Percutian Keluarga 2H1M Di Felda Residence Tekam, Jerantut, Pahang

Rancangan minit akhir kami untuk bercuti di negeri Pahang, akhirnya membawa kami ke daerah yang tak pernah saya jejak (rasanya); Jerantut. Asalnya selepas makan ikan patin tempoyak di Temerloh, kami mahu lajak ke Kuantan untuk bermalam. Cari punya cari, harga hotel semuanya cekik darah. Maklumlah, minit akhir.

Entah macam mana, saya teringat perkongsian netizen di Facebook tentang satu tempat di Jerantut yang menjadi tempat percutian. Melalui aplikasi Booking.com, saya terjumpa Felda Residence Tekam, Jerantut. Sekali pandang, macam menarik. Harga yang ditawarkan pun, agak berpatutan. Saya pun buat carian di internet, dan terjumpa beberapa review daripada pengunjung yang pernah ke sana.

Baik. Hampir semuanya ulasan baik.

Maka saya menempah satu bilik keluarga (Familiy Suite - 3 orang) dan Standard Room (2 orang). Harga masing-masing untuk satu malam ialah RM150 dan RM120. Tapi akhirnya kami tukar kepada dua buah bilik Family Suite memandangkan kedudukan kedua-dua jenis bilik ini terpisah agak jauh (dua bangunan berbeza), tak sesuai untuk kami 6 beranak. 

Ada juga pilihan chalet (dua katil single dan satu katil double), tapi sudah penuh ditempah pada hari tersebut. Chalet ini lebih sesuai kalau datang dalam kumpulan yang besar. Kedudukan chalet ini agak jauh dari bangunan utama (dan kolam renang).

Percutian Keluarga 2H1M Di Felda Residence Tekam, Jerantut, Pahang
Percutian Keluarga 2H1M Di Felda Residence Tekam, Jerantut, Pahang


Lewat

Kami sampai sedikit lewat, namun bilik juga masih siap sewaktu kami tiba. Hampir jam 4.30 petang barulah bilik kami siap. Agak terkilan juga, tapi malas mahu memanjangkan cerita kami terus saja masuk ke bilik untuk berehat. Dalam ruangan komen di booking.com, ada saya maklumkan hal kelewatan ini.


Family Suite

Ini bilik kami. Agak selesa. Hanya ada pendingin hawa, tak ada kipas. Untuk menyangkut baju dalam bilik air pun, tidak ada. Yang lain-lain sama seperti kebanyakan hotel di Malaysia, bilik kami ada peti sejuk mini, televisyen, cerek elektrik dan almari baju. 

Oh ya! Saya tak pasti dengan internet. Kami hanya menggunakan data talian telefon masing-masing sepanjang berada di sana.

Percutian Keluarga 2H1M Di Felda Residence Tekam, Jerantut, Pahang


Kawasan Sekitar Felda Residence Tekam

Saya mesti katakan, menginap di Felda Residence Tekam ini sangat berbaloi untuk ringgit yang dibelanja. Bagi mereka yang lebih mahukan ketenangan, ini tempatnya. Hotel ini terletak dalam kawasan Felda yang sudah tentu dipenuhi warna hijau alam yang menyegarkan. Kawasan penginapan kami tidak lah terlalu tersorok, tapi tetap saja nyaman dengan pokok-pokok.

Residence ini terbahagi kepada beberapa buah bangunan. Bangunan utama terletaknya lobi dan kaunter urusan. Bilik Standard Room terletak di bangunan ini juga, manakala bilik Family Suite terletak di bangunan bersebelahan. Untuk ke chalet, perlu memandu ke bawah bukit.

Oleh kerana kafe tutup (mematuhi perintah SOP menghindari Covid-19), kami perlu berjalan untuk ke kafe yang lain untuk sarapan pagi (termasuk dalam pakej harga bilik) di bawah bukit. Kafe ini bertentangan dengan kawasan chalet.

Bagus juga.

Dapat kami berjalan-jalan sekejap di kawasan sekitar. 

Segar betul!

Seronok kalau dapat tinggal di kawasan begini.

Percutian Keluarga 2H1M Di Felda Residence Tekam, Jerantut, Pahang
Percutian Keluarga 2H1M Di Felda Residence Tekam, Jerantut, Pahang
Percutian Keluarga 2H1M Di Felda Residence Tekam, Jerantut, Pahang
Percutian Keluarga 2H1M Di Felda Residence Tekam, Jerantut, Pahang
Percutian Keluarga 2H1M Di Felda Residence Tekam, Jerantut, Pahang


Kolam Renang

Biasalah, kalau bercuti dengan kanak-kanak riang yang dicari mestilah kolam renang. Felda Residence Tekam mempunyai kolam renang yang sederhana besar. Ada bahagian kanak-kanak, ada bahagian dewasa. Puas hati Hafiz dapat mandi kolam dua hari berturut-turut lepas terkurung PKP dekat 4 bulan.

Ada waktu-waktu tertentu saja kolam renang ini dibuka.

Dan kolam renang ini dibuka kepada orang awam dengan bayaran sebanyak RM7 (dewasa) dan RM3 (kanak-kanak). Untuk penginap Felda Residence Tekam, tidak ada bayaran yang dikenakan. Hanya perlu catatkan nombor bilik dalam buku catatan di kaunter.
 
Percutian Keluarga 2H1M Di Felda Residence Tekam, Jerantut, Pahang
Percutian Keluarga 2H1M Di Felda Residence Tekam, Jerantut, Pahang
Percutian Keluarga 2H1M Di Felda Residence Tekam, Jerantut, Pahang
Percutian Keluarga 2H1M Di Felda Residence Tekam, Jerantut, Pahang
Percutian Keluarga 2H1M Di Felda Residence Tekam, Jerantut, Pahang


Aktiviti Outdoor

Oleh kerana percutian ini adalah percutia redah, saya tak sempat membuat persediaan rancangan. Jadinya kami memang semata-mata bercuti rehat sahaja. Di dalam lobi, ada dipamerkan maklumat berkaitan Gua Kota Gelanggi yang turut menjadi tarikan pengunjung di Jerantut. Begitu juga Gunung Senyum yang berhampiran. Ada aktiviti caving sepertimana di Gua Gelanggi. 

Yang ini, saya tak ada pengalaman sendiri. Maka, saya ada alasan untuk datang lagi ke Jerantut. Pihak Felda Residence Tekam juga katanya ada menawarkan perkhidmatan guide untuk ke gua ini. Mudah kalau begitu.


Video

Ini video pendek sekitar Felda Residence Tekam yang sempat saya rakamkan.



Berbaloi?

Saya rasa begitulah. Jaraknya dengan Gombak pun, tak begitu jauh. Tarikan pelancongan yang ada di sekeliling pun, menarik juga. Tak semestinya di Temerloh atau Jerantut saja, di antara Gombak dan Jerantut sendiri pun banyak kawasan persinggahan. Genting Highlands, Bukit Tinggi, Janda Baik, Hutan Lipur Lentang, Kuala Gandah dan banyak lagi.

Jom.

Kita ke Jerantut.






Reactions

Post a Comment

0 Comments