Laksa Pokok Limau, Kuala Kangsar Yang Membikin Angau

Laksa Pokok Limau - Laksa Telur Goreng

Dari tahun lepas lagi saya dan isteri "mengidam" mahu makan laksa Pokok Limau yang banyak diperkatakan orang. Waktu itu kami terlebih dahulu menikmati laksa yang agak terkenal juga, Laksa Pak Ngah. Laksa memang sudah menjadi kegemaran kami sekeluarga. Anak-anak pun cukup gemar, kecuali si bongsu.

Dan genap setahun, hasrat kami tertunai ketika ke Kuala Kangsar untuk acara yang sama, Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah (LHKSNS) 2018 pada hari Sabtu baru-baru ini.

Lokasi & Waktu Operasi

Lokasinya mudah saja. Kalau menggunakan Google Map, cari saja kata kunci "Laksa Pokok Limau". Atau boleh juga rujuk pada peta di bawah.



Kedai ini beroperasi setiap hari kecuali Jumaat. Bermula dari jam 11 pagi sampailah ke jam 6 petang. Tapi laksanya, tak pastilah sampai jam berapa boleh bertahan. Kawan saya ke sana sekitar jam 3 petang, laksanya sudah habis! Mungkin faktor hari Sabtu (cuti hujung minggu) yang menjadikan laksa terkenal ini selesai terjual awal.


Laksa Pokok Limau - Laksa Telur RebusBikin air liur meleleh

Menu

Ini menu yang kami enam beranak ambil pada hari itu.
2 Laksa Telur Goreng (RM4.00 sepinggan)
2 Laksa Telur Rebus (RM3.80)
1 Laksa Biasa (RM3.30)
3 ABC (RM3.00 segelas)
2 Ais Kepal MILO (RM3.00 segelas)
1 Sagu Gula Melaka (RM2.50 secawan)
3 Sagun (RM1 sebungkus)
Ais Kepal Milo & ABCSagu Gula Melaka
Bagaimana dengan rasa?

Ya ampun. Kau lihatlah gambar di bawah. Masing-masing tekun mengadap pinggan laksa yang terhidang panas. Cuaca terik lit-lit di luar dan bahan dalam kedai sudah tak terhiraukan, kerana laksa itu adalah hidangan yang paling agung tak patut dilewatkan lagi saat menikmatinya.

Untuk laksa, kuah adalah penentu sedap atau tidak hidangan tradisi orang utara ini. Kalau kuahnya "ceroi", boleh dikatakan 100% rasanya tidak sedap. Laksa kuah cair ini, standard pasar malam saja.

Laksa Pokok Limau, kuahnya pekat. Dan pedas. Menitis-nitis air peluh menghirup kuah di samping mi laksa yang kenyal dan padat. Oh Tuhan! Mujur ais kosong yang sejuk sudah dipesan awal. Sluurrrp! Tangan kembali beralih dari gelas ke pinggan laksa yang memanggil-manggil mesra.

Ini juga kali pertama saya makan laksa dengan telur goreng. Unik. Telurnya digoreng dadar, tetapi ditata halus seperti sarang burung. Di selang-seli antara mi, kuah dan telur goreng yang panas, mulut terasa berada di syurga dunia.

Sedapnya lah hai!

Mujur perut saya sudah kekenyangan hari itu, kalau tidak mahu juga membuat pesanan pinggan yang kedua.

Menjamu selera

Laksa Pokok Limau akan terus menjadi pilihan saya untuk masa akan datang. Kalau memandu ke utara, tak mustahil saya menyimpang sebentar ke sana. Dari pondok tol Kuala Kangsar ke kedai ini hanya mengambil masa sekitar 15-20 minit memandu. Tak ada hal lah tu!

Adui!

Dah lapar pula jadinya.

Ada "delivery" ke KL tak, akak Laksa Pokok Limau?







Reactions

Post a Comment

1 Comments

  1. Merkur Gold Strike Safety Razor - FEBCASINO
    Merkur's mens titanium wedding bands Gold 출장안마 Strike Safety Razor, Merkur 1xbet app Platinum Edge Plated Finish, German, Gold-Plated, https://septcasino.com/review/merit-casino/ Satin Chrome Finish. Merkur has a more https://febcasino.com/review/merit-casino/ aggressive looking,

    ReplyDelete