Menyeberang Sungai Mencari Kek Lapis Sarawak

Apalah maknanya ke Sarawak kalau tak membeli Kek Lapisnya yang terkenal. Kek Lapis Sarawak memang unik dari segi warna dan pembuatannya. Apa lagi dengan daya ekplorasi  terkinipembuat kek ini, pelbagai perasa sudah terhasil.

Dua kali kami ke Kuching, dua kali juga kami ke Kampung Boyan di seberang Kuching Waterfront untuk memilih sendiri kek yang menepati selera. Untuk ke sana, boleh saja memandu tetapi akan mengambil masa agak lama kerana perlu membuat satu pusingan besar.

Jika mahu cepat, boleh saja menaiki bot penambang dengan harga RM1 satu hala. Kami tak berani. Ehehehe! Gayat.

Kampung Boyan Bot Penambang
Sungai Sarawak



Mira Cake House Dan Kek Lapis Dayang Salhah

Dua kedai kek ini terletak berhampiran satu sama lain, dan memang kedai ini yang dicadangkan kawan-kawan kalau mahu membeli Kek Lapis. Memang rambang mata melihat pilihan yang ada, ditambah dengan warna-warna yang memikat hati.

Lokasinya boleh dirujuk di Google Map di sini.

Mira Cake House Kek Lapis Dayang Salhah


Harga Kek Lapis Sarawak

Untuk sebuku Kek Lapis, harganya RM10. Saiznya lebih kurang botol air mineral saiz sederhana. Pilihan rasa memang pelbagai, sama ada tradisional mahu pun yang moden. Untuk pembelian 10 buku, akan diberi satu lagi percuma (ketika kunjungan bulan Disember 2019).

Jangan risau memikirkan cara untuk membawa balik. Pihak kedai menyediakan kotak khas dan kek akan disusun baik mengelakkan daripada rosak jka dibawa menaiki kapal terbang.

Ada juga jualan produk makanan yang lain seperti jajan tempatan.

Sebenarnya, banyak saja tempat yang menjual kek lapis ini. Di kedai-kedai biasa pun ada, cuma suasananya berbeza kalau pergi ke kilangnya terus. Di Kuching Waterfront sendiri, betul-betul di jeti penambang bertentangan Kampung Boyan, ada kedai kecil yang menjual kek lapis dari Mira Cake House.

Alang-alang dah sampai ke Kuching, pergi sajalah berjalan-jalan ye tak?

Beraneka jenis kek lapis Kek Lapis
Pelbagai jenis Kek Lapis








Reactions

Post a Comment

0 Comments