Solat Jumaat Di Masjid Tengkera, Melaka

Sewaktu bercuti ke Melaka (tahun 2018), kami singgah terlebih dahulu ke rumah sepupu di Tengkera. Kebetulan, sudah masuk waktu solat Jumaat dan kami pun beramai-ramai menuju ke Masjid Tengkera yang berhampiran.

Saya hanya tahu tentang masjid kedua tertua di Malaysia ini daripada siaran TV atau perkongsian di internet, tak sangka pula berjaya menjejakkan kaki di sini akhirnya.

Masjid Tengkera, Melaka Masjid Tengkera, Melaka - luar

Oleh kerana masjid ini terletak di jalan utama, dan hampir tidak ada laman kosong di persekitaran, agak sukar mahu melihat gambaran masjid secara keseluruhannya. Tambahan lagi hari Jumaat, penuj sesak dengan jemaah dan kenderaan sepanjang jalan.

Saya melangkah masuk ke ruang solat utama, lalu mendirikan solat sunat dua rakaat. Selesai, saya mula leka meneroka ruang dalam masjid.

Saya ini, orangnya bernuansa klasik.

Jadi bila berada dalam suasana binaan zaman lampau, mudah benar saya menjadi khayal. Walaupun sudah bercampur aduk dengan binaan moden, ciri asalnya masih ada.

Masjid Tengkera, Melaka - dalam Masjid Tengkera, Melaka - jemaah


Sedikit maklumat berkaitan Masjid Tengkera;
  1. Dibina pada tahun 1728, oleh seorang pedagang dan ulama dari India yang bernama Muhammad Salleh. 
  2. Terletak di Tengkera dalam dearah Melaka Tengah, Melaka. 
  3. Nama Tengkera berasal daripada perkataan Portugis iaitu Tranquerah yang bermaksud benteng pertahanan.
Kalau berpeluang, singgahlah. 

Sambil-sambil menunaikan solat, dapat juga mengenang sejarah lama. 


Masjid Tengkera, Melaka - solat Masjid Tengkera, Melaka - bumbung Masjid Tengkera, Melaka - signboard





Reactions

Post a Comment

0 Comments