Belitong : Jajan, Musium Timah dan Rumah Adat Belitong

Usai mandi dan berkemas, kami siap sedia lagi untuk meneruskan kembara. Hari ini hari terakhir untuk pakej kami bersama +belitungisland_dotcom, jadi aktiviti lawatan hari ini di sekitar pekan Tanjung Pandan.

Lokasi pertama kami ialah tempat untuk membeli jajan, oleh-oleh untuk dibuat kenangan. Agak kecewa kerana pilihannya tidak banyak. Kami inginkan lebih banyak pilihan pakaian (terutamanya baju) yang khusus hanya boleh diperoleh di Belitong. Ialah, kenangan kan? Apa yang ada, kami beli sahaja. Takut nanti tidak ada lagi ditempat lain. Sehelai baju untuk setiap ahli keluarga, dan fridge magnet.


Minta diskaun ke +Mohd Fauzi?

Kemudian perjalanan kami diteruskan ke kedai menjual jajan; kerepek, keropok dan macam-macam lagi. Beli hanya sekadar mahu merasa. Lagipun beg sudah hampir penuh. Tidak mahu terlebih berat, ongkosnya sudah habis! Ehehehe! Lagipun, jajan-jajan yang dijual lebih kurang seperti makanan kita di Malaysia. Nama sahaja yang berbeza.

Cencaluk?

Jeruk Kelubi

Kuih Bangkit?


Musium Timah

Selesai membeli-belah, kami terus dibawa Ipung ke Musium Timah. Musykil juga pada mulanya, kenapa timah? Bila teringat semula Belitong ini hasil sumber buminya timah, barulah faham. Bayaran masuk ke musium ini tidak banyak, mungkin sekitar RM1. Maaf kata, bangunan muzium ini sendiri patut dimuziumkan. Heheheh!

Bahagian dalam musium ini terbahagi kepada dua bahagian, satu khusus menunjukkan sejarah perlombongan timah di Belitong, satu bahagian lagi lebih kepada asal-asul dan sejarah bumi Belitong. Di bahagian belakang musium terdapat taman dan juga mini zoo. Buaya yang menghalang perjalanan Lintang (dalam filem Laskar Pelangi) juga ditempatkan di sini.

Tidak ada apa-apa aktiviti yang menarik. Sekadar memerhati dan berjalan-jalan.

Tiket masuk RP2,000

Musium Timah

Anak Belitong, semoga semangat Ikal, Lintang dan Laskar Pelangi bersemadi di hatimu

Habis macho!

Di taman

Pelakon Laskar Pelangi

Ntahapaapa


Rumah Adat Belitong
Mungkin kalau di Gombak, Rumah Adat Belitong ini boleh disamakan seperti Rumah Gadang / Rumah Pak Ali. Rumah yang dibina dengan seni tradisi Melayu. Sayang, rumah cantik itu terbakar dan tidak berganti. Rumah Adat Belitong ini memang mengimbau kenangan akan Rumah Gadang.

Rumah ini luas. Seperti kebanyakkan rumah tradisi Melayu di Malaysia, rumah tradisi Belitong juga bertiang menjauh tanah. Jadi, ada kolong yang boleh digunakan untuk menyimpan barang. Selalunya rumah berkolong ini tujuannya untuk mengelak banjir. Wallahualam.

Di ruangan dalam diletakkan bahan-bahan pameran yang menunjukkan adat-adat orang Belitung. Gambar-gambar lama juga ada, digantung di keliling dinding rumah. Ada juga ditunjukkan adat-adat perkahwinan, kurang lebih seperti budaya kita secara amnya.

Puas juga bergambar. Siap berpakaian pengantin lagi. Mohon tiada syak wasangka daripada adinda, ya? Eheheh!

Rumah Adat Belitung

Dari luar

Bilik pengantin

Pengantin lelaki yang keseorangan

Eheeheh!

Penat. Dan sekarang, masa untuk pulang ke hotel.






Reactions

Post a Comment

0 Comments