7 Perkara Tentang Taman Tugu Forest Trails, Kuala Lumpur

"Hang ada di mana?"

"Sampai dah, baru parking. Tunggu di pintu masuk."

Secara spontan, saya dan rakan kembara HART, Amoy dan isteri berpakat untuk merentas hutan yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur; Taman Tugu Forest Trail. Saya yang memang sudah sekian lama "gian" mahu menghirup udara segar di dalam hutan ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Tentulah saya mahu pergi!

Sabtu, 25 Julai 2020 kami berjumpa di depan pintu masuk utama taman ini. Jam baru menunjukkan 7.30 pagi tapi kawasan ini sudah meriah dengan orang ramai. Maklumlah, laluan ini juga digunakan orang awam untuk berjogging. 

Kuala Lumpur ni, lebih banyak bangunan membeli-belah berbanding taman awam. Jadi tak hairanlan taman-taman ni sentiasa penuh dengan manusia yang mendambakan kebebasan. Gitu.

7 Perkara Tentang Taman Tugu Forest Trails, Kuala Lumpur
Di hadapan pintu masuk


Taman Tugu Forest Trails

Oleh kerana PKP masih berkuatkuasa, kami mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan. Suhu diambil dan maklumat peribadi turut direkodkan melalui aplikasi MySejahtera. Tak perlulah pakai topeng muka, kerna kau sendiri sememangnya syaitan bertopengkan manusia.

Tiber.

Kah kah kah!

Jadi apa yang perlu kau tahu tentang Taman Tugu Forest Trail ini?


1/
Dibuka kepada orang awam setiap hari bermula jam 7 pagi sehingga 6.30 petang. Waktu akhir masuk ialah jam 5.45 petang. Denda sebanyak RM50 dikenakan jika keluar lewat dari masa yang ditetapkan.

2/
Ruangan parkir adalah terhad tapi percuma. Saya tiba jam 7.30 pagi hari Sabtu, parkir sudah penuh. Boleh parkir di Tugu View Cafe yang berhampiran. Elakkan meletakkan kenderaan di bahu jalan kerana menyukarkan lalu lintas.

3/
Jarak trek utama sekitar 3 km dan ada trek kecil  (terpisah) sekitar 1 km. Trek mudah dan laluan agak terang dan bersih. Jadi memang sesuai untuk aktiviti keluarga. Dijangkakan laluan baru akan dibuka menjadikan keseluruhan jarak ialah 7 km. Lumayan!

4/
Ada 24 check point. Bunyi seperti banyak, tapi jarak antara check point sangat dekat. Kadang-kadang tu belum sampai 10 minit, sudah 6 check point dilepasi. Tanda arah banyak diletak memudahkan perjalanan sesiapa pun.

5/
Laluan adalah sehala. Tak pasti sama ada ini hanya digunapakai semasa PKP atau memang diwartakan semenjak awal pembukaan.

6/
Seperti yang saya maklumkan awal tadi, laluan di sini bersih dan terang. Jadi boleh saja bergambar dengan penuh narsis. Eheh! Bagi pencinta alam semula jadi, memang tak terasa berada di dalam hutan di tengah-tengah Kuala Lumpur. Ada tanda nama pada pokok-pokok untuk dijadikan panduan kepada orang ramai. Kalau datang awal pagi sewaktu matahari baru naik, pemandangan menjadi sangat menakjubkan. Cahaya matahari yang menerobos antara daun-daun pokok menerangkan lantai, memang memukau mata.

7/
Bawa bekalan air dan makanan secukupnya. Tidak ada kedai jualan, melainkan Tugu View Cafe yang berhampiran. Itupun kafe ini hanya dibuka pada hari biasa dan Sabtu. Ahad, tutup!

7 Perkara Tentang Taman Tugu Forest Trails, Kuala Lumpur
7 Perkara Tentang Taman Tugu Forest Trails, Kuala Lumpur
7 Perkara Tentang Taman Tugu Forest Trails, Kuala Lumpur
Alam semulajadi yang menenangkan


Hutan Dalam Bandar

Bagi saya, Taman Tugu Forest Trails ini berbaloi untuk penduduk sekitar Lembah Kelang dan menjadi tarikan kepada pelancong luar. Tak keterlaluan kalau saya katakan Taman Tugu ini ibarat  hutan "mini" yang ada di tanah air kita.

Untuk kanak-kanak? Tak ada masalah. Elok sangat jika anak tak kenal hutan dan tak pernah bermandi peluh. Puas hati.

Insya-allah.

Saya akan datang lagi, dengan keluarga pula lain hari.


Gambar & Video Sekitar Taman Tugu Forest Trails, Kuala Lumpur

7 Perkara Tentang Taman Tugu Forest Trails, Kuala Lumpur
7 Perkara Tentang Taman Tugu Forest Trails, Kuala Lumpur
7 Perkara Tentang Taman Tugu Forest Trails, Kuala Lumpur
7 Perkara Tentang Taman Tugu Forest Trails, Kuala Lumpur
7 Perkara Tentang Taman Tugu Forest Trails, Kuala Lumpur
7 Perkara Tentang Taman Tugu Forest Trails, Kuala Lumpur
7 Perkara Tentang Taman Tugu Forest Trails, Kuala Lumpur
7 Perkara Tentang Taman Tugu Forest Trails, Kuala Lumpur



Rujukan;
Laman web http://tamantuguproject.com.my/







Reactions

Post a comment

0 Comments