Berdiri Di Hujung Tanah Asia Di Tanjung Piai, Johor

Selepas selesai urusan menghantar anak balik ke asrama di Larkin, kami membuat rancangan minit akhir untuk menunggu masa sebelum check in ke hotel. Ada dua pilihan; Muzium Koto Johor Lama, Kota Tinggi atau Taman Negara Johor, Tanjung Piai. Kedua-duanya terletak bertentangan arah dari Johor Bharu dan jarak perjalanan sama iaitu satu jam sehala.

Kami akhirnya ke Tanjung Piai.

Waktu tengah hari itu memang panas terik. Radio pula hanya ada siaran Singapura. Jenuh saya mencari siaran tempatan, susah betul mahu jumpa. 

Tersisihkah bangsa Johor? 

Ahahah! Berspekulasi gitu.

Sewaktu tiba di sana, kawasan parkir penuh dengan kereta pengunjung. Pendekar kecil kami pula baru melelapkan mata, jadi kesudahnnya saya masuk seorang diri.

Berdiri Di Hujung Tanah Asia Di Tanjung Piai, Johor

Berdiri Di Hujung Tanah Asia Di Tanjung Piai, Johor


Kawasan Paya Yang Bermonyet

Oleh kerana berseorangan, saya terus saja ke pintu utama tanpa singgah melihat-lihat tempat lain. Beberapa meter yang pertama, keadaan masih redup dengan pokok-pokok paya yang mengepung kawasan pintu utama, sebelum sampai ke laluan tepi pantai yang panas. Juga ada beberapa simpang yang menuju tempat-tempat yang berbeza. Sasaran saya hanya satu; hujung benua Asia.

Saya kira laluan ini agak santai, memandangkan orang yang datang ada yang siap berbaju kurung dan kemeja. Binaan jambatan sepanjang 800 meter (saya lupa jarak sebenar) menuju ke "globe" penghujung benua Asia agak bersih dan terjaga. Tidak ada bahagian yang reput yang boleh membahayakan.

Namun monyet agak banyak. Saya berjalan seorang diri, rasa agak seram-seram sejuk melintasi kawasan yang banyak makhluk berbulu satu badan ini. Kalau dari jauh, tak mengapa lagi. Tapi ada juga yang bertenggek beramai-ramai di penghadang laluan. Seram sejuk melihat taring mereka yang tajam.

Saranan saya;

  1. Jangan bawa makanan untuk mengelakkan daripada serangan rampasan beruk.
  2. Jangan berjalan seorang diri. Saya hari tu memang tak ada kumpulan lain untuk saya tumpang menyelit. Mahu tak mahu terpaksa jalan seorang diri.
  3. Bawa "senjata" sebagai langkah berjaga-jaga. Saya bawa payung sebab kebetulan cuaca agak panas terik di tepi pantai.
  4. Pakailah pakaian yang sesuai, terutamanya kasut.
  5. Jalan terus!

Berdiri Di Hujung Tanah Asia Di Tanjung Piai, Johor

Berdiri Di Hujung Tanah Asia Di Tanjung Piai, Johor

Berdiri Di Hujung Tanah Asia Di Tanjung Piai, Johor


Laluan Terik & Berbahang

Lencun! Memang "silap" datang waktu tengah hari. Walaupun kawasan ini berpokok, cuaca yang panas membuatkan udara berkuap membahang. Apatah lagi sewaktu melalui kawasan di luar kawasan paya, panasnya tak boleh dibawa bincang. 

Saya terus saja menuju ke kereta selepas selesai melaksanakan misi menjejak kaki ke tanah penghujung benua Asia. Satu badan sudah basah dek peluh, memang tak sabar mahu duduk di dalam kereta yang berhawa dingin.

Untuk datang sekali lagi, mungkin lama lagi. Saya perlu dapatkan maklumat lain tarikan apa yang ada di sini selain Taman Negara Johor. Agak jauh juga mahu ke sini dari Johor Bharu, sekitar satu jam memandu.

Aktiviti bersama keluarga, boleh saja. Tapi kalau ada anak kecil, bersedialah kalau ada yang meragam nanti.

Berdiri Di Hujung Tanah Asia Di Tanjung Piai, Johor

Berdiri Di Hujung Tanah Asia Di Tanjung Piai, Johor

Berdiri Di Hujung Tanah Asia Di Tanjung Piai, Johor


Harga Tiket & Waktu Operasi Taman Negara Johor, Tanjung Piai

Tiket;
Untuk dewasa, bayaran yang dikenakan ialah RM5 manakala kanak-kanak sebanyak RM3.

Waktu Operasi;
Taman Negara Johor Tanjung Piai dibuka setiap hari bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Alamat; 
Taman Negara Johor Tanjung Piai Mukim, 82030 Kukup, Johor

Laman Web;
www.johorparks.com.my

Google Map;
Taman Negara Johor Tanjung Piai


Berdiri Di Hujung Tanah Asia Di Tanjung Piai, Johor
Berdiri Di Hujung Tanah Asia Di Tanjung Piai, Johor
Berdiri Di Hujung Tanah Asia Di Tanjung Piai, Johor
Berdiri Di Hujung Tanah Asia Di Tanjung Piai, Johor








Reactions

Post a comment

0 Comments