Restoran Zahrin Asam Pedas Di MITC, Melaka

Balik dari menghantar adik di Johor, kami merancang mahu keluar sekejap di Ayer Keroh untuk makan tengah hari di Restoran Zahrin Asam Pedas berhampiran MITC, Melaka. Tak jauh pun dari tol Ayer Keroh, dalam 10 minit (atau kurang) memandu dah sampai pun di depan restoran.

Macam mana saya tahu restoran ini?

Saya tak ingat tahun bila, kami baru saja selesai melawat Zoo Melaka. Di deretan kedai di luar zoo, saya tanyakan pada salah seorang pekedai di mana boleh kami makan Asam Pedas yang sedap. Ada dua cadangan diberi; Restoran Zahrin Asam Pedas dan satu lagi saya lupa. Oleh kerana restoran itu yang paling dekat dengan zoo, jadi kami terus ke sana.

Kedainya memang boleh nampak dari jauh. Papan tanda restoran menyerlah warna merah garang. Pertama kali ke sana, kedainya hanya dua lot. Terbaru, sudah menjadi tiga lot. 

Klik di sini untuk peta.

Restoran Zahrin Asam Pedas, No. 20 & 22 Jalan Lingkaran MITC, Melaka


Apa yang ada di sini?

Masakan kampung. Siap dengan ulam-ulaman. Sudah tentulah ada asam pedas. Ikan dan sotong bakar juga ada, tapi kalau sudah ramai orang, letih juga menunggu.

Ruang makan agak selesa, ada pendingin hawa. Tak lah berhimpit sangat. Duduk, ambil makanan kemudian pramusaji akan datang mengambil pesanan air minuman dan mencatat harga. 

Kalau perut masih lapang selepas makan, ada juga kudapan ringan dijual di bahagian sisi restoran. Ada pisang goreng dan sambal kicap, kuih-muih yang bermacam-macam.

Saya rasa, selepas ini akan lebih kerap kami ke sini untuk singgah makan sama ada menghala atau pulang dari Johor. Sudah muak makan di R&R yang tak begitu banyak pilihan.


Restoran Zahrin Asam Pedas Melaka
Restoran Zahrin Asam Pedas Melaka
Restoran Zahrin Asam Pedas Melaka
Restoran Zahrin Asam Pedas Melaka


Harga? Ini menu kami;

2 pinggan nasi putih
2 ketul ikan tenggiri asam pedas
1 ketul ayam blackpepper
1 piring sayur
1 piring ulam dan sambal belacan
1 air sirap, 1 air teh o limau dan 1 air kosong

Total; RM30.10



Mahal ke murah?

Wallahualam







Reactions

Post a Comment

0 Comments