Memburu Matahari Di Kuala Kedah

Semenjak menjejak kaki di Kuala Nerang pada tahun 1995, negeri Kedah sudah menjadi rumah kedua saya. Dari Alor Setar ke Changloon, itu sudah menjadi kawasan "permainan" saya hampir enam tahun.

Lagi-lagi, beristerikan pula orang Langkawi.

Saya sudah tidak boleh "lari" dari Kedah. Sudah sebati.

Sebenarnya saya masih belum puas meneroka setiap ceruk negeri jelapang padi ini. Setiap kali memandu ke daerah-daerah yang belum pernah saya kunjungi, ada saja surprise yang diberi.

Memburu Matahari Di Kuala Kedah
Memburu Matahari Di Kuala Kedah


Kota Kuala Kedah

Sewaktu bercuti di Alor Setar sebelum musim PKP, buat pertama kalinya saya mengelilingi Kuala Kedah sehinggalah ke Yan melihat jerami padi. Waktu itu, kecoh di utara ikan kembung (atau ikan termenung) mencecah harga RM2 sekilo. Ada juga katanya serendah 50 sen sekilo.

Tak pasal-pasal, kami beli juga untuk melepaskan "geram".

Ikan cantik-cantik, berkilat dan matanya cerah. Bukan selalu boleh dapat begitu.

Sempat juga kami menikmati juadah seafood di tepi pantai. Sebelum menjamah hidangan, sempat pula melihat tayangan alam matahari terbenam.

Asyik!

Memburu Matahari Di Kuala Kedah
Memburu Matahari Di Kuala Kedah
Memburu Matahari Di Kuala Kedah
Memburu Matahari Di Kuala Kedah
Memburu Matahari Di Kuala Kedah
Memburu Matahari Di Kuala Kedah
Memburu Matahari Di Kuala Kedah


Rumah Tepi Sawah

Hari kedua di homestay, saya merayau pula ke tepian sawah sekali lagi melihat matahari menyebar cahaya senja.

Cantik amat!

Saya belum puas mengembara ke Kedah.

Mahu temankan saya?

Memburu Matahari Di Kuala Kedah
Memburu Matahari Di Kuala Kedah
Memburu Matahari Di Kuala Kedah
Memburu Matahari Di Kuala Kedah
Memburu Matahari Di Kuala Kedah






Reactions

Post a Comment

0 Comments