Tahun 2018 saja, tiga kali kami ke Melaka untuk percutian pendek. Ini semua gara-gara lambat buat tempahan hotel di utara tanah air, sudahnya ke Melaka saja. Jadilah. Anak-anak pun bila ditanya masing-masing memilih Melaka untuk destinasi percutian. Cuma kali ini kami ambil masa tiga hari dan mahu fokus pada kawasan tumpuan utama di sekitar Bandar Hilir.
Ini itinerarinya.
Hari 1 (Sabtu, 22/12/18)
07.30 am | Bertolak dari Gombak dan singgah sarapan di dahulu. |
10.00 am | Tiba di Zoo Melaka. Luangkan masa selama dua setengah jam. Berpeluang saksikan sesi memberi makanan pada harimau. |
01.30 pm | Makan tengah hari di Restoran Zahrin (berhampiran MITC) |
03.00 pm | Check-in di Muk Hotel dan berehat. |
05.00 pm | Bertolak ke Umbai untuk makan malam. |
08.00 pm | Tiba di hotel dan berehat |
Hari 2 (Ahad, 23/12/18)
07.30 am | Tiba di A-Famosa. Parkir masih banyak dan dapat bergambar di kawasan A-Famosa dengan tenang. |
08.30 am | Berjalan kaki ke Stadthuys. Muzium masih tutup dan perkarangan Stadthuys penuh dengan pelancong. |
09.30 am | Singgah sarapan pagi di Medan Samudera. |
10.00 am | Muzium Samudera. |
11.45 am | Menara Taming Sari |
12.45 pm | Berehat di Taman Merdeka, Bandar Hilir dan makan tengah hari di Dataran Pahlawan. |
02.00 pm | Pulang ke hotel dan berehat. |
07.30 pm | Makan malam di Laksamana Asam Pedas Claypot. |
Hari 3 (Isnin, 24/12/18)
07.30 am | Sarapan di Mi Bodoh Hassan. Berjalan kaki dari hotel. |
09.30 am | River Cruise di Sungai Melaka. |
11.00 am | Muzium TLDM |
11.30 am | Bertolak pulang. |
Kos
Ini hanya anggaran sahaja, berdasarkan jumlah berbaki di akaun dan dompet selepas selamat sampai ke rumah;Hotel | RM 500.00 |
Makan & Tiket | RM 1,200.00 |
TOTAL | RM 1,700.00 |
Kami memandu sendiri (dari Gombak) dan jumlah ahli rombongan ialah enam orang.
Semoga bermanfaat.
0 Comments