Kenapa untung?
Kerana saya sudah lama memendam niat untuk singgah ke masjid ini, walau hanya untuk solat sunat.
Tahukan, Masjid Kampung Hulu ini merupakan masjid yang tertua di Malaysia? Tetapi fakta ini telah disanggah, malahan Masjid Kampung Hulu rupanya masjid ketiga yang tertua[1].
Beberapa fakta menarik tentang Masjid Kampung Hulu, Melaka;
- Dibina pada tahun 1728, ketiga tertua selepas Masjid Kampung Laut (Kelantan) dan Masjid Peringgit (Melaka)[2].
- Pembinaan masjid ini dibiayai oleh Belanda semasa zaman penjajahan mereka, selepas mereka merubah dasar kepelbagaian pegangan agama.
- Ciri-ciri senibina dari tanah Jawa ke dalam seni reka masjid ini.
- Hiasan yang mempunyai pengaruh seni Cina juga turut digunakan seperti jubin seramik dan jubin lantai. Menara batu juga jelas mengikut reka bentuk pagoda orang Cina.
- Air kolah masjid Kampung Hulu masih dipercayai dapat memgubati penyakit sehingga ada orang dari luar negeri sanggup datang mengambil air ini.
- Beduk yang terdapat di atas pintu masuk utama masjid ini sudah berusia 284 tahun dan masih lagi digunakan.
- Arah kiblat masjid ini juga sudah diperbetulkan dan memgiring ke kanan dari arah asal.
Alhamdulillah.
Dapat juga menunaikan sat Zohor dan Asar di masjid bersejarah ini.
Rujukan;
[1] Wikipedia
[2] Berita Harian
0 Comments