Makan Tengah Hari Di Teratak Patin Bangau, Temerloh

"Jam, ada pergi mana-mana tak Sabtu ni?"

"Kenapa? Mungkin nak pergi hiking."

"Tak ada lah. Ingat nak pergi Temerloh makan ikan patin. Bawak mak ngan abah."

Kakak saya menghantar mesej melalui aplikasi Whatsapp. Saya kemudiannya berbelah bagi antara mahu memanjat bukit, atau memandu ke Temerloh bersama keluarga.

Akhirnya saya putuskan untuk ke Pahang memandangkan anak-anak pun bakal mula bersekolah tak berapa hari lagi. Eloklah bawa bercuti selepas terperap sekian lama.

Lagipun, saya baru menjalani pemeriksaan kesihatan dan keputusannya tak begitu bagus untuk melakukan aktiviti hiking. Tak mengapalah. Itu kita cerita lain.

Makan Tengah Hari Di Teratak Patin Bangau, Temerloh
Makan Tengah Hari Di Teratak Patin Bangau, Temerloh


Teratak Patin Bangau, Temerloh

Saya sempat bertanyakan kepada beberapa orang sahabat, apa yang menarik di Temerloh? Antara yang paling banyak dicadangkan, Patin Bangau. Mulanya saya tak tahu Bangau itu nama tempat, sehinggalah saya sampai ke sana.

Sana sini ada "Bangau" pada papan tanda kedai.

Heh!

Asalnya kami menuju ke "Selera Patin Bangau", jam 11.30 pagi kami sudah sampai dan orang ramai sudah beratur panjang menunggu giliran. Memandangkan SOP PKP perlu dipatuhi, hanya 60 orang dibenarkan berada dalam restoran pada satu-satu masa. Aduh! Entah berapa lama nak beratur kalau macam tu? Hal makan mana boleh dibuat dalam tempoh 10-20 minit. Nak ambil pesanan, nak tunggu pesanan, nak makan, nak menyembang.

Makan Tengah Hari Di Teratak Patin Bangau, Temerloh
Beratur panjang di Selera Patin Bangau


Sudahnya kami lari ke jalan utama dan terus saja ke warung yang kami nampak terlebih dahulu. Di sepanjang jalan di tepi Sungai Pahang ini, memang banyak kedai makan patin. Pilih saja mana yang berkenan.

Teratak Patin Bangau. Ini lokasinya.

Alhamdulillah. Dapat juga menyelit. Tak lama lepas kami sampai, berpusu-pusu orang lain datang.


Makan Tengah Hari Di Teratak Patin Bangau, Temerloh
Makan Tengah Hari Di Teratak Patin Bangau, Temerloh



RM214

Itu harga yang kami bayar untuk 14 orang (hanya seorang saja kanak-kanak), dan kami membuat pesanan berikut;

1/ Air sirap 2 jag, air sejuk 1 jag
2/ Ikan Patin Tempoyak 10 potong
3/ Ayam Goreng
4/ Terung Sambal Lada
5/ Gulai Daging Salai semangkuk
6/ Ulam
7/ Nasi putih

Rasa?

Ini kali kedua saya makan ikan patin. Kali pertama dulu, mungkin sekitar 3 tahun yang lepas. Jadi, saya tak tahu bagaimana mahu mengulas tentang rasa. Begitu juga dengan tempoyak. Saya tak reti makan!

Begini saja.

Saya bukan orang yang "pandai" makan ikan darat. Ikan talapia yang paling selalu. Kalau ada di depan mata pun, saya akan cari ikan laut dahulu sebelum membuat pilihan ikan darat.

Jadi?

Jadi kalau saya orang yang tak reti makan ikan sungai, tempoyak kemudian mampu menghabiskan lauk ikan patin tempoyak ini dan meratah pula sehingga 3 mangkuk semuanya (kongsi dengan Cik Milah), maknanya sedaplah tu.

Kan?

Makan Tengah Hari Di Teratak Patin Bangau, Temerloh
Makan Tengah Hari Di Teratak Patin Bangau, Temerloh
Makan Tengah Hari Di Teratak Patin Bangau, Temerloh


Untuk ulang makan lagi, Insya-allah. Gombak-Temerloh bukan jauh sangat. Dalam masa kurang dua jam, dah boleh bersila menceduk ikan patin tempoyak yang masih berasap masuk ke dalam perut!

Omnomnomnom!






Reactions

Post a Comment

0 Comments