?

Terbaik!

Saya perlu asah lagi bakat dalam art of seeing, angle, perspektif dan pencahayaan. Kerana faktor-faktor ini jika digabung, akan menerbitkan sebuah cerita terbaik pada setiap keping gambar.

Saya mahu street photography lagi.

Jom?








Reactions

Post a Comment

1 Comments

  1. saya betul2 amazed dengan hasil photography tuan. terbaikkk

    ReplyDelete