Jerami Padi Kampung Kuala Dulang Kechil Di Yan, Kedah

Sebelum PKP bermula Mac lalu, saya dan keluarga sempat ke Kedah untuk bercuti bersama keluarga. Namun waktu itu kes jangkitan Covid-19 sudah semakin meningkat, maka segala perancangan kami untuk berjalan-jalan habis terbatal. Cuma beberapa tempat saja yang sempat kami singgah, atas dasar rasa yakin tidak akan ada masalah.

Kami memilih untuk ke kawasan jerami padi Kampung Kuala Dulang Kechil yang terletak di Yan, Kedah.

Saya sudah lupa dari mana saya mendapat maklumat tentang lokasi ini, mungkin dari salah satu group travel yang saya sertai di Facebook.

Pagi itu, dalam perjalanan balik ke Gombak dari Mergong, Alor Setar kami menyelusuri jalan kampung yang diapit sawah padi. Kontang, padi sudah dituai lama dan musim menanam belum tiba. Namun saya sudah sematkan azam, satu hari saya mahu datang lagi ke sini sebab pemandangannya sangat superb!

Awan biru, sawah yang luas, suasana kampung yang damai kemudian ada pula Gunung Jerai yang melatari pemandangan. 

Aduhai!

Inilah "crypton" bagi seorang manusia yang berjiwa sentimental, barangkali.


Jerami Padi Kampung Kuala Dulang Kechil Di Yan, Kedah
Jerami Padi Kampung Kuala Dulang Kechil Di Yan, Kedah
Jerami Padi Kampung Kuala Dulang Kechil Di Yan, Kedah


Kampung Kuala Dulang Kechil

Semuanya mudah dengan Google Map. Cari saja kata kunci "jerami padi kuala dulang kechil", Insya-Allah pandu saja tanpa ragu. Namun perlu berhati-hati, maklumlah jalan kampung. Silap-silap, terjerumus ke dalam lubang yang dalam.

Kami tiba waktu matahari semakin meninggi. Dari jauh sudah nampak gulungan-gulungan jerami padi yang disusun berbongkah-bongkah. Tidak ada orang lain melainkan kami anak-beranak.

Cantik juga.

Sakanlah kami bergambar.

Sayang matahari semakin terik dan sejajar dengan Gunung Jerai. Tak dapatlah kami bergambar mengadap matahari yang garang.

Hafiz dan Haris sudah memanjat tinggi. Ada bendera Kedah dan Malaysia berkibar megah di puncak. Bukan main lagi bergaya untuk gambar. Saya dan Cik Milah pun sempatlah berposing satu dua.

Cuma sayang.

Sekitarnya kotor dengan sampah sarap. Saya rasa, ada keramaian pada hari sebelum berdasarkan longgokan sampah yang banyak. Di celah-celah jerami pun ada. Aduh! Kenapalah miskin benar kesedaran tentang kebersihan? Tidak ada tong sampah bukan alasan, menjaga kebersihan adalah tuntutan.

Sedih.

Sudah ada tarikan yang bagus, tetapi yang berkunjung pula seperti beruk mendapat bunga.


Jerami Padi Kampung Kuala Dulang Kechil Di Yan, Kedah
Jerami Padi Kampung Kuala Dulang Kechil Di Yan, Kedah
Jerami Padi Kampung Kuala Dulang Kechil Di Yan, Kedah
Jerami Padi Kampung Kuala Dulang Kechil Di Yan, Kedah
Jerami Padi Kampung Kuala Dulang Kechil Di Yan, Kedah
Jerami Padi Kampung Kuala Dulang Kechil Di Yan, Kedah
Jerami Padi Kampung Kuala Dulang Kechil Di Yan, Kedah

Musim Jerami Padi

Kalau ikut carian di Google Map, ada beberapa tempat lagi yang menawarkan pemandangan jerami padi ini di kawasan berhampiran. Saya kurang pasti, tapi kalau ada kesempatan boleh lah cuba.

Dan saya rasa, kena tahu juga musim yang sesuai.

Musim menanam, celah mana nak letak jerami?

Heh!








Reactions

Post a comment

0 Comments